Artikel ini pernah di tulis ketika Pakatan Rakyat mula-mula melangkah kaki untuk menguasai negeri jelapang padi iaitu Kedah. DAP ada hak untuk mengemukakan bantahan terhadap MB Azizan kerana MB Azizan pernah berjanji kepada kaum bukan Melayu untuk membenarkan " pasar terbuka " bagi penjualan daging babi.
DAP menganggap PAS tidak mengotakan janji-janji mereka kepada kaum bukan Melayu. Mungkin bagi DAP, MB Azizan cakap tak serupa bikin? Pas Semakin Hilang Arah Perjuangan. Kalau nak dibandingkan dengan Selangor, Perak dan Pulau Pinang kedudukan Pas adalah selesa di Kedah dan Kelantan.
Di negeri Kedah misalnya kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi cengkaman DAP terhadap negeri itu boleh dikatakan agak kuat juga. Dapat dilihat DAP semakin cuba untuk menguatkan kedudukannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Terbaru apabila DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka.
Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.
Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah.
Apa dah jadi kepada kerajaan Pas Kedah sekarang? Definasi “ secara terbuka “ ada banyak maknanya. Secara terbuka ditempat awam ataupun secara terbuka ditempat yang dikhaskan ( tertutup ).Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas.
Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika saya mengatakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?
Mungkin kita gagal memahami tindakan yang telah diambil oleh Menteri Besar Kedah ini dan berkemungkinan juga penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru.Kita tahu memang agak sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan.
Rakyat Kedah benar-benar berharap pemimpin PAS tidak akan menambah jumlah lesen sekiranya diminta berbuat demikian oleh DAP, tetapi ini disebaliknya. Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan.
Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan umat Islam di Kedah.
Dan sekarang mungkin MB Azizan telah sedar apa yang dijanjikan kepada bukan Islam sebenarnya memberikan satu imej yang buruk kepada kerajaan PR Pas yang memerintah negeri Kedah. Apa yang boleh dikatakan adalah nasi sudah menjadi bubur dan bersedialah menghadapi risiko nya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dipetik dari http://belantan .blogspot.com/