Sebelum ke Bagan Pinang, Anwar sempat lagi pergi ke Florida untuk melihat mesin mengundi yang mengalahkan godfather nya iaitu Al Gore. Tidak mengejutkan kita, mengapa isu undi pos diguna pakai di Bagan Pinang dan isu e-voting diguna sebagai isu besar dalam pilihan raya kampus. Idea itu datang dari Florida rupanya. Al Gore tidak mahu anak didiknya kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?
……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
- Surah Ali Imran ayat 140 -
Petikan Al-Quran.
Topik Terkini.
Tuesday, October 13, 2009
Anwar Menipu Lagi.
Pada 9 Oktober 2009, ramai yang menerima sms bahawa Anwar Ibrahim akan bersumpah di Masjid Bagan Pinang selepas solat Jumaat ternanti-nanti kehadiran Anwar. Seperti biasa, tidak jadi atau tangguh lagi. Pilihan raya Bagan Pinang pun mahu ditangguhnya. Itulah strategi Anwar. Mungkin Anwar banyak belajar strategi baru untuk tangguh ini daripada Al Gore. Buku "The Assault On Reason" tulisan Al Gore pernah dihadiahkan oleh Al Gore kepada Anwar Ibrahim pada 19 Julai 2007. Tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memang pandai buat macam macam alasan dan helah. Semuanya sudah dipelajari dari buku Al Gore tersebut.
Perhatikan pada papan tersebut di University California, Berkeley di atas, bilakah Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.....? Anwar memang pandai menipu. Pada 10 Oktober 2009, Anwar akan datang berkempen di Bagan Pinang. Kempen Anwar bermula dari Pekan Siliau, Taman Desa Rusa dan berakhir di Markas DAP di Port Dickson. Anwar akan terus menipu rakyat lagi dengan seribu satu alasan yang dipelajarinya dari buku Al Gore. Rakyat harus mencabar Anwar agar bersumpah secara terbuka dalam di atas pentas ceramah. Beranikah Anwar berbuat demikian.....?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.