Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, April 1, 2010

Azizan Kata Kerajaan BN Gagal Urus Air.....?

BN didakwa gagal uruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan dikedah,
itu yang dikatakan oleh MB PAS Ustaz Azizan.

Baru uruskan air yang tak berapa nak keluar laju macam dulu,dah pun bercakap serupa Kerajaan PAS yang memerintah Kedah ada kuasa magik kut bagi air elok bersih dan laju?...

Kerajaan BN dulu pun jalankan khidmat terbaik dalam urusan membekalkan air,bezanya dulu JBA yang uruskan air sebelum diperbadankan menjadi SADA,tak dan setahun jagung dah kata baik dah...yang air siang kadang-kadang ada kadang-kadang tak dak ni,bagus ka?.........

Nak cari salah orang cukup mudah,buat apa yang orang tak dan buat dah kira baiklah...lepas tu tuding jari kat orang kata orang tak bagus ...ala kalau setakat dok perintah dengan rebrand kerja yang kerajaan BN tak dan nak buat tu kira bagus sangat ka?...tak dak apa yang baru pun yang diperkenalkan kepada rakyat dari kerajaan yang diperintah PAS dikedah ni,yang ada hanya sekadar retorik,kerja sikit berkokok banyak,yang lain apa pun tarakkkkkk.

Corak dan gaya pentadbiran kerajaan PAS di kedah ini boleh diibaratkan macam ibu ayam bawa anak dalam kampong saja...pagi-pagi setiap hari bawa anak keluar sekeliling kampong cari makanan...menyakar,menguis dan memagut sana sini...bila ada gu yang lain mulalah berketug...cakar pi cakar mai,kuis pi kuis mai,jumpalah sekog cacing yang lemas...pagutlah dengan paruh...mula berketug riuhlah nak bagi tau dia dapat cacing kat gu yang lain........maka pakat berterpalah puak-puak dia mai kerumun...bila sampai dekat saja dengan selamba bongkak dia pun telanlah cacing tersebut...puak-puak dia pun tunduk sepi dan malu lah terus berlalu mengebiang pi.

Tu cerita ibu ayam kampong bawa anak...camtu jugalah kalau kita tengok apa yang berlaku dalam kerajaan PAS kedah lani pun...berketug saja lebih,bila rakyat tengok habuk pun tarakkkkk...bukan rakyat yang marhaen saja tak dak apa...puak-puak dia pun harap dok syokkkkkkkkkk saja apa pun tarakkkkkkk........
Pasang paip air baru,air tak laju macam dulu,angin lebih banyak dari air,bil melambung sekali ganda pun dok kata pemerintahan PAS lebih baik dari BN,adaka...

Rasanya dah pelik dah Kerajaan PAS Kedah lani,nak tutup kelemahan pun janganlah dok cari salah BN,Rakyat pun yang berakal dapat nilai apa yang baik apa yang buruk...tak payahlah nak tutup kesilapan dan keburukan tuding jari kat orang lain...Rakyat bagi sepenggal saja ...lepas ni makan bengkang lagi la.


Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.