Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, April 3, 2013


Antara point2 utama dalam manifesto Pakatan Rakyat:
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.
Fikir-fikirkanlah.......
  1. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
  2. Tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
  3. Benda yang kat dalam manifesto itu kebanyakannya berkaitan isu2 yang pernah dibangkitkan sejak dulu dan perkara2 yang memang dekat dengan semua orang seperti minyak, tol, kereta, saman, pendidikan, perumahan, pendapatan, Lynas, pemandu teksi dan sebagainya.
  4. Apa yang ditawarkan rasa kalau betul2 dilaksanakan sukar ditolak dan dibantah oleh semua rakyat tak kira la ko tu penyokong PR atau BN. Harga minyak turun, siapa tak suka? Lalu highway tak payah kena tol, siapa yang tak nak.......? Turun harga kereta, ada ke orang sanggup bayar harga sekarang kalau harga kereta dah murah.......? Tawaran memang macam2, tapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya.......? Tawar macam2 tapi tak ke akan menjejaskan ekonomi negara.......? 
  5. Kerajaan telah peruntukkan RM2.6 billion untuk BR1M pada tahun 2012 sahaja, untuk tahun 2013 ni pula diperuntukkan RM3 billion. Ada orang mempersoal kerajaan belanja duit banyak2 untuk BR1M ni ekonomi tak jatuh ke.......? Walau hutang negara mencecah lebih RM547 billion, tapi aku percaya ekonomi takkan jatuh dan negara takkan muflis kerana Tun Mahathir, DS Ahmad Husni dan Tun Daim sendiri dah cakap yang hutang masih terkawal dan kerajaan masih mampu bayar.
Dengan tawaran dari PR, diorang dah buat manifesto dan nak tak nak mereka kena tunaikan manifesto tu kalau berjaya tawan Putrajaya. Macam mana diorang nak laksanakan.......


"Manifesto bukan suatu perjanjian" Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan penduduk2 Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu percuma bagi atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

So adakah manifesto buku Jingga PR ini bukankah suatu perjanjian.......? Bagi aku mana2 manifesto adalah tawaran dan janji mana2 pihak sekiranya mereka menang pilihanraya.





Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.