Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 9, 2010

Fikir Fikir Fikir ......

Memang selalunya orang ramai menganggap dengan pergi menikmati keindahan laut seorang diri adalah gila. Apa kan daya, kalau mahu mencari inspirasi, mahu menemukan diri dengan ilham yang baik yang datangnya dari Allah, haruslah melakukan sesuatu seperti ini. Orang nak kata gila pun katalah. Yang penting kita harus mengadakan perhubungan dengan Allah Azzawajalla. Beristaqarah, berkomunikasi dengan menggunakan 'frequansi' gelombang dalaman. Melihatkan keghairahan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, boleh sakit jiwa dibuatnya.

Orang Melayu boleh memilih samada untuk mencapai kejayaan atau kehinaan. Dalam bidang politik apabila orang Melayu bersatupadu, mereka berjaya menewaskan British. Tetapi apabila mereka berpecah belah, mereka akan latah dan amuk. Bila Melayu latah dan amuk, Melayu lemah dan jatuh satu demi satu demi satu. Demikianlah sejarah penjajahan negeri-negeri Melayu. Demi perpaduan bangsa Melayu dan cintakan negara dan generasi akan datang, marilah kita bersatu. Marilah kita tentang mereka yang ingin menjahanamkan bangsa Melayu dan mereka-mereka yang sentiasa menangguk di air keruh.

Cita-cita untuk meningkatkan maruah bangsa tidak akan tercapai dengan memaksa orang lain menghormati kita. Maruah bangsa adalah hasil daripada pencapaian bangsa itu. Bangsa yang bersusila, bersopan-santun, berhemah tinggi, berbudi bahasa, rajin dan terkenal kerana mengamalkan nilai-nilai yang mulia dengan sendirinya bermaruah tinggi. Kejayaan sesuatu bangsa amat mustajab dalam menentukan bangsa itu dihormati. Dalam ceramah-ceramah PAS dan PKR seoalah-olah mereka terlupa yang mereka itu Melayu dan Islam.

Sekali sekala terpaksa kita buat kerja gila, terpaksa meminta jumpa Nabi Allah Hidir, tunggu berita dari langit kerana ramai yang dah ikut kegilaan ceramah politik siang malam, pagi petang, lupa anak bini, lupa tanggungjawab, ajak rakyat membenci dan memusuhi kerajaan dan tidak sedar yang mereka telah melupakan akan nasib dan masa depan bangsa dan negara. Kita mesti hentikan kerja-kerja karut ini hari ini juga.

Namun apabila ingatan anda dapat dihubungkaitkan dengan hati, dengan niat sambil menyerahkan diri kepada kekuasaan Allah dan kita sanggup mengikut Al-Quran dan AlSunnah seperti yang dianugerahkan Rasulullah SAW, maka jalan yang kita terokai akan disinari cahaya yang terang benderang. Tali yang kusut akan segera terlerai. Yang penting kita mesti bersihkan otak dan hati kita yang telah dikotorkan dengan sikap tak tahu bersyukur, membenci sesama manusia dan menukar buruk sangka kepada baik sangka.

Itu cara mereka memperdayakan orang ramai dengan kehebatan pidato mereka. Tapi apa yang anda cita-citakan untuk kebaikan umat manusia akan menjadi lebih bermakna dan anda akan lebih kreatif jika ingatan terhadap Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang disertai dengan kesedaran siapakah kita ini ? Apakah tujuan kita berada di atas muka bumi ini ? Mudah-mudahan juga apa yang dicita-citakan menjadi lebih bermakna lagi apabila kita memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana sesungguhnya Tuhan telah meminjamkan nyawa dan segala-galanya kepada kita.

Kita patut bersyukur kerana kita hidup dalam rahmat Allah hasil dari adanya kuasa politik yang stabil berpunca dari kesepakatan dan permuafakatan. Semua kaum di dalam negara kita ini diketuai oleh seorang Islam yang orang PAS dan PKR tidak hormati dan taati. Yang ini kita kena betulkan dahulu. Kerajaan yang ada hari ini DS Najib Perdana Menterinya. Itupun Tuhan yang pilih. Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang adalah kerja Tuhan juga. Macam juga Tuhan jadikan perbezaan di antara malaikat dan iblis. Itu Tuhan punya sukalah. Suka hati Tuhanlah siapa yang nak dijadikan hero dan siapa yang nak dijadikan crook.

Kita terlupa dan seolah-olah terlali akan hakikat bahawa kita ini sebenarnya tak ada apa-apa. Kita ini ibarat patung-patung wayang kulit sahaja. Kalau nasib kita jadi Pak Dogol jangan kita nak jadi Hanuman.

Semua yang ada dipinjamkan saja, datang tak bawa apa-apa, matipun tak berdaya untuk membawa apa-apa bersama ke liang lahat. Maka bila ego dan sifat riak dapat kita matikan, InsyaAllah, mudah-mudahlah kita dapat mendengar suara Tuhan, suara-suara kebenaran dan bukannya suara tuan-tuan kita yang gila kuasa, gila hendak menang pilihanraya.

Tanyalah pada diri sendiri, bukankah manusia yang paling bodoh itu adalah manusia yang membiarkan diri dipatuk oleh ular yang sama untuk kali kedua dalam lubang yang sama. Ahh, memang manusia takut kepada ombak yang begitu besar. Ombak yang kita nampak begitu besar apabila berada di tengah laut, datangnya mengganas tapi akhirnya mengecil longlai apabila mencecah pantai.

Begitulah kekecohan politik yang berlaku sekarang. Kita yakin kekecohan yang sedang berlaku di negara ini akhirnya akan selesai jika kita sentiasa berfikir, berikhtiar mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya. Mudah-mudahan tok-tok guru dan ustaz belajar dari sejarah. Kita telah diingatkan supaya berhati-hati, tidak terpedaya dengan anjing yang tersepit. Dulu PAS pernah menerima Ku Li dan ahli UMNO dari Semangat 46, hari ini mereka menerima parti PKR dan tidak juga lupa bukan Islam serta DAP. Apakah pengajaran yang telah mereka timba dari sejarah ini ?

Lautan yang kita sangka begitu luas, begitu juga dengan langit yang begitu tinggi dan gunung-gunung yang berseragam ibarat raksasa di tengah belantara semuanya menjadi kecil apabila kita telah masukkan ke dalam fikiran kita menerusi biji mata kita yang sangat kecil. Jadi, masalah Anwar ini, kena buang, kes liwat, kes arsenik , no big deal lah. Hal kecil. Kita taruh belakang sajalah. Simpan belakang lagi baik. Tuhan pun pernah terbalikkan seluruh kaum Nabi Lut. Bukan setakat tumbuk sebelah mata lebam dan meliwati Saiful.

Oleh itu, kita percaya bila hilang gelap akan timbul terang dan apabila timbul yang haq yang batil akan gugur dengan sendirinya. Hakikat ini perlu kita sampaikan kepada manusia yang sudah hilang pertimbangan, hilang akal, menjadi celaru dan haru biru disebabkan membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh nafsu amarah tanpa menggunakan pertimbangan akal hanya kerana seorang manusia sahaja. Patutkah kita mempertaruhkan bangsa dan agama kita?

Cuba fikirkan apa bezanya Anwar Ibrahim, Musa Hitam atau Tengku Razaleigh sesudah mereka meninggalkan UMNO ? Apa lagi sdra Anwar yang sesudah dibuang. Dr. Mahathir bukan bodoh. Mustahil dia boleh suka hati buang orang macam Anwar Ibrahim yang begitu berpengaruh. Dia tahu Anwar ini mesti banyak buat hal, hal-hal yang karut marut. Tapi dia nak buat macam mana ? Dia bapa. Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri.

Tapi rakyat tahu Anwar dan mereka yang telah meninggalkan UMNO ibarat tidak lebih dari botol-botol kosong yang hanyut di atas laut dan terumbang ambing tanpa arah tujuan. Cuma bila Anwar dijumpai oleh orang-orang PAS, mereka gunakannya seperti yang pernah berlaku kepada Ku Li, barulah orang ingat semula betapa oportunisnya PAS. Tetapi perkara sebaliknya berlalu kepada PAS sekarang. PAS menjadi tunggangan PKR dan DAP dalam mendapatkan sokongan Melayu.

Mereka ambil peluang keemasan ini untuk membidas dan mengkritik kerajaan bahkan kalau dapat inilah masanya mereka menumbangkan kerajaan yang majoritinya orang Islam menjadi pemimpin! Kita kena lihat kekuatan MCA dan MIC tidak tergugat. Bahkan keadaan "didoa" agar UMNO hancur atau 50% hilang kuasa dalam kerajaan dan secara otomatis akan memberi laluan kepada MCA, DAP atau MIC berkuasa pada alaf 2000! Siapa jadi Perdana Menterinya? UMNO akan menjadi satu parti yang hanya tumpang sekaki dalam kerajaan, kasihan, manakala PAS sebagai pembangkang!!! Inilah agenda iblis alaf 2000! Para ilmuan, para politik ingusan, para penulis upahan dan pengampu, para koperat yang kecewa, ahli-ahli politik yang tersingkir dan "budak-budak" ingusan yang baru dikejuti oleh insiden yang luar biasa, para profesor, ahli agama yang baru kenal agama, para ahli munafik, fasik dan kafir BUTA semuanya tidak dapat melihat agenda iblis alaf 2000!!! Bahkan mereka semuanya menjadi perangsang tentera-tentera iblis yang berada didalam diri mereka sendiri.

Nabi SAW bersabda: "Semua manusia ada syaitannya masing-masing." Hanya mereka yang jihad melawan hawa nafsu sendiri melihat "perbuatan-perbuatan syaitan" ini. Sebab Nabi SAW bersabda : kita baru saja kembali dari perperangan yang kecil tetapi sentiasa hadapi perang yang paling besar iaitu memerangi hawa nafsu sendiri. Janganlah anda tertipu dengan kehebatan luaran kerana taqwa tidak dapat diukur melalui hal-hal luaran tetapi taqwa diukur melalui ilmu tentang Tuhan.

Anwar sudah tidak lagi berharga, tidak berguna dan tidak lagi relevan untuk perjuangan rakyat. Kita cuma kira rahsia-rahsia Mahathir yang berada di tangan Anwar. Kita lupa siapa boss. Siapa lebih kuat antara harimau tua dan harimau muda yang bertarung di atas bukit? Yang muda, yang masih berhingus dan yang kurang berpengalaman kini sudah cedera dan tersisih dari puncak bukit. Hari ini kita tidak mahu bercakap pasal mereka berdua. Anwar pun sudah habis. Gone case. Gone with the wind. Cukuplah sekadar "ta, ta" dan "bye, bye" buat Anwar. Mari kita cakap pasal bangsa dan negara kita pula.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.