Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, April 18, 2010

YB Manikumar Salahkan Parasit Dalam PKR.

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR.

Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.

“Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu.

Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri.

“Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.

Manikumar bagaimanapun menolak ketika diminta mendedahkan siapa parasit yang beliau maksudkan.

“Saya tahu dia kecewa tetapi tindakannya meninggalkan parti juga mengecewakan saya. Ramai kawan-kawan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) juga kecewa dengan apa yang dia lakukan,” katanya.

Wei Shu, bekas anggota Exco Kerajaan Kedah, mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Beliau digugurkan daripada jawatan Exco dalam rombakan pada 10 Mac lalu, digantikan ADUN Sidam, Tan Chow Kang.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri daripada PKR, Lim Soo Nee turut mengakui wujudnya ‘yes man’ dalam parti itu.

ADUN Kulim itu berkata, memang terdapat segelintir pemimpin PKR Negeri yang cuba mengawal setiap pergerakan dan keputusan ahli parti agar patuh pada arahan mereka untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun katanya, kewujudan unsur ‘yes man’ sememangnya dialami oleh mana-mana parti di negara ini dan menjelaskan masalah itu masih belum mencapai tahap kritikal di peringkat PKR.

“Saya mengakui terkejut mendengar berita Wei Shu bertindak keluar parti kerana ia memang di luar dugaan saya.

“Keputusan beliau itu mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan unsur ‘yes man’ dalam parti,”katanya.

Soo Nee berkata, beliau pernah cuba memujuk Wei Shu supaya tidak meninggalkan parti, termasuk menerusi kenyataan media terhadap Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut mereka menarik balik kenyataan yang menjatuhkan air muka Wei Shu sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berasa kecewa dengan tindakan drastik Wei Shu keluar parti tanpa merujuk dahulu kepadanya dan ahli-ahli PKR yang lain memandangkan ADUN Bakar Arang itu mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Dalam isu Wei Shu, saya enggan menyalahkan sesiapa kerana bagi saya kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan.

“Cuma saya berasa terkilan dengan kenyataan Wei Shu yang tidak menjelaskan, apakah dimaksudkan dengan beliau dipermain-mainkan segelintir pemimpin PKR, memandangkan rakyat dan parti pembangkang akan membuat banyak andaian negatif di sebalik kenyataan itu,”katanya.

Soo Nee turut mendedahkan Wei Shu sebelum ini pernah mengadu beliau mempunyai banyak masalah, bagaimanapun masalah itu bukan masalah peribadi.

“Mungkin masalah dengan parti, mungkin masalah individu dalam parti. Bagaimanapun ia bukan masalah peribadi.

“Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Wei Shu dan berharap agar beliau terus menunaikan janji untuk berkhidmat kepada rakyat,”katanya.

Ehsan Dari : HARIAN SINAR.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.