Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 15, 2010

Kulim Hi-Tech Park - Awang Selamat.

Seperti dikatakan, selain First Solar yang mana pelaburan telah dibawa masuk oleh pentadbiran lama, dimana pentadbiran baru tanpa malu mendakwa usaha mereka, pelaburan baru semenjak 2 tahun lepas hanyalah bernilai RM35 juta, iaitu sebuah kilang kecil milik LMA Company.

Nilai RM35 juta bagi KHTP dengan pelaburan total RM23,000,000 (RM23 Billion) secara perbandingan seperti malukut ditepi gantang. Boleh dianggap tiada pelaburan. Hanya 0.1% dalam masa 2 tahun, 99.9% selebihnya semasa pemerintahan dulu, iaitu 12 tahun.

BISIK-BISIK

PASTI ada yang tidak kena apabila bekas Timbalan Pengerusi Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Datuk Chong Itt Chew menyanggah kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah kononnya pelaburan di taman industri itu terus meningkat dan tiada kilang di situ ditutup sejak pakatan pembangkang mengambil alih Kedah.

Yang pasti, Itt Chew menyatakan antara pelabur utama di KHTP, Fuji Electric, telah pun memindahkan operasinya di situ menyebabkan 2,000 orang hilang kerja.

Malah, katanya, jika mengambil kira penambahan pelaburan First Solar Inc. di situ, ia sebenarnya komitmen syarikat itu yang dibuat semasa BN memerintah lagi. Oleh itu Amiruddin bertanggungjawab memperjelaskan kekeliruan tersebut - siapa yang silap cakap?

Bagi Awang, tidak semua perkara boleh dipolitikkan lebih-lebih lagi apabila perkara yang disentuh itu bersandarkan fakta dan perangkaan.

Setahu Awang, negeri-negeri lain yang diperintah oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan peningkatan pelaburan yang memberangsangkan. Ironinya, usaha meningkatkan pelaburan adalah antara bunyi gendang yang mereka palu semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Masa sekarang adalah masa bagi mengotakan janji untuk membawa kemakmuran. Ingatlah, tidak semua perkara boleh dipolitikkan untuk mengaburi mata pengundi supaya mereka tidak menagih janji.

Awang - Masa menilai.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.