Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 9, 2010

Bila Munafik Bercakap Pasal Judi.

Firman Allah SWT Surah Al-Maidah (90) bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi. Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan. Kesan judi menghancurkan masyarakat.

Adalah amat pelik bila PAS hanya nampak judi bolasepak saja yang diharamkan Allah, walhal semua bentuk judi adalah haram.

Apabila PAS dan pengikutnya menyerang Umno yang kononnya “menghalalkan” judi bolasepak, walhal lesen tersebut belum pun dikeluarkan, adakah ia bermakna Nik Aziz dan Ustaz Azizan berkata bahawa judi Magnum dan 4D merupakan judi halal, maka itu PAS turut meluluskan premis-premis bagi judi tersebut di negeri-negeri pemerintahan PR.

PAS jelas munafik apabila meredhakan kelulusan premis judi dibawah pemerintahnnya, tetapi lesen judi bolasepak yang belum pun lagi diluluskan, PAS melaung sebagai Umno menghalalkan Judi.

Umpama penyamun marahkan pencuri.

Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. bukan ke semua lesen judi tu dikeluarkan oleh kerajaan BN? pikir-pikirkan dan renung-renungkan lah..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.