Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, June 21, 2010

Berita Dari Palestin 21.06.2010.

Israel mengurangkan sekatan di Gaza.

Israel akan megurangkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza hari ini, sebagai usaha untuk meredakan penyebaran kritikan antarabangsa selepas berlakunya pembunuhan semasa serangan ke atas flotilla oleh komando Israel.

Menteri-menteri kabinet mengadakan menyuarat untuk menghadkan dan menyenarai pendek barang-barang keperluan, seperti simen dan besi, dimana Israel menyatakan militan-militan akan menggunakan barang-barang tersebut untuk menentang wilayah Yahudi. Walaubagaimanapun,sebagaimana yang telah dilaporkan, barang keperluan tersebut akan dibenarkan dibawa masuk tetapi ke tempat yang belum diketahui dibawah pengurusan Bangsa-bangsa Bersatu.


Armada Kebebasan 2 Belayar ke Gaza Bulan Depan..

Gabungan Armada Kebebasan mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk pelancaran “Armada Kebebasan 2″, yang akan belayar ke Jaluran Gaza pada pertengahan bulan depan (Julai) dan diharapkan tiba pantai Gaza beberapa hari selepas tarikh belayar.

Mazen Kahil, seorang ahli dari Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza,” salah seorang pengasas gabungan armada kebebasan, mengatakan dalam sebuah sidang akhbar yang dilakukan oleh gabungan tersebut di Parlimen Eropah di Strasbourg: “Kami mempunyai banyak kapal sudah bersedia meninggalkan Eropah, dan kami berharap boleh berlayar menuju Jalur Gaza pada separuh kedua bulan Julai ini, “, tambahnya bahawa “Armada Kebebasan 2 ” ini akan lebih besar dari armada sebelumnya dengan jumlah aktivis keamanan dan bilangan kapal yang terlibat.


Mesir melarang pesawat Israel melintasi Taba.

Pihak berkuasa Mesir telah pun menguatkuasakan peraturan menghalang pesawat-pesawat Israel melintasi ruang udara bandar Taba ketika hendark mendarat di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dilihat suatu ketidakkonsistenan dalam perjanjian keamanan antara dua negara ini.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew “Maariv” pada hari ini, antara perkara yang terkandung di dalam perjanjian yang ditandatangani Israel dan Mesir adalah untuk membenarkan pesawat-pesawat komersial Israel untuk menggunakan ruang udara bandar Taba untuk pendaratan di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dikoordinasikan oleh menara kawalan Israel di Israel bersama dengan menara kawalan Mesir untuk memberi arahan penerbangan kepada pesawat-pesawat Israel.

Laman web mereka turut menyatakan bahawa pada minggu lepas, sebuah pesawat Israel melalui menara kawalan Israel yang berada di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Eilat, telah ditolak permohonannya untuk melintasi ruang udara Mesir, malah pihak berkuasa Mesir langsung tidak membenarkan pesawat Israel untuk memasuki ruang udara mereka. Laman web tersebut juga menyatakan Kementerian Komunikasi Israel telah memberi respon dan sedang menyiasat isu ini, terutamanya apabila Israel mengetahui bahawa Mesir kini berada di posisi yang baharu, bukan lagi seperti kejadian-kejadian sebelumnya. Ini adalah kerana Mesir kini mula menunjukkan tanda penentangan terhadap Israel dan berdiri bersama pendokong-pendokong kebebasan.


Tentera Israel mencederakan seorang pejuang Palestin.

Menurut saksi dan pegawai perubatan, seorang pejuang Palestin telah mengalami kecederaan apabila kereta kebal tentera Israel menembak kedudukan mereka di semenanjung Gaza.

Kejadian itu berlaku di kawasan di mana pejuang Palestin pernah melalukan serangan ke atas Israel sebanyak dua kali bulan lepas. Jurucakap tentera Israel dilaporkan berkata pihak tentera telah melepaskan beberapa tembakan ke arah pejuang Palestin yang disyaki sedang memasang bahan letupan di pagar sempadan.

Sempadan Gaza kebiasaanya sudah kembali tenang sejak serangan ganas tentera rejim ke atas Gaza pada January 2009. Walau bagaimanapun, sekali-sekala terdapat kejadian pertempuran kecil di kawasan sempadan.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.