Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 15, 2010

Berita Dari Palestin 15.06.2010.

Mahmoud Abbas berkata kepada Obama : “Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”
Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.

Obama : Ada kemungkinan kemajuan dalam rundingan damai Timur Tengah tahun ini
Presiden Barack Obama memberi jaminan sepenuhnya untuk meransang kemajuan dalam rundingan damai Timur Tengah pada tahun ini, walaupun ianya dicemari oleh serangan rejim Zionis ke atas armada bantuan ke Gaza.

Beliau yang menerima kunjungan bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke Rumah Putih pada Rabu lepas memberi janji sepenuhnya campurtangan AS dalam krisis terbaru dan berikrar untuk membawa rejim Zionis dan Palestin keluar daripada jalan buntu ke arah perjanjian damai.

Beliau turut mendedahkan bahawa AS akan menyalurkan bantuan sebanyak AS$400 juta kepada Gaza dan Tebing Barat yang meliputi bantuan perumahan, pendidikan dan infrastruktur. Bantuan ini adalah sebahagian daripada komitmen AS untuk memperbaiki kehidupan harian penduduk Palestin.

Israel hadkan material untuk pembinaan ke Gaza.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata Israel hingga ke hari ini membenarkan untuk membekalkan hanya 17% sahaja daripada keperluan bahan binaan untuk dua projek projek pembangunan semula di Semenanjung Gaza.

Menurut OCHA, sehingga mingguan ini Israel telah membenarkan kemasukan bahan binaan yang mewakili 17 peratus sahaja daripada bahan-bahan yang diperlukan untuk projek pembinaan bangunan dan unit perumahan yang dijalankan oleh UNRWA di Khan Younis berbanding jumlah keseluruhan kemasukan 18 penghantaran batu kerikil (Grit) (722 tan) dan satu kapal mengandungi simen (29 tan) untuk digunakan dalam pembangunan 151 unit perumahan.

Selain itu, projek pembangunan semula hospital Baitulmuqaddis di Gaza memerlukan kemasukan 20 tan simen (0,5 muatan lori) dan empat tan palang besi (0,5 muatan lori).

Kesatuan Eropah Akan Segera Minta Israel Tamat Kepung Gaza
Menteri Luar Negeri Kesatuan Eropah akan meminta Israel minggu depan untuk tamatkan pengepungan yang telah berlangsung selama tiga tahun di Gaza yang mereka gambarkan sebagai “tidak boleh diterima dan tidak produktif” bahkan untuk keselamatan Israel.

Dalam kenyataan rancangan yang disiapkan untuk pertemuan pada hari Isnin, para menteri luar negeri akan mengutuk penggunaan kekerasan selama operasi Israel untuk mengelakkan konvoi kapal bantuan daripada sampai ke Gaza, yang mengorbankan sembilan orang Turki. Mereka juga akan menekan untuk satu siasatan yang “kredibel, tidak berat sebelah dan bebas”.

Kesatuan Eropah mengatakan bahawa mereka bersedia untuk memberikan sumbangan terhadap mekanisme baru untuk barangan masuk dan keluar ke Gaza yang akan melalui jalan darat tanah yang lebih sistematik dan mungkin melalui jalan laut ke pusat pantai Gaza.

Reuters yang mendapat salinan laporan itu mengatakan : “dasar penutupan tidak boleh diterima dan kontraproduktif, termasuk dari segi keselamatan Israel.”

Kesatuan Eropah menggesa untuk perubahan dasar yang mengarah ke aliran bantuan kemanusiaan dan komersial barang dan orang tanpa batasan di jalur Gaza sesuai dengan resolusi PBB. Israel mengenakan kepungan di Gaza sejak pertengahan 2007, dan mengatakan langkah-langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penyeludupan senjata kepada Hamas atau kumpulan lain.

Yahudi Jerman mempersiapkan bantuan ke Gaza
Yahudi Jerman mempersiapkan untuk menghantar sebuah kapal yang penuh dengan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza pada akhir Julai walaupun bakal menerima ancaman Israel, ujar seorang wakilnya. “Senarai penumpang belum dibuat tetapi kami mempunyai banyak menerima permintaan dari seluruh dunia,” kata Edith Lutz kepada radio awam, Deutschlandfunk. Kumpulan itu telah menerima sumbangan untuk anak-anak di Gaza seperti bahan-bahan pendidikan, permainan, pakaian dan alat muzik.

“Kita akan pergi ke sana dan cuba meyakinkan Israel bahawa kapal kami tidak berbahaya. Jika Israel menghalang kami, kami akan berpatah balik namun kami akan kembali selepas itu dan begitulah seterusnya”, tambah beliau tegas. Beliau juga berhubung dengan kedutaan Israel di Berlin, namun masih tidak mendapat persetujuan rasmi walaupun mereka tidak dihalang untuk menghulurkan bantuan.

Projek ini telah menerima beberapa surat sokongan dari Israel dan beberapa orang Israel yang boleh bergabung dengan kumpulan bersama-sama beberapa tokoh politik dan bukan Yahudi. Israel mengatakan pada Khamis bahawa tidak akan menghentikan kepungan dari Jalur Gaza kecuali Hamas, membolehkan pasukan Palang Merah untuk melawat seorang askar yang ditangkap pada tahun 2006, Gilad Shali, namun ditolak mentah-mentah oleh gerakan Islam itu.


Union Port Norway boikot kapal Israel
Sebagai panggilan oleh Syarikat Pekerja Palestin dan kesatuan pekerja lain seluruh dunia, Kesatuan Pelabuhan Norway ( Union Port Norway ) memutuskan untuk bergabung dengan Sweden memboikot semua kapal Israel bermula pada 15 Jun. Para pekerja tidak akan memunggah atau mengangkat barangan daripada kapal Israel ke pelabuhan mereka. Keputusan selepas mendapat reaksi spontan pekerja mereka dan separuh daripada rakyat Norway menyokong tindakan tersebut. Mereka akan memboikot selama dua minggu, walaupun Sweden akan memboikot sehingga 24 Jun.

Syarikat Pekerja Palestin menyeru dunia Arab, serantau dan kesatuan pekerja antarabangsa untuk mengambil sikap serius terhadap tindakan ganas Israel dalam serangan ke atas konvoi Keamanan Flotilla yang mengorbankan puluhan nyawa. Selain itu, kesatuan pekerja di Afrika Selatan, yang merupakan sekutu Kongres Syarikat Pekerja Afrika Selatan (COSATU), menyahut seruan untuk memboikot Israel, tetapi masih tidak mengisytiharkannya.

Syarikat Pekerja di Palestin menyambut baik tindakan Norway, Sweden, Greece, England, Kanada dan Afrika Selatan dalam menolak dan mengecam serangan Israel terhadap Palestin dan para aktivis, dan menentang pengepungan Israel di Gaza.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.