Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, April 1, 2010

Mengapa Anwar Takut.....?

Anwar sudah mula merasakan bahawa rakyat sudah tidak lagi mempercayai diri nya dan untuk memastikan bahawa beliau akan terselama dari menjadi penghuni tetap di Sungai Buluh , beliau perlu mendapatkan sokongan ahli kabinet antarabangsa, Sebelum ini beliau telah mengheret Parlimen Australia untuk mencampuri urusan negara kita dan kini beliau berada di London untuk menghasut ahli Parlimen di sana.

Anwar sengaja mahu membusukkan nama Malaysia di mata masyarakat dunia setelah melakukan di Malaysia dan beliau ajan terus cuba menghancur kan nama baik Malaysia selagi tidak berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Besar betul cita cita anak kelahiran Ceruk Tok Kun ini.


Jeremy Corbyn yang dikatakan mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwat merupakan seorang pejuang hak kaum minority di Britain.(Gay dan Lasbian) Juga merupakan ahli Parlimen dari parti buruh yang cenderung menyokong hak kaum gay dan lesbian di Britain.




Dalam Restoran Garden Winter di Hotel Landmark di London di satu pagi Jumaat, ahli politik dan aktivis Malaysia duduk bersama ahli parlimen Britain berbincang halatuju gerakan pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan liwat. Corbyn telah memfailkan usul di Parlimen British untuk mendesak pihak berkuasa Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Kehadiran Anwar di London akan meningkatkan lebih banyak sokongan dari ahli parlimen Britain di mana beliau akan muncul dalam wawancara dengan BBC pada hari Isnin untuk menarik simpati dan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya.

Kenapa Anwar mahu meminta bantuan luar untuk menguburkan tuduhan liwar terhadap beliau , bukan kah itu hanya satu tuduhan yang belum pasti lagi kebenaran mahu pun kesalahan nya. Kini perbicaraan sedang dijalankan kenapa Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan berkenaan. Biarlah makahamah yang menentukan kebenaran nya, Anwar juga perlu memberikan keadilan dan hak Saiful yang menuduh untuk membuktikan bahawa beliau benar benar diliwat.

Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Anwar tak payah MINTAK tolong pun. Semua orang tau kenapa. Nah cuba lah cfool, Maidin, Najari tu pula minta tolong kat orang2 1 dunia tu. eko sapo?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.