Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, September 6, 2009

Siva dan Nizar kurang ajar – Polis Perak tak bolah buat apa – Kenapa.....?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pakatan pembangkang berhenti daripada melakukan perbuatan mencabar keputusan mahkamah.

Katanya, ada kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan pembangkang merupakan pakar undang-undang, justeru mereka sepatutnya tahu tindakan tersebut adalah sia-sia.Ini kerana, menurut Muhyiddin, mahkamah telah memutuskan kerajaan negeri Perak sekarang ini adalah di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Katanya, perhimpunan ADUN pakatan pembangkang di sebuah hotel semalam juga tidak sepatutnya berlaku.

“Mahkamah sudah putuskan bahawa kerajaan negeri Perak sekarang adalah sah dan atas dasar itu mereka (pembangkang) patut tahu tindakan tersebut sia-sia.

“Mungkin tindakan mereka mahu mencabar mahkamah dan tidak menghormati keputusan yang dibuat,” katanya.

Apakah kerajaan tidak ada undang-undang yang boleh mengheret mereka ke muka keadilan dan dan mereka sepatutnya di adil kan dan sumbat dalam penjara kerana kesalahan mengacau ketenteraman awam.

Mencabar keputusan mahkamah. Yang hairan setiap kali mereka melakukan kesalahan , terutamanya Sivakumar dan juga Nizar. Pihak Polis Di Raja Malaysia khususnya Polis di Raja Perak, begitu katara seakan akan takut untuk mendakwa mereka, atau menangkap mereka, Jarang kita dengar Siva atau Nizar ditahan.

Kenapa Pihak Polis begitu takut dengan mereka berdua ini. Mereka hanyalah ADUN biasa dan bukannya Speaker dewan undangan negeri mahu pun menteri besar, Sekiranya mereka sememengnya menteri besar atau speaker, apakah mereka tidak boleh didakwa jika melanggar undang undang kerajaan. Mengapa mereka seolah olah kita lihat sebagai ada kekebalan.

Pihak yang berkuasa seharusnya lebih tegas dan seharusnya tidak memandang dan memilih bulu. Sememang kita katahui dan umum ketahui semuanya ini di dalangi oleh Anwar, Nizar dan juga Sivakumar. Kenapa pihak polsi takut untuk mendakwa mereka ? Inilah keluhan rakyat Perak yang tidak berpuas hati dengan cara pihak polis mengendali kan isu Sivakumar dan juga Nizar di negeri Perak.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.