Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, September 7, 2009

MASIHKAH KAU INGAT?

Dalam kempen pilihanraya tahun 1964 PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang UMNO telah menjadi kafir oleh sebab berkongsi kuasa memerintah Negara dengan parti bukan Islam (MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN).

PAS menggunakan ayat 28 surah Ali Imran sebagai hujah mereka. Ayat 28 Surah Ali Imran membawa maksud seperti berikut, ” Janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman...”

Namun apabila PAS mempunyai kepentingan dan ingin bergabung dengan Kerajaan Perikatan pada tahun 1973 Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan,”Mengenai kerajaan campuran adalah harus dan ditarjih oleh kongres”.

Haji Hadi pula dalam buku Amanat Haji Hadi pada mukasurat 8 menyatakan,”…diharuskan bertahaluf yakni bekerjasama dengan bukan Islam yang bersikap baik”. Tujuan Haji Hadi mengeluarkan amanat ini adalah untuk membolehkan kerjasama PAS dengan ADIL, PRM dan DAP untuk membentuk Barisan Alternatif.

KINI APA YANG KAU BUAT?

Kini PAS lebih menyanjung dan menghormati DAP yang rata-ratanya bukan Islam dan menolak serta mencerca pemimpin-pemimpin UMNO yang semuanya beragama Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Mereka bertakbir apabila pemimpin – pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam membaca ayat-ayat Al Quran yang suci. Mereka menjawab penuh salam yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam DAP dan PKR. Adakah pemimpin – pemimpin bukan Islam DAP dan PKR ikhlas membaca ayat-ayat Al Quran tersebut?. Adakah mereka membaca ayat-ayat Al Quran tersebut kerana mereka menyakini kebenaran agama Islam?. Sekiranya mereka ikhlas dan menyakini agama Islam sudah semestinya mereka sudah memeluk agama Islam tetapi sehingga kini mereka masih menentang pembentukan Negara Islam sepertimana cadangan PAS. Tujuan mereka memetik ayat-ayat Al Quran hanyalah untuk meraih sokongan penyokong-penyokong PAS dan penyokong-penyokong melayu PKR semata-mata.

Kenapa kepimpinan PAS tidak menegur perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam DAP dan PKR daripada terus mempermainkan ayat-ayat Al Quran?. Adakah kerana kuasa kepimpinan PAS sanggup menghalalkan segala-galanya?.

Wajarkah Nik Aziz mengizinkan pemimpin-pemimpin bukan Islam DAP dan PKR menghina Islam atas alasan mereka tidak memahami Islam?. Adakah alasan tidak memahami Islam itu membolehkan Islam dipersendakan?. Kenapa lakaran kartun Rasulullah SAW oleh seorang pelukis barat pada satu masa dahulu menjadi kemarahan umat Islam seluruh dunia, walhal yang melukis itu bukannya seorang Islam dan beliau sendiri tidak tahu berkenaan Islam?. Wajarkah tidak tahu berkenaan Islam boleh dijadikan alasan untuk mempersendakan Islam?.

APA SUDAH JADI DENGAN PERJUANGAN ISLAM PAS SEKARANG?

Baru-baru ini Nik Aziz Nik Mat telah mencadangkan agar PAS membuka keahlian kepada bukan Islam. Adakah selepas ini Muthusamy atau Ah Chong boleh menjadi Presiden PAS?. Adakah PAS ingin membawa Islam liberal dan sekular?. Adakah PAS sudah hilang halatuju perjuangan Islam mereka semata-mata kerana ingin berkuasa?. Apabila PAS membuka keahlian kepada bukan Islam bermakna PAS tidak lagi memperjuangkan Islam.

Kenapa PAS sanggup berkompromi dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin bukan Islam demi untuk menghancurkan kepimpinan melayu Islam di Malaysia sekarang ini? Tidakkah PAS terfikir bahawa di dalam Pakatan Rakyat sekarang ini didominasi oleh bukan Islam daripada DAP dan PKR?.

Kemana halatuju melayu Islam di Malaysia sekiranya PAS berterusan memusuhi kepimpinan melayu Islam sedia ada?. Tepuk dada tanya selera, ada akal fikir. Jangan biarkan “kuasa” membutakan hati dan mata kita.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.