Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, April 18, 2010

Jika Mahu Cerita Tiga Hari Pun Tidak Habis.

Mengapa baru sekarang buat keputusan keluar daripada PKR.....?

WEI SHU: Saya tunggu dan terus tunggu tetapi mereka masih degil. Jadi jika pemimpin begini, bagaimana kita mahu bekerja bersama? Kita tidak boleh ikut sesuka hati kerana kita datang daripada rakyat dan kita bukan nak rebut kuasa atau pangkat.

Kedudukan sekarang.....?

WEI SHU: Bebas. Saya bergerak sebagai ADUN Bebas. Akan menyertai atau ditawarkan menyertai mana-mana parti?

WEI SHU: Itu saya tidak fikir lagi. Saya masih tidak bersedia. Belum ada keputusan tentang perkara itu. Saya berharap rakyat akan memahami perkara ini.

Menyokong BN.....?

WEI SHU: Bebas, saya ADUN Bebas. Tapi saya harap kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat boleh membantu. Ini perlu kerana rakyat adalah hasil kerajaan, mereka membayar cukai dan mereka tidak boleh (apabila) melihat saya beralih kepada Bebas dan mereka (kerajaan negeri) buat diam sahaja. Tengoklah, saya akan buat sesuatu.

Sokong parti mana.....?

WEI SHU: Yang mana betul saya akan sokong, yang tidak betul saya tidak sokong. Saya seorang yang berpegang kepada janji.

Pandangan pengundi.....?

WEI SHU: Itu bukan masalah. Saya sudah berbincang. Jika menjatuhkan maruah saya, ia juga menjatuhkan maruah mereka. Ini menganiaya saya. Parti apa ini.....?

Tuduhan-tuduhan dilemparkan kepada YB? Adakah ada tujuan tertentu.....?

WEI SHU: Ada setengah yang tidak mengaku. Ada yang minta maaf dan ada yang tidak. Kita tidak boleh beri 'monyet-monyet' dalam parti untuk rosakkan parti. Ini tidak betul. Kita datang daripada rakyat bukan pemimpin. Saya tidak suka. Saya tidak suka kena kawal dan hanya perkara yang adil untuk rakyat sahaja akan saya suarakan. Tidak kiralah Melayu, Cina dan India, saya sokong jika betul.

Siapa monyet dimaksudkan.....?

WEI SHU: Kalau saya sebut monyet memang mereka tahu. Yang pandai main-main, yang pandai mainkan orang.

Di peringkat negeri atau di pusat.....?

WEI SHU: Di mana-mana. Kalau nak marah orang pun tak elok sebab saya tidak suka marah tapi apabila sudah marah kita gelarkan monyet pun orang mungkin tidak kisah.

Sebab utama keluar parti.....?

WEI SHU: Saya memang tidak terfikir untuk keluar parti tetapi ia sudah melibatkan maruah saya di kawasan saya.

Maksud dipergunakan.....?

WEI SHU: Macam-macam dipergunakan. Dulu tidak berpelajaran pun boleh asalkan ada orang. Kini mahu orang yang berkualiti dan ada standard namun orang yang sebegini bukan tahu buat kerja. Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi tapi saya rasa profesor dan doktor pun tak mampu buat seperti apa saya lakukan selama dua tahun ini. Sebab setiap janji kepada rakyat perlu saya tunaikan.

Sebelum buat keputusan, sudah berbincang dengan pihak atasan.....?

WEI SHU: Saya sudah beritahu mereka, jika mereka minta maaf saya akan maafkan tetapi hal begini sukar untuk berbincang dengan pemimpin atasan. Oleh itu saya akan beritahu mereka terus terang melalui surat saya.

Sudah serahkan surat.....?

WEI SHU: Surat telah siap dan saya akan serahkan kepada mereka.

Akan letak jawatan ADUN.....?

WEI SHU: Tanggungjawab kepada rakyat penting sekali. Jika saya meletakkan jawatan sebagai ADUN, saya samalah seperti seorang yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana dengan kepimpinan PKR.....?

WEI SHU: Apabila melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk bekerja, saya juga sayang Najib. Kerajaan dahulu lain, sekarang pemimpin turun padang dan saya mahu pemimpin yang benar-benar untuk rakyat dan menjaga rakyat. Kita jarang lihat Perdana Menteri yang selalu turun padang. Bagi saya, apa yang penting rakyat boleh terima beliau, maka saya juga akan terima.

Sepanjang bersama PKR, apakah yang paling tidak berpuas hati.....?

WEI SHU: Banyak. Jika mahu cerita tiga malam tiga hari pun tidak habis. Saya mahu lihat apa yang akan dibangkitkan. Macam sarang tebuan, kita tengok macam mana ia dijolok.

Apa yang dapat dikatakan sekarang buat Anwar adalah : Yang dikejar bakal tak dapat dan yang tengah dikendong jatuh berciciran.....!
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.