Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, April 30, 2010

Analisa Hulu Selangor 1.....

Berakhir sudah PRK Hulu Selangor. Tanggapan asal saya bahawa Kamalanathan akan menang terbukti, walaupun saya menjangkakan majoriti jauh lebih besar. Cuma satu saja yang saya takut, iaitu peralihan sokongan dari orang-orang Felda. Rupa-rupanya mereka tidak menghampakan BN dan Najib.

Mari kita lihat satu-persatu faktor-faktor dan fenomena-fenomena yang kita lihat sepanjang kempen dan juga hasil undian, supaya sama-sama kita dapat belajar daripada apa yang dipaparkan.

1. Fenomena yang paling besar saya lihat ialah tentang the Biggest Loser kali ini. Siapa? PKR? Anwar? Zaid? MIC? MCA?

Bukan. Jawapannya, the biggest loser utk PRK HulSel ini tak lain tak bukan ialah PAS.

1.1 Kekalahan teruk PAS kepada UMNO di kalangan pengundi Melayu Hulu Selangor

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik secara harian di peringkat Cawangan mesti tahu bahawa dalam kebanyakan bahagian di Malaysia ini kecuali yang betul-betul majoriti Cinanya sangat besar, pertembungan utama ialah di antara PAS dan UMNO. PKR boleh dikatakan langsung tak masuk ‘book’, dan hanya akan timbul bila ada pilihanraya. Mungkin lepas PRU-12 dulu PKR lebih hidup di kawasan-kawasan yang ia jadi wakil rakyat, tapi itupun sebenarnya tak adalah aktif mana dan selalunya menumpang aktiviti PAS. Malah di Lembah Pantai pun yang wakil rakyatnya anak Presiden Parti dan Penasihat Parti merangkap Puteri Reformasi pun begitu, apatah lagi di tempat lain.

Di Hulu Selangor pun begitu. Seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, kawasan-kawasan Melayu yang dulunya mengundi UMNO, telah ditembusi oleh PAS sejak zaman reformasi (1998) sehingga sekarang. Cawangan-cawangan baru mencanak-canak naik. Ceramah dapat sambutan hangat. Kemuncaknya bila pengundi-pengundi Melayu bekaspengundi UMNO ini bersatu dengan Cina dan India penyokong Hindraf memberi Parlimen HS kepada PKR.

Tetapi dalam PRaya Kecil ini nampaknya arus tadi sudah berpatah balik. Mereka yang menyokong PAS dan mengundi PKR nampak gayanya sudah sanggup mengundi BN.

Dan soalan yang paling menakutkan di kalangan pemimpin Melayu Pakatan Rakyat sekarang ialah:-

Kalau MIC yang dibenci segenap rakyat pun boleh menang lawan seorang Calon Nama Besar Melayu, bagaimana kira-kiranya jika UMNO lawan PAS sekarang di kawasan majoriti lebih 70% Melayu?? Tidakkah PAS akan tertonggeng?

Jadi sebenarnya yang kalah paling teruk di Hulu Selangor ialah PAS, rakyat Hulu Selangor nampaknya sudah ramai yang berhenti menyokong mereka.

1.2. Rosaknya Imej PAS di kalangan rakyat berbangsa Melayu seluruh negara.

Selepas PRU-12, semua orang yang minat politik sedar strategi UMNO terhadap PAS, iaitu menyerang kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS membela diri dengan mengatakan ianya fitnah, tetapi betulkah fitnah?

Kalau dulu sebelum PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, langsung tiada orang bukan Islam yang berani mempertikaikan ttg kedudukan Islam dan mengulas isu-isu agama Islam, tetapi selepas PRU 12 dan wujudnya Pakatan Rakyat, suara-suara ini seperti halilintar setiap kali isu Islam menjadi polemik dalam media.

Isu fatwa berkenaan Yoga, isu Azan dan khutbah diperlahankan di Masjid-masjid di Selangor, isu permintaan hak sama rata antara tanah dan belanjawan negara terhadap peruntukan masjid dan kuil dan tokong, isu Lina Joy, isu pengharaman Arak di Shah Alam, dan yang paling besar isu Kalimah Allah.

Bukankah dalam isu-isu ini penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lah yang paling kuat menentang, memperli dan menghina Islam; dalam Malaysiakini (penyokong PR), dan dalam beratus-ratus blog mereka.

Yang dahsyatnya, ramai daripada penghina ini turut merupakan orang Islam sendiri, dengan nama-nama besar seperti Haris Ibrahim (penyokong PR), Art Harun (penyokong PR) dan sebagainya. Dan paling menyedihkan, penyokong-penyokong PAS tegar turut sama membuta tuli menyokong mereka.

Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana hero-hero Islam kononnya dalam PAS senyap sunyi tanpa berkata apa-apa bila isu-isu ini timbul. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat bagaimana nama-nama besar dalam PAS seperti Tuan Guru Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi diam membisu seolah-olah memberikan penentangan senyap. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor.

Pemimpin-pemimpin puak Erdogan PAS terutamanya sibuk menjaja bahawa sikap UMNO ialah mempertahankan Ketuanan Melayu dan ketuanan melayu itu assabiyah. Tapi disebabkan adanya ketuanan Melayu itu lah begitu tinggi jumlahnya anak-anak kampung Melayu dapat keluar dari dunia kampung mereka berhijrah ke asrama-asrama penuh, berhijrah ke matrikulasi-matrikulasi, dan akhirnya menjadi kelas menengah Melayu. Disebabkan ketuanan Melayu itulah kita ada excuse utk mewujudkan FELDA, RISDA, FELCRA, Tabung Haji dan beratus lagi badan lain yang membantu secra langsung umat Melayu. Tanpa ketuanan Melayu, mampus kita hendak ”fight” untuk semua itu. Kalau sekadar bantah konsert Rihanna atau konsert Ella sempena 100 hari Pakatan rakyat Selangor pun Pemuda PAS Selangor dimaki dan disuruh balik ke gua oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi untuk hal-hal sebesar itu! Sorry, mati hidup balik pun PAS takkan dapat menang bila melawan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dan sekali lagi Rakyat marhaen Islam Melayu melihat perkara ini. Rakyat marhaen Islam Melayu juga melihat bagaimana Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu diburukkan oleh penyokong Pakatan Rakyat. Rakyat marhaen Islam Melayu melihat betapa lemahnya PAS, dan bagaimana takutnya PAS, dan bagaimana berdolak-daliknya PAS. Dan Rakyat marhaen Islam Melayu sudahpun menghukum PAS, mula-mula di Bagan Pinang dan kini di Hulu Selangor. Dan bacaan saya ialah Rakyat marhaen Islam Melayu akan terus menghukum PAS, sehingga PRU-13 akan datang.

1.3 Kejatuhan Imej PAS di kalangan Penyokong PR sendiri

Sesiapa yang memang terlibat dengan politik tempatan secara harian dan juga kempen pilihanraya tak kira Praya Umum atau Kecil juga tahu yang petugas-petugas pilihanraya semua datang dari PAS. Buat banner, buat poster, gantung poster, keluar duit, sebar risalah, PACA, rayu undi, semuanya dari PAS. Mungkin lah kat tempat-tempat macam kat Lembah Pantai kita ni ada sikit-sikit orang PKR. Tapi kat tempat lain, haram.

Dan kita lihat di HulSel ini satu fenomena yang luar biasa sekali. PAS tak berkempen sangat pun! Semua orang sedar perkara ini, dan hanya selepas ia dibangkitkan di peringkat nasional, barulah PAS menghantar kontingennya.

Kenapa? Adakah PAS sendiri sudah sedar? Takkan lah sebab geli dengan Zaid sampai macam tu sekali? Dan bukankan fenomena geli dengan Zaid ini merupakan apa yang PAS sendiri redha bila duduk dalam Pakatan?

Yang pastinya, kesuam-suam kukuan PAS berkempen dilihat oleh semua penyokong PR dan mereka betul-betul marah dengan PAS. Jatuh imej PAS, sedangkan mereka lah yang akhirnya bersusah payah berkempen merayu undi, menampal gerak kerja pilihanraya PKR yang terlalu lemah.

Dan bukan itu sahaja. Laporan yang diterima menyatakan PAS turun berkempen utk PAS dan bukan untuk PKR turut dilaporkan meluas. Dan yang bestnya, Nik Aziz juga dituduh begitu. Ceramahnya bukan nak menyokong Zaid sangat, tapi lebih kepada nak taichi supaya orang jangan tuduh PAS. Penyokong PR nampak benda ini, makin teruk imej PAS.

Akhir sekali, kebongkakan dan kebodohan Nik Aziz menyumbang kepada kekalahan Zaid, dan penyokong PR sedar perkara ini. Mula-mula sekali, Nik Aziz dengan bongkak kata orang Kelantan tahu halal haram, jadi undi saja lah Zaid. Habis, orang Selangor tak tahu halal haram. Apa yang Nik Aziz imply tu sebenarnya? Itu statement menghina. Budak-budak muda tempatan minum teh tarik yang saya jumpa di mamak KKB begitu marah dengan statement itu, dan sudah tentu ramai lagi yang merasa begitu.

Dan tak payah cakaplah pasal Nik Aziz menghina Sultan Selangor. Orang FELDA tu orang Melayu lah Nik Aziz, depa sayang Sultan. Datang dari luar, menghina Sultan orang.

Kesemua ini disedari penyokong PR, dan disebabkan ia terjadi last minute, semua usaha PR membasuh busuk Nik Aziz gagal. Marah lagi penyokong PR dengan PAS.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.