Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, September 9, 2009

Adakah Lojik Kuil Seksyen 19 Berumur 150 Tahun.....?

Terbaca sindiran jurublog satira Husin Lempoyang semalam di sini membuat saya betul-betul terfikir satu fakta pembohongan yang diulang oleh pelbagai pihak, khususnya pihak media tetapi tidak lojik langsung dari segi sejarah.

Perkara ini sudah lama saya terfikir dari mula saya melihat gambar kuil usang ini di laman Minaq Jinggo. Saya tertanya-tanya bolehkah kuil yang dikatakan berumur 150 tahun itu begitu saja rupanya?

Takkan selama 150 tahun, tidak ada usaha untuk menaik tarafkan kuil tersebut? Kalau candi-candi lama dari kerajaan silam yang begitu hebat boleh hilang dimakan zaman, bagaimana sebuah kuil haram yang dibina begitu simple boleh bertahan begitu lama? Sungguh tidak lojik.

Siapa yang cuba mereka-reka fakta bohong ini.....?

Menurut blog The Unspinners yang mula mencurigai fakta yang diterima dengan mudah oleh media, The Malaysian Insiders adalah pihak yang mula mereka-reka fakta ini. Latarbelakang portal berita ini memang mencurigakan.

Kemudian ianya diterima buta-buta oleh pelbagai pihak, khususnya pihak media dan pemimpin-pemimpin politik Pakatan. Mereka ini nampaknya mengulang-ulangkan pembohongan The Malaysian Insiders.

Fakta yang menimbulkan kesangsian blog tersebut timbul dari surat penduduk Seksyen 19 kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam surat tersebut, penduduk memberitahu semasa mereka berpindah di kawasan Seksyen 19, kuil haram itu hanya “sebesar tandas” dan kemudiannya membesar dalam masa 20 tahun kepada keadaan yang masih agak usang sekarang.

Untuk membayangkan kuil “sebesar tandas”, lihat kuil kecil yang dibina bawah pokok berdekatan kuil Seksyen 19 tersebut dalam gambar.

Kalau kuil tersebut benar berumur 150 tahun, ianya jauh lebih tua dari kuil Batu Caves yang hanya berumur 119 tahun dan kuil tertua (kemungkinan untuk kuil yang masih digunakan) adalah kuil Sri Mahamariamman di Jalan Bandar Kuala Lumpur yang berumur 136 tahun.

Sebelum ini, kawasan perumahan PKNS ini adalah Ladang Renggam kepunyaan Kumpulan Guthrie. Saya tidak pasti sejarah dan umur Ladang tersebut, namun sejarah penghijrahan kaum India secara besar-besaran untuk mengerjakan estet getah kepunyaan taukeh Inggeris hanyalah pada tahun-tahun 1870an.

Guthrie & Company pun memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit secara estet pada tahun-tahun 1896 ke 1924. Henry Ridley, Pengarah Kebun Bunga Singapura (1888-1911) mula membawa benih getah dari Brazil untuk ditanam secara eksperimen di Kebun Bunga Singapura dan mula ditumbuh sebagai estet pada tahun 1896.

Memang layaklah Husin Lempoyang menyindir kuil tersebut layak di jadikan Tapak Warisan Dunia. Kuil 150 tahun ini sudah wujud sejak 1859 dan adalah lebih awal dari peristiwa-peristiwa penting dalam sejarahyang berkaitan dengan kuil Hindu dan kawasan Seksyen 19 tersebut.

Jelas sekali membuat pembohangan yang dibuat The Malaysian Insiders. Masih lagi Brendan Pereira, bekas pakar spin New Straits Times yang dahulu melemahkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, masih mencucuk jarum menghuru harakan negara.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.