Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, April 25, 2010

Hulu Selangor - Kecewa Dengan PAS.

Kecewa dan tidak yakin lagi perjuangan PAS, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali Pak Tam, keluar PAS bersama 25 lagi ahli-ahli PAS Kuala Kubu Baru untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

Apa yang lebih mengecewakan, Pak Tam mendakwa kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Datuk Hassan Ali bukan sahaja gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sebaliknya tunduk kepada tekanan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PKR dan DAP.

“Hari ini cukup bersejarah kepada saya, setelah sekian lama meninggalkan UMNO dan berjuang bersama PAS, tapi hari ini disaksikan Datuk Ahmad Maslan dan saudara-saudara semua, saya istiharkan keluar PAS dan memohon untuk menyertai semula UMNO. Saya dan sahabat-sahabat lain berharap agar UMNO dapat menerima kembali kami ke dalam UMNO, lupakan sengketa dulu sebaliknya berikan kami peluang dan ruang untuk memberikan khidmat kami memperkuatkan dan memperkasa UMNO khususnya di Kuala Kubu Bharu ini,” ujarnya sambil memotong kad keahlian PAS.

Pak Tam turut mengakui sentuhan peribadi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan serta jentera-jentera UMNO menyebabkan pintu hatinya kembali terbuka untuk bersama-sama berjuang bersama UMNO.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berjanji akan memastikan dan menghantar permohonan Pak Tam serta 25 ahli lain ke ibu pejabat UMNO untuk diterima sebagai ahli UMNO.

“Dua tiga hari ini, ramai ahli-ahli PKR yang keluar parti tetapi hari ini, Pak Tam menjadi individu pertama meninggalkan PAS. Kita harap dengan penyertaan Pak Tam ke dalam UMNO, lebih ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas sedar sandiwara dan ketidakmampuan mentadbir negeri, apatah lagi di Selangor ini.

Ehsan dari : Sahabat Gunung.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.