Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, June 25, 2010

Ahli PAS..... Jom Fikirkan Sejenak.

Dalam aku sepi menulis & update AloQStaQblog ni, aku secara tak sengaja (kadang-kadang aku sengaja juga) pergi ke markas-markas PAS di sekitar daerah-daerah negeri Kedah ni untuk bertemu muka rakan taulan dan kenalan lama ... melihatkan kelibat aku, ada yang terus memelukku kerana lama tak berjumpa dan ada yang bila nampak kereta burukku parking depan muassasah / markaz , depa teruih start motor lari ntah kemana ... siap hantaq SMS kat aku lepas tu mintak maaf sebab katanya terpaksa balik cepat, bini dia baru call suruh beli barang dapur ... Tak apa lah, aku masih bersangka baik dengan sahabat2 lamaku ...

Cuma yang aku nak kongsikan di sini, hanyalah mengenai tahap kesedaran ahli-ahli PAS khususnya di Kedah yang masih "mencintai" perjuangan PAS walaupun kelihatan jelas sudah tersasar jauh dari prinsip asal sebelum kemenangan mereka di PRU12 tahun 2008 dulu.

Beberapa rakan yang aku temui di markas, aku boleh simpulkan bahawa kebanyakan mereka sudah mula mengeluh dengan apa yang berlaku pada masa ini terhadap parti PAS.

Sebelum PRU12 khususnya pada PRU11 & PRU10, kawan-kawan aku mengakui tahap perjuangan PAS terhadap perlaksanaan Hukum Islam amatlah tinggi dan paling hebat ! Siapa tak kenal PAS sejak zaman selepas Merdeka ? Satu-satunya parti Islam yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Allah secara total di mukabumi Tanah Melayu ini. Prinsip yang tidak pernah luntur dan tidak pernah berganjak walaupun selangkah ke belakang ....

TETAPI SAYANGNYA, sejak bersekongkol dengan kepimpinan Anwar sebagai De'Facto PAKATAN RAKYAT (khasnya PKR), disedari secara jelas dan sedar, PAS sudah tidak lagi berani menyebut secara terbuka kehendak asal parti ini adalah untuk menguasai Malaysia dan menjalankan hukuman Islam secara total. PAS sudah tak berani sebut langsung !

Yang PAS berani sebut adalah untuk berkebajikan bersama-sama PAKATAN RAKYAT menuju ke Putrajaya! Adakah itu kehendak asal para pemimpin dan arwah-arwah pemimpin PAS terdahulu ? ....

Adakah itu menjadi asas perjuangan Parti Islam Semalaysia sejak ditubuhkan? ... Apakah dengan berjaya menginap di singgahsana Putrajaya, impian asal parti PAS untuk menjalankan Hukum Islam di Malaysia akan terlaksana (di bawah kepimpinan PM pada masa itu - Mungkin ANWAR ataupun Mungkin WAN AZIZAH atau Mungkin ZAID IBRAHIM?) ... PAS DI MANA WAKTU ITU ? ... PRINSIP ASAL PAS DIMANA WAKTU ITU ????

Itu yang menjadi kegusaran sahabat-sahabat aku yang aku temui di markas-markas sebulan dua ini. Mereka sedar itulah penghujung perjuangan PAS dalam menjadi barisan kepimpinan Malaysia di Putrajaya ...

Padahal matlamat utama PAS tidak mungkin akan tercapai selama-lamanya. Sayang sekali di kala itu, segalanya sudah terlewat untuk diputar kembali ... PAS hanya menjadi batu loncatan bagi pemimpin PKR & DAP memuaskan nafsu menjadi pentadbir negara ini.

Apakan daya ... kata sahabat2ku yang aku temui itu ... demi bermusuh dengan UMNO, biaq pi lah apa saja nak jadi nanti selepas PRU13 ... Kalau PAS tak puaih hati nanti, kami lari la dari Pakatan Rakyat, biaq lingkup semua waktu tu ... asalkan UMNO/BN dah tak ada kuasa, prinsip asal PAS boleh dilupakan sementara waktu ... ini saja yang ahli-ahli PAS buleh katakan pada masa ini untuk menyedapkan hati sendiri.

Kepada sahabat2ku yang mencintai PAS sejak sekian lama ... pikir pikirkan dengan Iman & Taqwa, adakah perjuangan PAS kini masih diredhai oleh Allah berbanding perjuangan menegakkan prinsip asal PAS dulu ? ...

TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT SEKARANG. PASTI PAS AKAN SELAMAT.

Al-Fatihah kepada seluruh arwah-arwah pejuang ASAL PAS ... khususnya Almarhum Syeikh Fadzil Noor ...

Sumbar Dari: Al-Kesah AloQsetaQ

Print Friendly and PDF

BIASISWA..... Bagi Atau Tak Mahu Bagi.....? PM Jangan Flip Flop.....

1. Presiden Pertubuhan Persekutuan India Malaysia A.Rajaretinam berkata Kerajaan telah berlaku tidak adil kepada kaum minoriti kerana memberi 80% biasiswa JPA kepada kaum Bumiputra dan baki 20% diberi kepada kaum bukan bumiputra.

2. YB Dato Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan A.Rajaretinam berbau hasutan dan beliau bercakap bohong. Mengikut Nazri Kerajaan memperuntukan Biasiswa berdasarkan nisbah 56 : 44 dengan Bumiputra mendapat 56% dan bukan bumi dapat 44%.

3. Mengikut kata Rajareitnam daripada jumlah 1,500 biasiswa hanya 300 diberi kepada bukan bumi dan baki 1,200 diberi kepada penuntut Melayu. Siapa yang bercakap Bohong ! Nazri atau Rajareitnam ? Setakat hari ini tiada siapa pun yang berani mengeluarkan angka yang sebenar.

4. Nazri terus membuat kenyataan yang mulai tahun hadapan Biasiwa JPA untuk ijazah pertama AKAN DIMANSUHKAN berperingkat peringkat, biasiswa hanya akan diberi kepada lepasan Ijazah untuk terus melanjutkan pelajaran di luar negara. Untuk ijazah pertama kena masuk Universiti tempatan terlebihi dahulu.

5. Presiden PERKASA YB Dato Ibrahim Ali berkata PERKASA akan menyaman Kerajaan jika menghentikan pemberian Biasaiwa kerana ini bertentangan dengan Perkara 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MCA dan MIC desak Kerajaan untuk teus memberi Biasiswa dan mereka mahu diberi sama rata mengikut meritokrasi..

7. Najib jangan FLIP FLOP lagi ! Terus beri biasiswa kepada semua pelajar pintar mengikut nisbah jumlah penduduk berasaskan jumlah setiap kaum didalam negara dengan keadaan penduduk sekarang 67% bumi dan 37% bukan bumi, FULLSTOP !


Komen.....

Ybhg Tun Dr Mahathir berkata, 'MELAYU MUDAH LUPA DAN KE MANA MELAYU'.....?

UMNO kata 'HIDUP MELAYU'.....!

Idris Jusoh kata 'MELAYU CEMERLANG'.....

Hang Tuah kata 'Tak kan Melayu Hilang Di Dunia.....!'

Anwar Ibrahim kata 'Ini Tanah jangan ingat Melayu punya,ini Tanah Cina punya,ini Tanah India punya'.....

Najib kata 'bagi sama rata,semua mesti adil'.....

Jadi apa yang ada pada Melayu.....? Melayu hanya ada nama dan itu pu akan dihapuskan, hanya tunggu masa saja .....!

Print Friendly and PDF

Thursday, June 24, 2010

Tanda Protes Kepada MB Selangor, Azmin Ali Letak Jawatan.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Ia dipercayai sebagai tanda protes atas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memecat ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politiknya. Semalam, jawatan setiausaha politik tersebut diisi oleh Faekah Hussin bermula bulan depan.

Sebelum ini, Faekah Hussin berkhidmat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Azmin telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Pengarah PKNS di Pejabat Menteri Besar Selangor tengahari semalam. Ramai pihak masih menanti pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh Khalid Ibrahim hari ini.

Antara sebab utama perletakan jawatan itu dikatakan sikap kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Khalid kerana sering kali tidak berbincang mengenai apa-apa keputusan yang melibatkan parti.

Print Friendly and PDF

Disebalik Kerugian Sime Darby.....

Mc ni bukan ahli korporat yang boleh membincangkan projek juta-juta. Mc bukan tahu sangat pasal syarikat listed dalam bursa saham ni. Tapi yang buat Mc tertarik dengan artikel ni ialah, syarikat Sime Darby. Salah satu GLC (Syarikat Milik Kerajaan) negara kita. Mungkin ada yang tak berapa perasan pasal Sime Darby ni. Syarikat ni merupakan syarikat perladangan yang terbesar dinegara. Jika anda pergi ke Johor, sepanjang laluan lebuhraya bermula dari tangkak hinggalah ke Ayer Hitam, ladang kelapa sawit dan getah tu semuanya milik Sime Darby.

Itu cuma satu contoh gambaran yang paling mudah. Siapa sangka, syarikat yang nampak besar dan kukuh ni mengalami kerugian. Berbillion-billion Sime Darby rugi. Paling menarik apabila kerugian hanya disedari apabila mencecah rm20 billion. Perghh... sikit-sikit dia tak nampak, bila cecah billion-billion baru tersedar. Untuk cerita yang lebih jelas Mc tertarik dengan cerita dari rakan blog Tukang Dok Peghati. Baca aktikel dibawah.

Sebelum PRK Sibu, kita diKEJUTkan dengan pengumuman tentang keRUGIan sebuah syarikat konglomerat terbesar negara, SIME DARBY bernilai berBILION RM.. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang mengejutkan NEGARA.. SIME DARBY bukannya syarikat yang KECIK anak.. Di negara INI, cuma PETRONAS yang dikatakan lebih besar daripada syarikat ini.. Perniagaan SIME DARBY hampir meliputi semua bidang daripada pembuatan, perLADANGan, automatif, pemBINAan dan banyak lagi.. Seharusnya kerajaan bertanggung-JAWAB menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang PATUT dikenakan TINDAKAN..

Menurut laporan BERNAMA, keRUGIan ini berPUNCA berikutan pendedahan bahawa kelewatan dan kos berlebihan dalam beberapa projek yang memberi kesan negatif signifikan sebanyak RM964 juta dari projek di Qatar dan projek empangan hidro elektrik Bakun.. Di samping itu, OSK Research Sdn Bhd berkata punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu BESAR dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.. Jika Sime Darby terus dilanda keRUGIan daripada satu segmen ke segmen yang lain, penyelesaian yang hanya wajar ialah untuk memecahkan kumpulan itu kepada unit-unit yang lebih STRATEGIK untuk diuruskan, kata OSK.. nak baca klik sini

Kita RASA ada keBENARannya apa yang dinyatakan oleh penganalisa OSK Research tersebut.. KOS OPERASI untuk sebuah GERGASI seperti SIME DARBY adalah terlalu BESAR dan sudah tentu sukar untuk melakukan KAWALAN secara menyeluruh terhadap sebuah ENTITI sebesar SIME DARBY yang dikatakan syarikat perLADANGan terBESAR dunia hasil gabungan SIME DARBY, Guthrie dan Golden Hope Plantation.. SEBELUM anda semua buat-buat LUPA, tahukah anda SEMUA siapakah yang beriya-iya mahukan keTIGA-TIGA syarikat GERGASI ini diGABUNGkan? Sila IMBAS kembali URL klik........ sini dan sini

HE.....! HE.....! HE.....!

- TAHUkah anda SIAPAkah yang berUSAHA benar untuk mengGABUNGkan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut?

- TAHUkah anda SIAPAkah yang 'KENYANG' hasil khidmat KONSULTAN dengan pengGABUNGan ketiga-tiga syarikat tersebut?

- TAHUkah anda SIAPAkah yang menjadi 'TANGAN-TANGAN GHAIB' memperALATkan SIME DARBY dengan projek-projek mengarut seperti pemBINAan LCCT Labu, usaha pemBELIan IJN dan projek-projek tak jadi dalam NCER?

- TAHUkah anda bahawa mereka yang TERLIBAT dibelakang pengGABUNGan SIME DARBY ini adalah satu 'GROUP' yang berselindung di belakang PM ke-5?

Nampaknya memang Tuhan pun NAK tunjuk betapa menyelewengnya PUAK-PUAK ini berselindung di sebalik pemerintahan kerajaan PM ke-5.. Baru 3 TAHUN aje dah nampak dah betapa SIA-SIAnya pengGABUNGan ini.. Alangkah BAIKnya jika dahulu NASIHAT mantan Tun Mahathir tentang betapa TIDAK perlunya pengGABUNGan ini dipatuhi..

Kita mengalu-alukan kenyataan PM DS Najib untuk TIDAK menyembunyikan fakta tentang keRUGIan SIME DARBY.. Namun, mintak MAAFlah DS Najib, kita NAMPAK fungsi kerajaan sekarang umpama seorang 'PLUMBER' yang cuba memperbaiki saluran TANGKI kumbahan.. Walaupun tugas 'PLUMBER' tuh mulia, tetapi dia TETAP terpalit NAJIS.. Malangnya, KONTRAKTOR buat TANGKI kumbahan tuh pulak dah CABUT lari.. Dengar CERITA ada yang masuk PETRONAS pulak?

Selain itu, adalah menjadi tanggung-jawab DS Najib untuk memastikan TIDAK ada lagi syarikat milik kerajaan (GLC) yang bakal RUGI seperti SIME DARBY.. Apa yang kita KHUATIR adalah syarikat MINYAK negara, PETRONAS.. Apakah JAMINAN DS Najib dan kerajaan untuk mengatakan bahawa PETRONAS tidak akan mengalami NASIB seperti SIME DARBY jika PENYAMUN yang pernah jadik KONSULTAN kepada PM ke-5 dibiarkan memegang JAWATAN dalam Lembaga Pengarah PETRONAS?

Dulu Blog House PK sudah memainkan isu ni. Apa kata Mc kasi panas balik, supaya orang yang sepatutnya bertanggung jawab tu meletakkan jawatannya. Kalau dah tak boleh buat kerja tunggu apa lagi? Nyah je la ko dari jawatan tu. Takkan nak tunggu orang halau baru nak sedar. Hai la Musa Hitam bila ko nak Resign agaknya?.

MctHeory:
Sampai bila negara kita nak aman dari lanun-lanun kolar putih ni.

Sumber Dari: Kedah Ke KL

Print Friendly and PDF

Dr Asri - Bagaimana Pula Dengan Ulama-Ulama Kedah.

Heboh diperkatakan tentang bakal kemasukkan Dr Asri dan hampir 100 orang berlatar belakangkan agama ke dalam UMNO Dataran Merdeka. Kita masih menunggu sehingga Jumaat ini. Harapan kita agar ini menjadi realiti, InsyaAllah.

Di Kedah, jika kita lihat ramai bijak pandai agama yang bertaraf Ulama berada dimerata-rata. Merekasamada berada di pondok-pondok atau pusat-pusat pengajian tinggi yang di asaskan oleh kerajaan UMNO. Dan jika diajak bersama, mereka ini boleh membantu membawa UMNO ke satu puncak yang hebat dalam membentuk sebuah negeri Maju berasaskan acuan Islam.


Apa tindakan UMNO Kedah untuk membawa mereka menyertai UMNO Kedah? Apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menarik mereka bersama UMNO yang terang-terang memperjuangkan ALIF BAA TAA. Atau perjuangan ALIF BAA TAA ini sendiripun tidak difahami oleh ahli-hali UMNO, hatta nak menceritakan kepada orang lain!

Ulama-ulama atau mereka berlatarbelakangkan Agama ini mempunyai ramai pengikut setia. Dan jika mereka bersama-sama UMNO memperjuangkan ALIF BAA TAA, tentulah UMNO Kedah akan kembali disegani dan gagah. Kita bukan memperlekehkan ahli-ahli UMNO yang sedia ada yang masih setia dan bersemangat. Setia dan semangat perlu disertakan dengan strategi dan pelan tindakan. Maka salah satu strategi yang mungkin boleh menguatkan UMNO Kedah ialah membawa Ulama-ulama atau pendokong-pendokong Islam bersama berjuang dengan UMNO.

Kita menunggu apa tindakan UMNO Kedah seterusnya dalam isu ini.

Mungkin akan timbul komen-komen mencabar penulisan-penulisan di Kedah Times yang mengajak bersama melaksanakan apa yang disarankan. Jangan mengajak melaksanakan program-program promosi pemimpin kerana kami sayangkan Islam dan UMNO lebih dari pemimpin.

InsyaAllah, kami di Kedah Times sanggup. Kami tidak bercakap saja. Yang kami herankan kenapa takut sangat dengan kami di Kedah Times!

Mungkin sebab tak buat apalah tu, yang kita tak sanggup sangat menerima kritikan. Yang makan cili akan terasa pedasnya.

Sumber Dari: syburi-times

Komen:

Tanpa Nama berkata...
Baguslah kalau begitu empunaya cerita. Cuma aku nak pesan.Kalau nak masuk ada dua jalan.satu payung terjun macam dato ust jamil khir dan dato dr masitah. satu lagi lorong bawah. yang ini yang selalu tergendala. puak umno ini dengki banyak .ini lah yg terjadi pada diriku. mesyuarat pun buat senyap-senyap. tau-tau kata dah buat dah minggu sudah. demi umno terimalah cerdik pandai ini.semoga umno kuat.

CucuTokJasin berkata...
Umno parti keramat.. itu dahulu la.. sebab apa keramat ? sebab didalam setiap roh diri ahli umno dahulu kala tertanam alif , min , dan nun!

kenapa Umno sekarang jadi rosak ? mudah saja.. tiada lagi alif , min dan nun.. dalam jiwa raga mereka..

Umno pasti bangkit.. tapi dengan syarat.. setiap jiwa pemimpin Umno khasnya diperingkat atasan harus mempunyai 3 huruf jawi yang telah dinyatakan tadi.. Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...
Aliff - AGAMA
Baa - Bansa
Taa - Tanahair
.........
Aliff - ?
Mim - ?
Nun - ?
.........
Dalam Perlembagaan UMNO, ada Alif, Baa dan Taa ini dan UMNO telah, sedang dan akan berjuang terus untuk itu. Dalam Perlembagaab PAS pun ada, terbuktu ada. Tapi Mursyidul Am PAS 'overrhull' semua, jadi ghosak.

Dr Asri Zainol Abidin berhasrat nak bawa Ulama2. Di Kedah? tak banyak dah Ulamak. Yang bijak2 pandai tak mau politik (PAS depa tak mau dan UMNO depa tak mau). Elok juga, tak payah lah bawa depa masuk politik. Nanti jadi Thailand, tak sokong PAS depa kena keghat kepala. Depa dok diam2, sekolah depa ka pondok depa ka, Dato Jamil Khir Menteri Pusat akan bantu. Jangan bimbang. Selama la pun memang dia bantu. Kelmarin di Sik, dia umum bantu membangunkan pondok.

Kita minta, jangan ganggu Ulamak2 kita yang dok mengajar baik2 anak2 kita di Sekolah ka atau di pondok ka, kan gitu lagi baik.

CucuTokJasin berkata...
PM = itulah yang diajar oleh datuk saya .. salah seorang yang bertanggung jawab dalam Rundingan Baling suatu ketika dahulu (Al-Fatihah untuk beliau) .. Alif , Mim , dan Nun.. ianya juga wujud dalam dalam lambang UMNO sekarang .. indah sekali ciptaan orang-orang terdahulu..

Print Friendly and PDF

DAP Guna Melayu Untuk Lawan Melayu.

Walaupun Anwar Ibrahim kekurangan majoriti bagi partinya di dalam Parlimen, DAP tetap dengan pendirian mereka untuk menyokong anwar sebagai Ketua Pembangkang. Seolah-olah ada udang di sebalik batu bilamana mereka seperti tidak mempedulikan status Ketua Pembangkang walaupun pernah Lim Kit Siang memang status tersebut atas kapasiti DAP adalah majoriti didalam senarai MP pembangkang.

DAP secara halus telah berjaya mengawal perjalanan politik Anwar Ibrahim apabila Karpal Singh menjadi Ketua Peguambela didalam kes liwat beliau sekarang. Itu adalah strong point untuk mereka mengawal semua keputusan yang akan dibuat oleh Anwar kerana segala rahsia peribadi Anwar berada di tangan mereka.

Adakah betul Anwar meliwat ataupun kerana difitnah, mereka mempunyai bukti2 kukuh untuk dihebahkan kepada rakyat andai Anwar tidak mengikut tulunjuk mereka sekirang berjaya menubuhkan kerajaan nanti.

Selepas berjaya menjadikan MB Selangor sebagai boneka mereka di Selangor, mereka tahu bahawa orang Melayu akan bangkit dari lamunan andai mereka secara terang terangan mempertikaikan setiap kelebihan yang ada pada orang2 Melayu.

Cara terbaik adalah menggunakan orang Melayu sendiri untuk mengubah pendirian bahawa keistimewaan orang2 Melayu tidak harus dipertahankan kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa.

Disini mereka menggunakan Anwar Ibrahim yang terdesak mencari Peguambela yang bagus dalam memastikan beliau tidak lagi disumbat ke Penjara Sg Buloh buat kali ke 2. Ibarat menangguk di air yang keroh, DAP menggunakan kesempatan ini untuk menjadikan Anwar Ibrahim seolah-olah terhutang budi kepada DAP sekiranya beliau didapati tidak bersalah.

Andai Anwar bersalah, bukanlah satu perkara yang susah untuk DAP mencari pencacai politik mereka kerana mereka sudah mula mencanang nama Zaid Ibrahim sebagai pengganti yang paling sesuai menggantikan Anwar Ibrahim.

Karpal Singh menggunakan pengetahuan tentang undang-undang untuk menjatuhkan Tian Chua dan penggantinya tidak lain tidak bukan adalah Zaid Ibrahim selepas gagal di Hulu Selangor. Sikap Zaid Ibrahim yang terlalu liberal dan bukan ultra melayu menjadikan beliau sebagai calon pencacai DAP dimasa akan datang.

Kenapa mereka tidak melihat kepada kepimpinan PAS yang ternyata lebih lama berada didalam majlis tertinggi Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan zaid ibrahim.Adakah kerana mereka kurang yakin kepada pemimpin PAS atau mereka berpura-pura menyokong PAS supaya misi mereka akan berjaya.

PAS seharusnya sudah mula sedar akan permainan DAP ini kerana bukti jelas dapat dilihat didalam pentadbiran kerajaan Selangor yang mana kita dapat lihat Hasan Ali hanyalah sekadar boneka mainan MB Lembu dan Teresa Kok di dalam urusan pentadbiran.

Sebagai seorang rakyat Marhaen Selangor, aku masih belum melihat sebarang kejayaan yang dibawa oleh PAS Selangor. Kita hanya dihidangkan dengan cerita-cerita arak, rumah urut dan gambar bogel pemimpin mereka dan bermacam-macam isu moral lain.

Andai PAS diperakui sebagai salah satu tulang belakang didalam pakatan rakyat, PAS harus tegas di dalam isu-isu ini bagi memastikan visi dan perjuangan mereka tidak lari daripada landasan sebenar.

Melayu PKR dan PAS masih lagi dibuai nikmat kemenangan mereka pada PRU 12 lepas. Adakah mereka terlepas pandang dengan mainan sulit DAP ini ataupun takut kehilangan kuasa andai mereka mempertikaikan setiap tindakan yang diambil oleh DAP???


Print Friendly and PDF

Berita Dari Palestin 24.06.2010.

Laporan: Jumlah jutawan di Israel meningkat sebanyak 43% pada tahun 2009.

Pada hari Selasa yang lalu, firma perunding perniagaan Capgemini dan firma penasihat pengurusan kewangan Merrill Lynch telah mengumumkan bahawa bilangan jutawan Israel meningkat secara mendadak kepada 43% dalam tahun 2009, meskipun krisis ekonomi melanda dunia waktu itu. Pada masa yang sama, jumlah jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 17%.

Peningkatan drastik ini meletakkan Israel sebagai negara ketiga yang mempunyai kadar kenaikan jumlah jutawan per kapita, selepas India dan Hong Kong. Hong Kong mengungguli kadar kenaikan jumlah jutawan tertinggi sebanyak 104%, sementara India mencatatkan peningkatan sebanyak 50.9%.Negara yang mempunyai jumlah jutawan terbanyak masih diungguli Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

US Bimbang Rancangan Roboh Rumah di Baitulmuqaddis.

Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan rasa bimbang tentang rancangan Israel untuk merobohkan 22 buah rumah Palestin di Baitulmuqaddis Timur yang dijajah. Jurucakap PJ Crowley mengatakan itu adalah bentuk tindakan yang merosakkan kepercayaan dan meningkatkan risiko keganasan.

Rancangan itu sebahagian daripada projek pembangunan kembali di persekitaran Silwan yang masih dalam peringkat awal. Menteri Pertahanan Israel juga mengkritik Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis pelan yang dibuat dalam masa yang buruk dan miskin “akal”. Di bawah rancangan yang telah diluluskan pada hari Isnin, 22 rumah akan diroboh untuk memberikan ruang bagi sebuah taman pelancongan Israel. 66 bangunan lain dibina tanpa kebenaran Israel akan disahkan. Hal ini sangat ditentang oleh orang Palestin, yang percaya akan memperketat kawalan Israel ke atas wilayah itu.


PBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza.

Penarikan penuh sekatan ke atas Gaza akan memberikan peluang wilayah itu untuk dibangunkan semula, demikian menurut agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin pada hari Isnin, sehari selepas kerajaan haram Israel berkata akan mengundurkan kawalannya.

Kerajaan haram Israel, yang menutup laluan di perairan wilayah Gaza untuk menghalang Hamas daripada mendapatkan senjata, sedang dalam tekanan antarabangsa untuk membuka sekatan Palestin selepas tentera rejim Israel membunuh sembilan aktivis dalam serangan ke atas kapal bantuan Flotilla pada 31 Mei yang lepas.

Dalam undang-undang sekatan yang lepas, sebarang barang yang yang tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan diharamkan daripada dibawa masuk. Kerajaan haram Israel berkata buat masa ini semua barang akan dibenarkan masuk ke Gaza kecuali barang berkenaan termasuk dalam senarai yang diharamkan termasuk senjata dan bahan untuk membuat senjata.


Pemuda Palestin ditahan selepas dibebaskan sebulan yang lalu w/pun telah menjalani hukuman 8 tahun.

Rejim Zionis telah menangkap/menahan seorang pemuda daripada bandar Nablus hari ini selepas/sejurus/setelah membebaskannya sebulan yang lalu/lepas. Pemuda tersebut telah menjalani hukuman 8 tahun di dalam penjara Israel selepas dibebaskan pada kali pertama. Sumber-sumber Palestin telah berkata bahawa Mazen Aldanbak, 34, merupakan ahli gerakan Fatah di Nablus. Kuasa pendudukan Israel telah membebaskannya pada Mei 18, 2010 selapas menjalani 8 tahun secara berturut-turut di dalam penjara (kuasa) pendudukan tersebut.

Sumber-sumber juga mengatakan/menambah bahawa pendudukan kuasa telah menyerbu rumah Aldanbak yang terletak di Nablus pada waktu fajar/subuh hari ni dan telah menahan Mazen Aldanbak.


Zionis benarkan beberapa barang komoditi baru masuk Gaza.

Ir. Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Pembekalan Gaza berkata kerajaan haram Israel bersetuju hari ini untuk membenarkan kemasukan beberapa barang komoditi baru ke Semenanjung Gaza yang diisytiharkan sebagai ‘komoditi baru dibenarkan’ sejak beberapa hari lalu.

Fattouh berkata dalam satu kenyataan media, kira-kira 130 buah trak yang sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan bagi sektor perdagangan dan pertanian memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Abu Salem. Bantuan tersebut termasuklah barangan keperluan yang tidak mencukupi seperti gas masakan dan diesel industri untuk kegunaan stesen janakuasa tenaga Gaza. Pintu sempadan komersil Karni masih lagi ditutup.

Kerajaan haram Israel telah mengisytiharkan senarai komoditi baru yang dibenarkan memasuki Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Antara yang tersenarai adalah kicap, mayonis, jarum jahitan, barang mainan kanak-kanak, enjin kereta dan barang kosmetik. Walaupunbagaimanapun, penduduk Palestin menganggap langkah ini sebagai mengetatkan lagi sekatan dan bukannya melonggarkannya. Mereka menggesa kemasukan bahan-bahan asas seperti simen, besi dan bahan-bahan industri.


Seruan supaya meneruskan kerjasama bagi tujuan menghapuskan kepungan keatas Gaza.

Para Peguam dan ahli undang-undang berpendapat bahawa perlunya lanjutan terhadap usaha kerjasama antarabangsa serta usaha memberi tekanan kepada penjajah Zionis, melalui pembentukan kesatuan politik, dalam rangka menghapuskan kepungan Zionis keatas Gaza.

perkara tersebut muncul ketika sesi diskusi pendapat yg dilakukan oleh Pusat Kajian Dasar dan Pembangunan, pada hari Isnin (21-6), berjudul “Serangan musuh terhadap armada kebebasan dan jalan untuk menghadapinya.”

Raji Surani, Pengarah Pusat Palestin dan Hak Asasi Manusia, berkata “bahawa rakyat Turki telah berdepan (isu ini) dengan sangat serius dan bertanggungjawab dengan mengambil tindakan undang-undang atas pembunuhan yg dilakukan secara kejam oleh penjajah Zionis keatas kapal armada kebebasan di kawasan perairan antarabangsa.”


Israel Pertahan Kepungan Gaza.

Menteri Pertahanan Israel mengatakan bahawa kerajaan haram Isreal akan meminta Lebanon bertanggung jawab jika terdapat lebih kekerasan dalam halangan terhadap kapal-kapal bantuan untuk Gaza.

Perahu yang terdiri daripada aktivis dan bantuan akan memulakan perjalanan dalam beberapa hari dalam usaha ke Gaza selepas pihak berkuasa Lubnan memberikan izin untuk kapal itu belayar ke Cyprus. Kerajaan Haram Israel telah membuat kenyataan bahawa walaupun ia telah melonggarkan kepungan atas Gaza, ia akan tetap mempertahankan kepungan laut dan tidak akan membenarkan kapal ke dermaga di sana kerana takut mereka boleh membawa senjata untuk Hamas.


Kapal Bantuan Iran Akan Berangkat Ahad Ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bertekad mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang akan bergerak Ahad ini (27/06) diberi nama “Kapal untuk Anak-anak Gaza”.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22/6), persatuannya akan mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton bantuan kemanusiaan ke Gaza Ahad depan, terutama ubat-ubatan, makanan dan pakaian kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa kapal ini akan meninggalkan pelabuhan Bandar Abbas di Teluk, Ahad depan menuju laut tengah.

Beliau menambah, “Kapal ini hanya akan disertai 10 orang sahaja iaitu seramai 5 orang wartawan dan 5 sukarelawan kemanusiaan. Kapal ini memerlukan masa 14 hari untuk tiba di pantai Gaza.”


Pembentukkan Suruhanjaya Antarabangsa Untuk Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla.

Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa terhadap serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei yang lalu yang telah mengakibatkan puluhan manusia mati syahid dan cedera parah di Kawasan Perairan Antarabangsa.

Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia :

“Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut :

“Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya, dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu, sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada :

  1. Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,
  2. Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,
  3. Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.


Barak desak PBB hentikan penubuhan badan siasatan Flotilla.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mendesak PBB untuk menangguhkan rancangan menubuhkan badan siasatan bebas yang disokong oleh pertubuhan antarabangsa berikutan serangan komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang melakukan perjalanan ke Gaza bulan lalu sehingga meragut nyawa sembilan rakyat Turki.

Berkata kepada wartawan selepas pertemuan dengan Ban Ki-moon, Barak meminta Setiausaha Agung PBB supaya menangguhkan rancangan untuk membentuk suruhanjaya siasatan serangan Israel terhadap kapal konvoi keamanan termasuk enam kapal pelancongan yang membawa bantuan dan aktivis keamanan ke Gaza.

Barak menambah, “Kami telah menyuarakan pandangan kami bahawa pada ketika ini dan selagi mana masih ada konvoi kapal laut lain sedang bersiap untuk belayar ke Gaza, mungkin cara yang terbaik adalah untuk meninggalkannya (siasatan PBB) di atas rak untuk beberapa ketika. ”

Print Friendly and PDF

Wednesday, June 23, 2010

Chee Keong Kasi Penampar Pada Lo' Lo Dan Khalid.....

Tak tahu kalau ada yang sudah membaca berita ini. Tapi berita ini merupakan pukulan K.O pada ahli parlimen Pas yang kononnya sungguh-sungguh perjuangkan Islam. Apakah Islam dalam pengertian sebenar puak Pas ni? Baca berita dibawah.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.



Print Friendly and PDF

7 Perkara Jika Dr Asri Diterima Atau Ditolak Umno.....!

Isu Dr Asri panas lagi. Berbagai bagai komen dibuat dan tuan empunya diri juga menafikan akan sertai Umno. Terbaru TPM menyatakan Umno tidak menolak sesiapa sahaja jika berminat menyertai Umno.

Selepas Aziz ( MB Kelantan) Asri adalah tokoh yang menyengat. Apatah lagi disokong kuat oleh bekas MB Perlis Shahidan Kassim. Dan diangkat menjulang oleh Malaysiakini, Mstar dan portal pro pembangkang termasuk Harakahdaily.

Khabarnya tempat yang bakal menerima Asri ialah di Bukit Bintang, kawasan yang dirasmikan mesyuaratnya oleh Shahidan minggu lepas.

Di bawah beberapa analisa tentang jika Umno menerima atau menolak Dr Asri. Harap dapat diguna untuk menghabiskan teori dan analisa anda yang tentu pening menilai kemasukan Asri ke dalam parti keramat Melayu ini.


JIKA DITERIMA

  1. Umno akan menghadapi masalah dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM yang menolak fahaman liberal dan mirip 'wahabi' oleh Asri.
  2. Umno akan ditolak oleh tok guru dan alim ulama anti Wahabi khasnya golongan pondok.
  3. Umno akan ditolak majoriti rakyat yang anti Wahabi.
  4. Umno akan dilabel suka mencari peluang memperalat golongan agama atas alasan sudah 'nazak' dan sudah 'nyawa-nyawa ikan.'
  5. Umno akan dikuasai oleh mereka yang rosak akidahnya dan pro kepada Arab Saudi yang menjadi tempat membiak fahaman Wahabi ini.
  6. Umno akan mengubah segala yang diamalkan selama ini seperti tahlil, talkin, maulid yang menjadi amalan turun temurun Ulama ASWJ selama ini di Malaysia
  7. Umno akan cepat pupus tanpa perlu menunggu Anwar atau Aziz 'mampus'


JIKA DITOLAK

  1. Umno akan dilihat teguh memegang prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi majoriti ajaran umat Islam dunia
  2. Umno akan makin disayangi oleh para pemimpin dan ulama/mufti yang ASWJ dan pasti akan mendapat doa keramat mereka.
  3. Umno akan mendapat sokongan dari semua lapisan rakyat dari Raja, Pemimpin, Marhaen yang amat tegas menentang fahaman bercanggah ASWJ
  4. Umno akan dapat menjadi benteng serangan pemikiran yang dilancar dari dalam dan luar negara kita.
  5. Umno akan berjasa dalam memelihara akidah dan keamanan negara kerana menolak fahaman yang membiakkan unsur militan
  6. Umno akan dapat menolak tuduhan liar pembangkang bahawa ia tidak Islam dan dipenuhi unsur sekular, komunis dan atheis hingga memerlukan ulama seperti Asri mensucikannya.
  7. Umno akan selamat dari perangkap PKR PAS yang mahu majoriti rakyat membencinya kerana menerima tokoh yang liberal biadap akhlaknya lantaran mengkritik Majlis Fatwa / Mufti Mufti seluruh Malaysia.

Salam 1Malaysia dan salam 1Akidah 1Fahaman 1Mazhab ASWJ !!!


Beberapa kritikan terhadap Dr Asri untuk penilaian anda...






Nota : tiada gelaran hormat ditulis kepada mereka yang khianati samada Agama atau Bangsa / Negara seperti Anwar, Aziz atau Asri.



Print Friendly and PDF

Ahli UMNO Disaran Berani Lakukan Serangan Balas.

BAGAN DATOH 20 Jun – Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

“Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.

“Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2010 di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk memperbetulkan segala persepsi salah yang dibuat oleh pembangkang dan tidak tunduk dengan sebarang ancaman.

Tegas Perdana Menteri, perlu ada barisan yang ampuh untuk mempertahankan perjuangan UMNO dan mengembalikan kejayaan parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.

“Bukan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak baik, tetapi mainan persepsi pembangkang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.

“Berbanding suasana politik pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, bila kita bagi peruntukan sahaja, rakyat sudah boleh menerimanya. Tetapi sekarang lain, mereka masih ada rasa tidak puas hati. Jadi ini yang perlu kita perbetulkan” katanya.

Tambah beliau, prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu pula bukan kerana rakyat tidak berpihak pada parti itu tetapi kerana mereka menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat, tidak menunaikan janji serta bongkak.

Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat katanya, UMNO tidak boleh ketinggalan dengan metodologi lama sebaliknya perlu menggunakan metodologi terkini supaya dilihat sebagai parti yang dinamik dan berkesan.

“UMNO adalah parti yang terlalu lama, jadi saya nampak pembaharuan adalah sangat perlu.

“Kita perlu cari jalan untuk menjadikan ‘barang’ yang lama itu lebih baik untuk dipandang dan kembali disukai,” katanya.

Print Friendly and PDF

Khairy: Utamakan Biasiswa, Saya Sedia Sidang Di Parlimen ‘BOCOR’.....

Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ijazah di luar negeri.

Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor.

“Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita,” katanya.

Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa JPA bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.

“Kita kurangkan secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai,” katanya.

Namun, mereka yang mendapat tempat di universiti terkemuka seperti Oxford dan Cambridge, masih boleh memohon untuk diberikan biasiswa.

Pengagihan biasiswa JPA yang dianggap tidak adil menjadi isu sekali lagi baru-baru ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional menegaskan, berdasarkan rasional itu Pemuda Umno menggesa Kerajaan menambah jumlah biasiswa luar negeri JPA untuk anak-anak muda Malaysia.

”Dan, bukan mengurangkan jauh lagi menghapuskan peruntukan ini,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan menerusi blognya. Ahli Parlimen Rembau itu menambah, berdasarkan maklum balas daripada kalangan orang ramai, satu-satunya isu utama berkenaan biasiswa JPA ini adalah kaedah pembahagiannya.

Oleh itu kata Khairy, kriteria pemberian biasiswa perlu jelas, telus dan berlandaskan merit di samping mengambil kira Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Untuk memastikan pulangan maksima kepada negara, Pemuda Umno mencadangkan agar biasiswa ijazah sarjana muda luar negeri diberi dengan kriteria yang adil dan telus serta hanya untuk kursus-kursus kritikal dalam universiti terkemuka seperti institusi-institusi yang tergolong dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia,” katanya.

Sehubungan itu beliau juga menegaskan, amat sukar bagi rakyat menerima keputusan mengurangkan jumlah biasiswa JPA tatkala kerajaan sedia membelanjakan RM800 juta untuk bangunan Parlimen baru di samping berita berhubung kait dangan peningkatan kos pembinaan Istana Negara baru yang juga dijangka mencecah RM800 juta.

“Dari perspektif rakyat, jumlah besar untuk membina bangunan Parlimen baru itu lebih sesuai diperuntukkan untuk biasiswa yang menjadi teras pembangunan modal insan.
“Apatah lagi, keputusan mengurangkan jumlah biasiswa ini dibuat hanya beberapa hari selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menyasarkan negara kita mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

“Jika benar kerajaan serius dengan objektif ini, maka pembiayaan biasiswa perlu ditingkatkan kerana pendidikan berkualiti tinggi adalah asas kepada sebuah negara yang maju,” katanya.

Print Friendly and PDF

Gempar! Penang: Rancangan Jahat DAP Untuk Singkirkan TYT dan Tubuhkan Polis Negeri.....?

Seperti biasa,setiap Jumaat ketika penjawat awam pergi menunaikan solat, mesyuarat DAP diadakan di pejabat Ketua Menteri.

Perkara ini sudah berlarutan sejak DAP memerintah kerajaan negeri, mesyuarat ini khas untuk DAP ,rakan rakan pakatan tidak dibenarkan hadir ataupun mendengar intipati mesyuarat mingguan ini.

Menurut sumber Pisau, mesyuarat mingguan DAP di KOMTAR telah merancang terlalu banyak agenda untuk menguasai terus negeri ini.

Hasil mesyuarat mingguan ini telah banyak mempengaruhi segala tindakan Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Salah satunya mereka telah berjaya menghapuskan pemilik tanah TOL melayu dihampir seluruh negeri dengan menganugerahkan geran tanah kepada cina,perkara ini berlaku terutamanya di Balik Pulau.Perkara ini benar benar telah berlaku dan banyak rungutan dari pegawai pegawai pejabat tanah dan daerah yang mereka tidak mampu berbuat apa apa kerana terpaksa menurut perintah chauvanist ultra kiasu DAP.

Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau. Ini adalah salah satu plan jangka panjang menjadikan Pulau Pinang negeri berkembar bersama Singapura. Tidak hairanlah mengapa Guan Eng setiap 2 minggu akan terbang kesana untuk mengadap Lim Kwan Yew dan Lee Hsien Loong.

Terlalu banyak yang dirancang,DAP tidak akan sesekali melepaskan gengaman negeri yang mereka idamkan sejak merdeka lagi.

Tahukah anda pada minggu lepas semasa berlangsungnya mesyuarat sulit itu ,khabar angin menyatakan sudah ada perancangan dan cadangan oleh chauvanist dan ultrakiasu DAP untuk menyingkirkan Gabenor ,TYT Rahman Abas dan digantikan dengan jawatan Datuk Bandar.

Jawatan Datuk Bandar akan dipilih melalui satu pilihanraya , ini adalah salah satu contoh yang kita semua tahu bagaimana mereka untuk meletakkan kepimpinan cina yang mutlak didalam struktur kerajaan negeri dengan menyingkirkan TYT iaitu seorang melayu.

Dalam plan tindakan mereka,dengan menghapuskan jawatan Gabenor,ia adalah bertujuan untuk menghapuskan kuasa dan ikatan kepada kerajaan pusat.Mereka menyedari jawatan TYT adalah lantikan daripada DYMM atas cadangan oleh kerajaan Pusat.

Sejauh mana mereka mampu mengantikan TYT ,Pisau tidak pasti,tetapi itulah perancangan mereka.

Mereka mahu dilihat menjadi kuasa penentu dalam semua aspek didalam kerajaan negeri.Menurut sumber Pisau lagi,mereka turut merancang untuk menguasai negeri dengan menubuhkan kontijen anggota polis sendiri tanpa perlu mengharapkan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan telah dibuat,oleh pihak kerajaan negeri kepada KDN,Pisau menyeru agar pihak KDN mengambil perhatian yang amat serius tentang perancangan jahat mereka.

Yang pasti selepas tersiarnya berita ini,mereka akan menafikan sekeras kerasnya dakwaan ini malah mereka akan berani menuduh menyatakan ia adalah fitnah semata mata untuk memburukkan DAP.Kemudian pihak PAS dan PKR akan sama sama mempertahankan DAP kerana terlalu sayangkan tuan mereka.

Melayu melayu haprak didalam Pakatan,jika ini yang anda mahukan,anda bakal berjaya mengrepublikkan negeri Pulau Pinang.

Penyokong PAS dan PKR yang terlalu sayangkan Guan Eng sudah pasti akan bersorak gembira jika perancangan ini berjaya.Justeru Pisau menyeru kepada rakyat negeri Pulau Pinang agar bangkit dan jangan mudah tertipu dengan taktik halus peracangan jahat DAP Pulau Pinang.

Dipetik dari: PISAU.NET

Print Friendly and PDF

UMNO Kedah Perlu Berubah.....

Setelah kami siarkan email dari veteran Sungai Tiang, terdapat banyak respon yang diterima, termasuklah respon-respon dalam blog-blog lain yang membuat artikel pautan berkaitan email tersebut.

Komen-komen yang menarik adalah tentang penafian terhadap dakwaan veteran Umno Sungai Tiang. Nafi lagi!

Kami siarkan disini beberapa artikel pihak lain yang lebih mendahului kami dalam isu ini. Ini adalah bukti bahawa kami berhasrat menyatakan apa pandangan majoriti ahli Umno tentang situasi sebenar Umno di Kedah.

Sila baca Bila tiada pertandingan, mesyuarat cawangan hambar bagaimana pemimpin tidak turun ke mesyuarat cawangan sebab kali ini tak perlu lobi untuk apa-apa jawatan pada musim tiada pertandingan.

Juga baca Dilemma Umno Kedah menceritakan situasi yang hampir sama dengan apa yang dinyatakan oleh veteran Sungai Tiang.

Kedah Umno To Take Action Against Non-Performing Leaders oleh Dato' Ahmad Bashah yang secara tidak langsung mengakui akan masalah serius pemimpin yang tidak berkerja. Kata beliau "Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya." Tapi bukti lebih jelas dari kenyataan ini ialah Dato' Ahmad Bashah sendiri tidak tahu bahawa pembangkang di Kedah kini adalah UMNO.

Dan di sini Bila Umno Nak Berubah, Masa Semakin Suntuk yang lebih umum kepada Umno secara keseluruhannya, namun membuktikan bahawa yang bermasalah adalah pemimpin, dan yang pantang ditegur juga pemimpin.

Dan ini juga meminta Umno Kedah Kena Berubah

Dan sebagai menjawab cabaran bagaimana hendak mengubah Umno Kedah, kami percaya perubahan perlu bermula dari kepimpinan dan ianya perlu dimulakan dengan sikap terlebih dahulu. Tak perlu cakap soal yang terlalu global dan perancangan tahap tertinggi, buat yang kecik-kecik ni dulu.

Pertama sekali, buat kerja kena ikhlas, jangan kerja tunjuk muka. Sebagai contoh, jika Presiden melawat bahagian Sik, maknanya dia nak jumpa rakyat Sik laa. Ketua bahagian-bahagian lain tak payah menyibuk tunjuk muka, kalau presiden nak jumpa ketua bahagian lain, tau la dia nak panggil.
Kedua, habiskan lebih 70% masa dengan rakyat, bukan dengan pegawai-pegawai dan AJK bahagian sekeliling, depa dah dapat cukup "kebajikan", rakyat dan ahli biasa yang perlukan perhatian.

Ketiga, Ketua bahagian dan AJK bahagian, turun ke setiap masjid dan surau, solat jemaah dengan penduduk, sambil pergi solat pun boleh dengar masalah rakyat dari rakyat sendiri, bukan dari pegawai-pegawai, pegawai-pegawai ni pun macam tuan-tuan ketua bahagian juga, kepoh masa pemimpin turun saja.

Keempat, kalau di Kedah ni, turun la sama ke bendang, tengok masalah petani dengan mata kepala sendiri, masalah gondang emas sampai la ni petani sengsara, sekarang ni takdak satu langkah pun dalam bendang kalau tak terpijak siput pemusnah ni, itulah gambaran masalah petani. Kalau dok pandu kenderaan pacuan 4 roda lalu saja, mana nak faham masalah rakyat.

Kelima sehingga ke seratus ribu: Kami boleh bagi cadangan macam-macam sehingga ratusan ribu, tapi kami pasti pemimpin Umno Kedah sendiri pun tau apa nak buat.

Puncanya bukan taktau apa patut dibuat, tapi tak mau buat.

Dipetik dari: Kedah Times.

Print Friendly and PDF

Tuesday, June 22, 2010

Wanita Disarankan Menunaikan Solat Jumaat.....?

Hafiz Irwan.

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.

Ehsan Dari: Mat Cincinag.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.