Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, September 13, 2012

Amaran Kepada UMNO Padang Serai, Kulim Bandar Baharu, Sungai Petani, Baling Dan Merbok.


Peringatan dari Naib Presiden UMNO ini wajib diambil perhatian. Rata-rata aku lihat sekarang ini, pendokong-pendokong parti sudah mula berpuak-puak meramaikan kroni dan kebanyakkan mereka bergerak secara individu. Ada sesetengah program yang dibuat tidak memaklumkan kepada Perhubungan Bahagian.

Tidak salah kalau nak bergerak bersama puak masing-masing, tetapi setiap program yang diaturkan setidak-tidaknya membawa agenda parti. Bukannya menunding jari. Biarlah masalah parti diselesaikan dalam parti, bukannya di kedai kopi.

Sesungguhnya calon "WINABLE" pilihan PM ada potensi bagi BN/UMNO mengambil kembali Kedah., tetapi sekitanya apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diberi perhatian, nescaya Kedah Selatan kekal milik PR kecuali Bayu.

Kepada mereka yang tidak dipilih menjadi calon, ubah dan perbetulkan perangai tu dan tambat hati ahli akar umbi parti dan jangan lebih sudu daripada kuahnya.......

Print Friendly and PDF

5 comments:

  1. (( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..

    ReplyDelete
  2. Saya mohon sangat2 supaya kita kekalkan BN perintah negara ini.Apa yang diceritakan oleh pemimpin PR adalah persepsi semata-mata.Kita lihat sendiri betapa berjayanya negara kita jika dibandingkan dengan negara lain di asia adalah hasil urus tadbir negara yang baik oleh BN.Anwar Ibrahin tidak boleh dipercayai...Beliau lah yang paling kaya ,mengumpul wang ketika menjadi menteri kewangan dulu.Dia lah bapak rasuah.Kekalkan keamanan yang dicapai 55 tahun untuk memastikan generasi akan datang hidup lebih baik dari kita.PR tiada pengalaman mengurus negara. Lihatlah betapa mundurnya Kelantan di bawah pakatan...

    ReplyDelete
  3. Apa pun PRU 13 nanti kita semua pengundi kena nilai dan lihat calon terdahulu.Parti adalah nambor dua.
    Calon kena bagus.Berpendidikan baik.Mesra dan jiwa rakyat.Bukan nak tayang kereta mewah.
    Akhlak kena bagus.Bukan kaki betina.Kaki judi.Kaki pembohong besar.
    Kesihatan kena baik dan memuaskan.
    Parti sudah tidak penting lagi.Semua parti tipu orang ramai.Bila dapat kuasa mereka agihkan kekayaan negara kepada kumpulan mereka sahaja.
    Kita mestilah pilih anak tempatan dan anak watan.Orang luar sudah tidak relevan lagi.
    Calon biarlah ada ilmu dan pendidikan yg tinggi .Setakat SPM/SRP sudah ketinggalan masa.
    Pilihlah calon .Parti nambor dua.Calon diutamakan.

    ReplyDelete
  4. setujuuuuuuuuuuuuu.zaman sekarang calon yang sedia berkhidmat untuk rakyat diperlukan.kalau dah sibuk tak perlu la jadi wakil rakyat.ni nk jadi calon tapi sibuk memanjang .kawasan pun x sempat nak tengok.parti letak sebelah dulu.calon yang betul2 mau menaikan taraf hidup rakyat.silap calun kalah lagi ....................

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.