Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, March 19, 2012

Kes Tutup Atau Katup Masih Berterusan di KHTP.......?


Bagaimana berlakunya kes penutupan di ASetar yang ada kaitannya dengan KHTP.......?. Adakah ini satu fitnah..?. Tapi hakikatnya ialah pengurusan tertinggi syarikat pengurusan iaitu Kulim Technology Park Corpo....rati. Bhd (KTPC) telah menutup operasi sebuah Unit yang dikenali sebagai Digital Village (DV) disebabkan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengambil alih bangunan yang selama ini diduduki oleh Digital Village di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

DIGITAL VILLAGE yang diasaskan oleh bekas MB Kedah Sanusi Junid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmatannya mulai 31 Januari 2012. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga ASetar dan sekitarnya. DV memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma, atau pun dikenakan bayaran ‘token’ berjumlah RM20 sahaja. Sambutan dari rakyat amat memuaskan. 

DIGITAL VILLAGE menyediakan 3 orang tenaga pengajar. Kelas diadakan pagi dan petang. DV juga dilengkapi dengan 2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan. Guru-guru mereka amat berkemahiran. Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan, juga pihak polis, bomba, kakitangan kerajaan dan juga isteri-isteri Exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kedah. 

Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri. Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri. 

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak-anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui oleh Kerajaan Negeri 

Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya ia ditutup begitu sahaja, sedangkan ia adalah projek CSR KTPC yang sekian lama mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kedah. 

Adakah sebab ianya projek dari Kerajan BN terdahulu, maka sekarang ianya ditutup.......? 

Ada sumber sahih dari AS melaporkan ianya berpunca dari pergeseran peribadi antara Exco dan Pengerusi KTPC dengan bos INSPIN. Jika ini benar, ianya amatlah sedih kerana yang rugi ialah rakyat Kedah yang tidak dapat menikmati kelas-kelas komputer secara percuma atau pun begitu murah iaitu seminggu hanya RM5 dan sebulan berjumlah RM20. 

Kesian jugak kat semua staf DV yang sekarang terpaksa berulang dari ASetar ke KHTP hanya semata-mata untuk mencari rezeki sesuap nasi bagi menyara keluarga masing-masing. 

Apa pun benda yang mendatangkan faedah dan manfaat tidak sepatutnya ditutup begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh dan konkrit. 

Mungkin ada saudara atau saudari di luar sana yang dapat memberi beberapa klu lagi mengapa operasi DV ini terpaksa ditutup, walau pun hanya sekadar melakukan kerja CSR bagi pihak KTPC, yang juga anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 


RANJIT SINGH
DIGITAL VILLAGE, Alor Setar
Tue Jan 31, 2012 11:01pm
203.82.90.65

DIGITAL VILLAGE yang diasas olih bekas MB Kedah Sanusi Jonid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmat nya mulai 31 Januari 2012. Digital Village adalah anak syarikat Kulim Hi Tech.Ia adalah dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga Alor Setar dan sekitar nya...ia memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma.

Sambutan dari rakyat amat memuaskan.DIGITAL VILLAGE telah menyediakan 3 orang tenaga pengajar.Kelas diadakan pagi dan petang.2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan.Guru Guru amat berkemaheran.Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan.
Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri.Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri.

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui olih Kerajaan Negeri.Ranjit adalah salah seorang pelatih DIGITAL VILLAGE.Kalau kelas komputer tutup aku terpaksa balik kampong bela lembu lembu pawah Kak Jat dan cuba ngorat Milah janda muda dihujung kampong...

Dipetik dari Forum Gerakan Reformasi.


Apakah peranan dan siapakah Haji Mohamad bin Che Nai, Pengurus Besar INSPIN.......? Apakah Hj Sobri, Presiden KTPC tidak mempunyai kuasa langsung untuk menyelesaikan sebarang masalah atau pergeseran kuasa antara DV dan INSPIN.......? dan Hj Anuar Saffar, VP in charge DV juga tidak mampu berbuat apa-apa.......?, atau pun ini hanya helah dan dendam kesumat THAMS supaya staf DV akhirnya meletak jawatan setelah tidak sanggup berulang jauh dari ASetarr ke KHTP (banyak kena bayar tol & minyak ni).
Peneraju DV, Salman & bosnya THAMS sewaktu masih ceria bersama, sekarang DV hanya tinggal secebis kenangan.
Digital Village (KTPC), Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah
Bangunan Digital Village telah diambil alih oleh INSPIN.
3 Haji (Anuar, Sobri and Mohamad Che Nai)
APA SALAHNYA DV DAN INSPIN BEKERJASAMA DAN MELETAKKAN EGO PENGERUSI DAN GM MASING-MASING KE TEPI.......? 
PERALATAN YANG LENGKAP DI DIGITAL VILLAGE KINI TERPAKSA DIANGKUT BALIK KE KULIM, HANYA SEMATA-MATA KERANA PERTELINGKAHAN ANTARA PENGERUSI KTPC DAN GM INSPIN.......?

Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. la ish ish ish, kesian kat salman & naim, kena berulang dari AS ke Kulim, minyak & tol banyak jugak tu, 5 kali seminggu, bukan tol tu percuma, lain la THAMS, kaya raya ulang alik dari jitra pi kulim tak heran pun, duit cash ada penuh satu lorry

    ReplyDelete
  2. Sungguh tak patut, ada ka tempat org belajar komputer pun PAS suruh tutup? PKNK mesti kena siasat kes ni dengan sepenuhnya, macam na Digital Village yg berjasa pun akhirnya ditutup apabila PAS pegang KTPC ni?

    ReplyDelete
  3. INI SEMUA SALAH UMNO SEBAB BIAR BAGI KALAH NEGERI KEDAH PADA PAKATAN DALAM PRU 12.

    ReplyDelete
  4. aku setuju.punca kerana umno kalah.sebab tu puak pas naik tocang dan gila-gila.

    punca umno kalah pun kerana sama umno ada sabotaj sama sendiri.

    bermula drp pokok sena.kuala kedah,padang terap,baling,pendang,merbok,sungai petani,padang serai kulim bandar baru,sik,jerai .

    UMNo kalah kerana ada pemimpin hangpa gila dan mabuk kosa.

    bila kat pas apa jadi di KHTPC .sama lingkup dgn pak Lebai tarbus.

    terima akibtanya.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.