Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, September 6, 2009

Kontrak Musa Disambung Setahun ~ Pas Kecewa.

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini. Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.

Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Johor (2003), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan Timbalan Ketua Polis Negara (2005).

Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 Sept 2006.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis. Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang.

Nota: Pas yang dengki dan cuba menghalang perlantikan Tan Sri Musa , kecewa kerana permintaan mereka gagal.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.