Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, May 15, 2013

EXCO Kedah 2013.


Datuk Mukhriz membuat satu percaturan di dalam melantik barisan Exco di bawah pimpinan beliau....... Gabungan lama dan baru.

1
Mohd Rawi Bin Abd Hamid
(DUN Air Hangat)
Agama dan Pelancongan
2
Badrol Hisham Bin Hashim
(DUN Kuala Nerang)
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3
Aminuddin Bin Omar
(DUN Jitra)
Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
4
Tajul Urus Bin Mat Zain
(Dun Tanjung Dawai)
Pelajaran
5
Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail
(DUN Guar Chempedak)
Industri
6
Suraya Binti Yaacob
(DUN Sungai Tiang)
Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
7
Mohd Tajudin Bin Abdullah
(DUN Belantik)
Pemb. Luar Bandar 
8
Norsabrina Binti Mohd Noor
(DUN Bandar Baharu)
Sains Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi
9
MCA

10
MIC

Senarai potfolio lain tidak diisi dengan sepenuhnya lagi…….

Pada dasarnya apa yang aku perhatikan, apakah strategi sebenarnya Tok Mukhriz membariskan Exco beliau yang nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya hak aku untuk mempertikalkan Exco yang telah dipilih oleh Tok Mukhriz.

Persoalanya adakah Tok Mukhriz benar-benar mengambil kira pandangan mahupun pendapat dari mereka yang lebih arif.......?

Tak terkasar jika aku kata, Tok Mukhriz terlepas pandang seolah-olah tidak menghargai penat lelah wakil rakyat yang berhempas pulas bekerja sewaktu Kedah di bawah pentadbiran PAS bertepuk meja dewan demi memperjuangkan kehendak rakyat.

Bagi aku..... Pemimpin yang bijaksana lagi berhemah adalah pemimpin yang tetap pendirian dan tegas; bukan tunduk dengan desakan individu ketepi pandangan ramai.......

Print Friendly and PDF

5 comments:

  1. Dimanakah kedudukan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Belum pernah dalam sejarah Pengerusi Perhubungan dibuat sebegini rupa. Hanya Dr Mahathir sahaja yang suka membuat kerja kerja bergini untuk menghancurkan UMNO hanya kerana nak puaskan nafsu politik dia. Langsung tidak pedulikan akan pengorbanan orang. Apa lah sangat kebolehan Mukriz jika dibandingkan dengan tokoh2 lain diKedah. Nama saja anak Kedah tapi tak pernah pun tingga diKedah. Cukup2 la DR M....kerana engkau lah UMNO diharamkan. Kerana engkau juga la Anuar Ibrahim menjadi maharajalela, membuat apa yang disukainya.Kerana engkau juga la Pak Lah tidak mendapat penghormatan selaku bekas Perdana Menteri. Apa lagi yang engkau mahu DR M. Kamu mahukan Malaysia dijadikan hak mutlak kamu anak beranak. Rakyat mungkin tak tahu, Dr M sebenarnya takut jika orang yang bukan dibawah telunjuknya menjadi PM maka semua hutang anak2 nya dibank akan disekat. Jika ini berlaku maka habis la kuasa Dr M serta anak2nya dalam perniagaan dan politik Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Buat kerja masing2. Bagus juga ramai EXCO dr luar zon Alor Setar. Biar pembangunan Kedah lebih menyeluruh. Tumpukan pola pembangunan kepada yg kelompok rakyat yang masih setia dengan BN.

    ReplyDelete
  3. perlantikan exco mana-mana kerajaan adalah lantikan kroni.
    bukan soal kebolehan.itulah poilitik.mukriz ada kroni dia.

    ReplyDelete
  4. Inilah akibatnya kalau ada tangan-tangan ghaib di belakang.......

    ReplyDelete
  5. profile secara penuh Exco ini tiada diberikan di sini, bagi menolak tohmahan yg mengatakan ada di kalangan mereka tidak mencapai tahap intelektual yg diperlukan di zaman cyber ini

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.