Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, April 1, 2010

PRK Ulu Selangor ~ Kita Tengok Siapa Yang Kena...?

Kematian Ahli Parlimen PKR agak mengejutkan bilamana keadaan kekalutan politik di persada Negara belum reda. Sebelum itu mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham yg juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor suatu ketika dahulu.

Ini merupakan PRK ke sejak tsunami PRU-12. Ada yg berkata @ bercakap pada keadaan skrg rakyat mula menambatkan kembali keyakinan terhadap BN @ Kerajaan. Tetapi ada juga pendapat pemerhati politik Negara yg menyatakan bahawa keadaan sekarang adalah dimana undi atas pagar melebihi pengundi tegar PR @ BN.

Maka disini kita lihat bahawa faktor-faktor isu setempat & calon akan lebih menguasai hati para pengundi. Jika kita tgk sejarah di kawasan tersebut cuma calon MIC sajalah yg kalah di Parlimen berkenaan. Manakala ketiga-tiga DUN di kawasan Parlimen tersebut dikuasai oleh BN (2 UMNO, 1 MCA). Melihat kepada taburan pengundi disini kita dapat katakana bahawa MIC telah kehilangan ‘touch’ kepada ‘grassroot’.

BN berada di dalam dilemma. Perang saraf telah bermula baik dalam BN sendiri mahupun provokasi dari pihak PKR. MIC melalui Presidennya tanpa segan silu menyebut nama Timbalannya G.Palanival utk menjadi calon BN. Sedangkan semua tahu yg beliau telah kalah pada PRU-12 yg lalu di tempat yg sama.

Kalau mengikut peratusan pengundi kawasan tersebut mempunyai kepadatan 53.9% Melayu, 26.7% Cina & 19% India 0.4% lain-lain. Jika difikir secara logik sebenarnya UMNO perlu lawan PAS. Ataupun UMNO vs PKR yg akan meletakkan calon melayu. Itulah hakikatnya. Status pemikiran jumut MIC yg bersandarkan status quo perlu diubah kepada kehendak masyarakat setempat. Jgn nanti yg dikejar tak dapat & yg dikendong keciciran.

Jadi, kepada MIC. Cerminlah muka sendiri kemudian barulah bercakap. Setakat bercakap & meminta tanpa bekerja keras utk menarik kembali sokongan maka sudahlah. Senyap sajalah. Jgn jadi macam kudis melekat pada kulit.

Kepada BN. Dengarlah suara akar umbi apa yg mereka nak & kemudian lantiklah mereka yg terbaik dikalangan yg baik-baik. Moga menang hendaknya.

Fakta :


Jumlah Daftar Pemilih ~ 63,593 pengundi

1- Parlimen (PRU-12) P94
Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) - 23,177
G.Palanival - 22,979
Majoriti 198 - PKR Menang

2. DUN N.5 Hulu Bernam
Datuk Idris 7,985 -UMNO/BN
Abdul Syukor 4,436 - PAS
Majoriti 3,549 - BN Menang

3. DUN N.6 Kuala Kubu Baharu
Wong Kun Moon 6,107- MCA/BN
Annamalai Ramu 6,555 - DAP
Majoriti 448 - BN Menang

4. DUN N.7 Batang Kali
Mohd Isa Abu Kasim - UMNO/BN
Mohd Nasaruddin - 9,545 undi PAS
Majoriti 2,179 - BN/UMNO Menang

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.