Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, October 3, 2009

Kami Tidak Boleh Lawan Kuasa Allah SWT Yang Memberikan Aura Kepada TS Isa.

Cerita satu - PR TS Isa The Best.

Tidak ada sebab UMNO perlu takut dengan status TS ISA. Tiada undang undang yang menyatakan bahawa TS Isa tidak layak bertanding. TS Isa juga merupakan demand oleh Grass Root di Bagan Pinang. Beliau juga telah menjalankan hukuman kerana kesilapan rasuah, semua orang tahu, Beliau tidak digantung seumur hidup atau di pecat dari parti. Beliau telah menjalankan proses pemulihan dan pembersihan.

Inilah satu kecantikan dan keunikan dalam UMNO yang tiada dalam parti pembangkang. Walaupun PAS menekan isu Rasuah terhadap Ts Isa tetapi PAS terlalu mereka takut dengan TS Isa, Kalau TS Isa menang dalam pilihan raya Bagan Pinang ini nanti bermakna calon PAS tidak layak untuk bertanding dengan calon UMNO yang dikatakan rasuah. Ini bermakna mereka lebih hina dan di tolak oleh rakyat dari calon yang diterima rakyat.

Isu rasuah tidak laku di Bagan Pinang. Lagi banyak PAS mainkan Isu ini lagi popular TS Isa. Inilah keunikan TS Isa Samad. Beliau dikatakan antara ahli Politik yang paling popular dan mempunyai PR yang terhebat. TS Isa dikatakan pandai mengambil hati orang. Kalau tidak tak mungkin ada Mak Mak Puteri yang kagum dengan Isa. Ada satu kesah yang menarik yang mahu saya kongsi dengan pembaca mengenai perangai TS Isa ini. Ini mengenai PR dia dan ini lah yang dikatakan seorang ahli Politik, bukan macam si Tanggang yang sombong dengan rakyat.

TS Isa ini memang bijak. Jika ada kumpulan orang kampung yang datang melawat ke pejabatnya, ketika beliau menjadi MB NS dahulu. Beliau idak akan terus berjumpa dengan mereka. Beliau akan memanggil pegawainya masuk dahulu dan bertanya dan menyelidik mengenai laar belakang ketua rombongan. Bila beliau telah mengetahui latar belakang mengenai ketua rombongan dan apabila mereka semua masuk TS Isa akan menepuk bahu ketua rombongan sambil memanggil nama ketua rombongan, Ha Hassan..... apa khabar, anak macam mana yang dekat Universiti itu. Ok ke pelajaran dia. Ini tahun akhir kan..... Kak Bedah tak datang ke, Beliau akan tanya tentang isteri Ketua rombongan itu, Wal hal TS tidak pun pernah jumpa dan kenal dengan Hassan . Hassan bangga sekali. Orang kampung begitu yakin, Hassan kenal rapat dengan TS Isa lah bisik orang kampung.

Begitulah hebatnya TS Isa. Beliau juga di anugerah kan, petah bercakap dan dalam percakapan beliau sentiasa terselit jenaka yang membuat sesiapa yang mendengar nya tidak akan kering gusi dan tidak akan merasa bosan. Sewaktu beliau digantung, kerana sayang kan UMNO, TS Isa terus menjalankan kewajipan terhadap parti dengan gigih, Saya juga bertemu dengan TS Isa yang urun ke Pengerang hanya untuk menghadiri majlis hari jadi anak angkat kepada si Tanggang.


Cerita 2 - Sukar untuk menandingi keabahan dan ketenangan calon BN Bagan Pinang.

Pernah tak anda semua mendengar sok sek sok sek politik yang menyatakan bahawa Isa di kambing hitamkan dan mangsa keadaan, Jika pernah..... tidak perlu saya ulas kan, jika tidak tanyalah dan pinta lah saya mengulasnya. Itulah sebabnya orang kampung kami tetap mahukan Isa. Bagi kami Isan amat berjasa kepada Negeri Sembilan dan kampung kami. Jika ada perasaan takut mengenai isu rasuah, ini kami mahu jelaskan kepada pembaca. Orang kampung kami tidak takut, entah kenapa kami pun tak tahu tetapi kami yakin kepada TS Isa. Takut apa..... Itu politik lama. Politik 22 tahun yang lalu.

Sekarang zaman moden, kami tidak takut sekiranya pemimpin kami dikatakan rasuah. Bukan kami suka rasuah, kami tidak suka rasuah, tapi kami yakin kepada TS Isa, Ini kuasa Allah SWT dan bukan kami seorang sahaja yang yakin , malahan ramai lagi yang yakin. Jangan salahkan kami. Ini kuasa Allah SWT yang menyakinkan kami kepada beliau. Bukan semua orang diberikan aura sebegini.

Jika Mawi boleh jadi raja SMS kerana auranya, Isa juga boleh jadi raja kepada semua calon kerana auranya. Kini Presiden dan Timbalan juga yakin, kenapa kita tidak yakin pula. Kalau ada seorang dua yang tidak yakin, biarkanlah..... ramai yang yakin. Jangan takut. Ramai juga yang jadi calon pada mulanya bersih dan bila jadi wakil rakyat kemudian menjadi menteri, lupa diri dan menkedarah duit rakyat.

Dugaan ketaban TS Isa adalah pada hari raya, bila dia di hentam oleh Tun, tak ada angin, tak ada salah, kena kaw kaw dengan Tun. Tidak sepatah pun TS jawab. Hak pun tidak hek pun tidak. Semua orang diam saja macam blurr saja bila Tun hentam TS Isa. Macam sokong dan tidak. Bila umum TS jadi calon semua lompat keriangan. Penakut jugak kau yo jang.....

Kecil kecil cili api, walaupun digelar Doremon, jangan main dengan Doremon ini, Cute sangat kata kawan aku. Ini aura juga. Sebenarnya jasa TS Isa Samad sememangnya tidak boleh dilupakan oleh rakyat Negeri Sembilan. Kesabaran, ketenangan menempuh dugaan Allah SWT. No 1 class 1 devision 1, tiada tolok bandingnya. Hebat ketabahan beliau.

Beliau lalui suka dan duka sendiri, ketika iu juga Allayarhamah Puan Seri pulang kerahmatullah, Isteri tersayang dan dalam dan tika TS Isa dalam kejatuhan. TS Isa sabar dan tabah, allahyarhamah adalah wanita di belakang kejayaan beliau, Allahyarhamah pulang ketika TS Isa menghadapi zaman kelam. Kecil kecil TS Isa itu ada juga yang tertarik , maklum lah TS sekarang bujang. Kalau sama padan apa salahnya. Lain kali saja lah kia sambung......

nak tenguk Vedio Bagan Pinang klik sini

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.