Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, June 24, 2010

Tanda Protes Kepada MB Selangor, Azmin Ali Letak Jawatan.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Ia dipercayai sebagai tanda protes atas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memecat ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politiknya. Semalam, jawatan setiausaha politik tersebut diisi oleh Faekah Hussin bermula bulan depan.

Sebelum ini, Faekah Hussin berkhidmat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Azmin telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Pengarah PKNS di Pejabat Menteri Besar Selangor tengahari semalam. Ramai pihak masih menanti pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh Khalid Ibrahim hari ini.

Antara sebab utama perletakan jawatan itu dikatakan sikap kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Khalid kerana sering kali tidak berbincang mengenai apa-apa keputusan yang melibatkan parti.

Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Kes ini sengaja diada adakan isu untuk mengalih pandangan orang Malaysia...Anwar dan Azizah sekarang di USA untuk membetulkan keadaan dia dan azizah masih barua Yahudi yang setia....
    Memang sah satu keluarga dan keturunan pengkhianat bangsa....
    ....jadi barua yahudi...

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.