Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, October 3, 2009

KECELARUAN Pakatan Rosak SELANGOR.

Jangan lah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang idak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur se bantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.


PETIKAN KECELARUAN PR SELANGOR.

Isu kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti menjadi penghalang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung soal pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid, yang sebelum ini meminta exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor meletakkan jawatan berkata beliau berhak menegur Hasan kerana beliau berhak untuk mengeluarkan pandangan sebegitu dan ianya bukanlah satu perbuatan yang mengingkari arahan pemimpin.

Hasan sebelum ini telah meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan.

Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

“Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam blognya [http://www.khalidsamad.com/] hari ini.

“Teguran dan ingkaran merupakan perkara berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti,” katanya lagi.

Khalid turut berkata, tindakannya menggesa Dr Hasan meletakkan jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri pada petang Ahad lalu.

‘Jadi sasaran’

“…memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ (setia) kepada pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan yang dipertua kawasan.
“Dalam persoalan ini saya sememangnyalah telah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Khalid turut membangkitkan hasil mesyuarat Konvensyen Pakatan Rakyat di Petaling Jaya pada awal bulan lalu yang merumuskan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang “saling menyerang satu sama lain”.

“Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri,” kata Khalid yang juga merupakan pengerusi lajnah politik PAS.

Jelasnya lagi, tindakan Hasan “amat tidak wajar” dalam memberikan pandangan berhubung pendekatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dalam mengadakan pendengaran awam.

Menurut Khalid lagi, Hasan tidak sepatutnya mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil pendirian tunggal berhubung isu berkenaan.

“Yang menjadi masalah ialah apabila (Hasan) membuat kenyataan mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini,” kata Khalid lagi.

Pendekatan soal siasat

“Saya menyatakan, tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?,” soal Khalid.

“Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang,” katanya lagi.

Khalid berkata, pandangan Hasan tersebut dibuat tanpa mengambil kira tanggungjawab dan haknya sebagai anggota exco.

“Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan.

“Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian.

Sesi pendengaran terbuka

“Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuan pelucutan jawatan saya sebagai timbalan pesuruhjaya) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggesa Hasan keluar daripada PAS mahupun Pakatan Rakyat, tetapi hanya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai exco dan penyokong kerajaan negeri di dalam DUN.

Khalid turut menjelaskan, sesi pendengaran oleh SELCAT perlu diadakan secara terbuka kerana kaedah berkenaan lebih berkesan untuk mendapatkan pendedahakan dari pegawai kerajaan sendiri.

“Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat.

“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. dalam BN mana boleh parti komponen tegur kesilapan sesuatu parti..semuanya betul walaupun salah..kalau tegur katanya mencampuri urusan parti..penyudahnya perkara yg tak betul pun jadi betul..isu pkfz yg di cari orang yg bocorkan dokumen bukannya orang yg songlap duit rakyat..contoh je..yang ni jelas menutup parti komponen yg terlibat dlm isu ni..cam ner rakyat golongan muda amnya nak caye kat BN ni..anak muda skrang ni di didik agar mempunyai nilai murni supaya tidak terlibat dlm perkara yg tidak meroskkan akhlak dan pemikiran..kalau golongan muda ni direkrut supaya tidak telus apa akan jadi pd generasi akan datang..mahukah kita melihat anak2 kita sebahagian dari golongan di PKFZ ni..memang banyak wang yg masuk klau menjadi sebahagian darinya..tapi di mana ketelusan yg sering diwar-warkan di media masa..walhal pemimpin kita sendiri yg merogol amanah tersebut..sungguhka tak kecewa ke dgn perkara ni..aku malu mereka gunakan kekayaan ini untuk mencapai karier politik dgn memperbodohkan pengundi yg mengatakan mereka inilah pemimpin yg berkarisma,berkredibiliti,amanah,jujur,tak makan rasuah,tak beri rasuah..dengan kekayaan mereka juga mereka membeli undi untuk memilih mereka sewaktu pemilihan bahagian/pusat berlaku..ini berlaku betul berlaku..kalau tak tak kan isa samad kena gantung ahlinya tempohari..adakah ini budaya yg kita mahu untuk kita jadikan contoh anak cucu kita..jadi mereka yg mementingkan ketelusan dan ajaran agama islam yg jitu tak mahu memihak kepada kerajaan yg ada...kat selangor ni yg kelam kabut adalah yg kena siasat bukannya rakyat..rakyat selangor relax je..kan ke bagus hasan ali ni cover sikit..klau dia buat tak campur tangan sape yg teruk..bayangkan..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.