Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, April 7, 2010

Apa Sudah Jadi PKR Padang Serai.....?

Baru-baru ini 28/03/2010 berlaku Mesyuarat Agung Tergempar PKR Padang Serai yang dipengerusikan oleh Gobalkrisnan di Dewan Kelang Lama, Kulim. Ramai juga yang hadir hampir memenuhi dewan lebih kurang 125 orang sahaja.

Setahu aku PKR Padang Serai telah digantung kerana tadak menyerahkan laporan tahunan parti kepada Pendaftaran Pertubuhan. Entah jawatankuasa mana pula yang bermesyuarat kali ini. Bila masa pula wujudnya Jawatankuasa Penaja.

Ah..... peduli apa aku dalam hal itu. Apa yang aku hendak ceritakan di sini adalah apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.

Dalam mesyuarat itu hanya satu usul saja yang dibincangkan. Usul yang dibawa oleh Ketua AMK Padang Serai, Hazim yang juga merupakan MMK Kampung Syed Sheikh Kelang Lama. Usul beliau mendesak MT PKR menerima pakai tuntutan 50 ahli Parlimen PR menarik balik tindakan yang dikenakan keatas Anwar terhadap kerajaan Malaysia. Sebulat suara 125 orang yang hadir bersetuju.

Hal ini siapa yang peduli. Pergi jahanam. Apa yang menarik berlaku adalah keluar satu usul tergempar dari Gobala sendiri, mencadangkan penarikan balik jawatan Ahli Majlis Perbandaran Kulim dan Kulim Hi-Tech. Mereka adalah:

  1. Dr. Hairuddin (Ahli Majlis Perbandaran Kulim Hi-Tech)
  2. Adam (Ahli Majlis Perbandaran Kulim)
  3. Chandrasegaran (Ahli Majlis Perbandaran Kulim)
  4. Nizam (Ahli Majlis Perbandaran Kulim)

Mereka ini dikatakan tidak menjalan tugas mereka sebagai seorang Ahli Majlis. Seramai 125 orang ahli bersetuju dengan usul ini. Tegas Gobala, bukan sahaja mereka akan dipecat sebagai Ahli Majlis malah akan disingkir dari menjadi Ahli PKR. Beliau sendiri akan memastikan perkara ini dibawa kepihak atasan termasuk MB Kedah, Exco, Perhubungan Negeri Kedah dan MT PKR. Gobala mengagap mereka ini adalah sampah dan perosak parti bergerak menentang beliau. Beliau sudah lama menghidu gerakan mereka.

Tambah beliau, Dr Hairuddin elok menjadi doktor sahaja, bagi ubat tolong pesakit, bukannya membina kroni menjatuhkan beliau. Budak mentah Adam sambung saja menjual lemang. Chandrasegaran sesuai menjaga kuil sahaja tak sesuai berpolitik. Nizam pergi belajar bab politik baru berpolitik, jangan jadi pak turut sahaja.

"Mana ada kumpulan Dr Hairuddin dalam dewan ini. Kalau betul memberi sokongan kuat pada PKR, apa salahnya kalau turun mesyuarat kita boleh bincang", tegas beliau. "Ini tidak, senang-senang mahu tikam belakang".

Aku heran dengan perangai PKR....., kepala tu penuh dengan tahi, dduduk usung lagi tahi tu.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.