Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, October 13, 2009

Bukan Saja PAS Kalah Di Bagan Pinang Tetapi Anwar Juga Ditolak.....

Kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang agak besar semalam iaitu 5,435 undi menimbulkan tanda tanya.

Adakah jentera Komplot Pembangkang yang mendapat bantuan kelas pertama iaitu risikan,kewangan dan sebagainya daripada agensi Amerika tidak mampu untuk menewaskan jentera BN yang kekuatannya agak sederhana dan masih menggunakan cara lama?

Anwar di dalam twitternya memberi komen mudah di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang seperti di bawah :

"Keputusan Bagan Pinang harus mendorong kita bekerja lebih keras. Teliti karenah SPR, ugutan dan budaya samseng pemuda umno. Kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat".

Kumbang tertarik dengan perkataan 'kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat' kerana di sini sebenarnya sebab utama kenapa tersungkurnya komplot Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang Kumbang katakan ini ada asasnya apabila Kumbang turun sendiri untuk bertanya kepada ahli PAS Bagan Pinang mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada jentera PAS yang begitu longlai di Bagan Pinang.

Menurut beliau ahli PAS di kawasan DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak berpuas hati dengan campur tangan Anwar Ibrahim dalam memilih calon mereka untuk PRK Bagan Pinang. Menurut beliau lagi Anwar Ibrahim dikatakan memilih Zulkefly kerana Zulkefly berada di dalam team Erdogan dan Anwar menurut beliau tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro Ulamak untuk dicalonkan mungkin untuk mengambil hati kaum bukan melayu.

Hal ini yang menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang tidak dicalonkan, sedangkan Ustaz Kassim Tahir sendiri memberi jaminan beliau mampu memenangkan PAS kerana popular dan disayangi oleh pengundi Bagan Pinang.

Malangnya jaminan Ustaz Kassim Tahir ini tidak dapat mengubah keputusan campur tangan Anwar Ibrahim ini dan ditambahkan lagi dengan khabar angin bahawa Komplot Pembangkang mencalonkan Zulkefly kerana ingin menjadikan Zulkefly, Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September di Negeri Sembilan bila-bila masa dari sekarang.

Disebabkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon inilah yang menyebabkan jentera PAS di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen. Para blogger Komplot Pembangkang turut mengalami keadaan sama apabila tidak lagi bersungguh-sungguh menulis artikel dan menjawab hujah blogger anti Anwar dalam tempoh kempen serta ada juga yang memainkan isu lain.

Keadaan inilah yang menyebabkan PAS langsung tidak dapat memberikan tentangan terhadap jentera Barisan Nasional.

Kesan kepada permasalahan Komplot Pembangkang ini jelas ternyata apabila ceramah Anwar Ibrahim hanya dihadiri kurang daripada 300 orang, ini bermakna jika difikirkan jumlah penyokong dan jentera PAS di Permatang Pasir sudah mampu menghadirkan angka yang ramai. Tetapi jelas mereka iaitu penyokong dan jentera PAS melakukan protes kepada Anwar Ibrahim dengan tidak menghadiri ceramah dan mendengar retorik penipuan beliau.

Protes paling besar ditunjukkan dengan larinya hampir 3000 undi PAS kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang berlangsung semalam sebagai satu manifestasi penolakkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam parti PAS.

Kumbang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penyokong dan ahli PAS yang berani melakukan protes. Kumbang kira kekalahan ini sebenarnya pada luaran sahaja milik PAS tetapi sebenarnya kekalahan PAS dan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang ini adalah kekalahan sepenuhnya Anwar Ibrahim kerana calon yang dipilih adalah calon pilihan Anwar Ibrahim dan bukan pilihan majoriti rakyat dan penyokong PAS.

Kumbang kira seperti semalam, sudah tiba masanya PAS memikirkan peranan mereka di dalam Komplot Pembangkang dan berani melakukan perubahan untuk keluar daripada pakatan yang merugikan ini. Semalam PAS kalah 5,435 undi, esok lusa mungkin PAS akan lenyap kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Sebelum perkara ini berlaku, Kumbang gesa PAS buatlah apa yang patut.

Apa yang Kumbang tahu kekalahan ini tidak akan merugikan Anwar kerana beliau dapat menghabiskan bacaan 9 buah buku dan beristirehat melawat kawan-kawan di Amerika di saat PAS sibuk berkempen untuk memenangkan calon 'pasti tidak akan menang' pilihan beliau sendiri.

Penyokong, blogger dan ahli PAS teruskan protes. Kita tolak Anwar Ibrahim.....!

Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. korng sokong UMNO jgn jdi mcm lembu la, korg dh dicanang dgn propaganda murahan dkat TV n akhbar, aku tetp sokong ulama' utk memerintah negara, klu korng kutuk n tolak kpimpinan ulama' bererti korg kutuk nabi, ulama' adalah pewaris nabi, al ulama' warasatul annbiya'....so ape lgi dalil korng nk kutuk PAS n ulama yg ader dlm PAS, wlaupun PAS x ckup duit nk bngunkn projek3 mega, tpi kitaorng x mkn duit rakyt n x blagak dgn kereta2 mewah, korg tray cri MB or menteri2 yg slalu bgi cermah agama tiap2 week utk rakyt, wlaupun dia busy ngan urusan ptadbiran, tpi dia still luangkan masa nk ajar agama pd rakyat jelata, kereta gune pn xlah mewah sgt mcm puak2 YB sbelah sner, lpas dpt YB trus dpt Dato' n duit mnimbun2, rumah diperbesarkan...ape smua nih...
    jgn jadi bodoh ok...
    korng btaubatlah....

    ReplyDelete
  2. Semoga pemilik blog masih lagi mengunjungi blog ini.

    Jika singgah ke rumah yang telah di tinggalkan ini, sila hubungi saya untuk jalinan silratulrahim:

    detguaq@gmail.com

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.