Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, June 18, 2010

Tong Untuk di Pijak.....

Dalam satu mesyuarat, Ustaz Azizan pernah memberikan berkata bahawa PKR umpama tong untuk dipijak.

Kata Ustaz Azizan “Kat Kedah ni…kami dalam Pas ni macam orang nak kait rambutan. Dah lima puluh tahun dok kait, tapi tak dapat sebab galah tak cukup panjang. Tup-tup kita dapat tong untuk berpijak…maka dapat la kita kait rambutan tu.”

Betapa hinanya ADUN dan Ahli Parlimen PKR, sehingga Ustaz Azizan tidak boleh mencari perumpamaan lain yang lebih sopan dan bermaruah, melainkan sebagai objek pijakan, iaitu diletakkan di bawah tapak kaki.

Sebab itulah, apabila terdapat ura-ura mereka dari PKR ini hendak melompat Parti, mereka dibawa ke sarkas PAS sebagai "haiwan" pertunjukan untuk mengaku masih menyokong kerajaan PAS di Kedah. Mereka dipandang hina dan begitu mudah ditundukkan seperti beruk sarkas yang hanya diupah dengan kacang*.

Kecuali beberapa YB yang lebih radikal dari selatan Kedah yang mampu membuat pendirian seperti YB Zulkifli Nordin, yang lain-lain masih lagi takut kekurangan kacang dari PAS walaupun hati sudah tidak bersama.

Sebenarnya, PKR bukan saja menjadi tong untuk dipijak oleh PAS di Kedah, tapi juga menjadi tong untuk dipijak di Perak, Pulau Pinang dan juga Selangor yang sebenarnya dikuasai oleh DAP.

PKR rela menjadi Tong Untuk Dipijak dimana-mana saja sebagai gadaian bagi memenuhi harapan besar pemimpinnya untuk menjadi perdana menteri. Lihat saja di Pulau Pinang, bagaimana ADUN dan Ahli Parlimen PKR di suruh menyembah "menjungjung titah" Lim Guan Eng sebagai timbal-balik sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri yang sehingga kini masih tinggal sebagai angan-angan.

BN tentu gembira jika setiap kali ADUN PR lompat Parti, PR menyalahkan BN, kerana ini bermakna PR tidak akan memperbaiki segala kepincangan yang ada, seterusnya arus alir keluar wakil PR akan berterusan. Dan kepincangan besar yang meronta jiwa wakil-wakil rakyat PKR ialah mereka status mereka sebagai "Tong Untuk DiPijak" yang tidak mungkin akan diselesaikan oleh Anwar.

Sebab itulah, kita dapat lihat Parti yang paling banyak hilang wakil sehingga kini adalah Parti TONG UNTUK DIPIJAK.


Nota:
*Sedang pemimpin serta kroni PAS sibuk menjarah GLC-GLC yang aktif, berduit dan menunjukkan untung, ADUN-ADUN PKR diperbodohkan dengandiberikan jawatan ahli lembaga pengarah GLC-GLC yang dorman.


Ehsan Dari: Syburi Times.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.