Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, November 29, 2010

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.....?

La ni di Kedah terlalu sibuk orang memperkatakan siapa PBPUKedah.....

Aku tidak menghakimi mana yang benar dan mana yang salah. Begitu juga yang berikut ini. Aku cuma nak memaparkan betapa sikap kita. Bukan sikap anda, tetapi sikap kita semua.

Sekalipun kita sering melaungkan slogan menentang sana……. menentang sini…….. Namun, slogan-slogan itu adalah untuk orang lain. Untuk yang paling hampir dengan diri kita, iaitu diri kita sendiri, ia memang sukar untuk dislogankan. Payah untuk dipraktikkan.

Aku hairan la dgn kenapa kita manusia ni suka sangat ambil sikap negetif di dlm setiap hal. Rata2 kalu aku pi dan dengar cerita..... mesti cakap bab negetive dulu baru la pikiaq bab positive.

Bagi aku dan banyak kali ada aku sebut, negetive tu jadikan sempadan dan kita sama2 perbetulkan. Kita bawa yg positive dgn sebaiknya sehingga tidak menjadi negetive di mata rakyat. Bila timbul satu-satu isu, kita lihat dahulu siapa dia…….? Orang kita atau orang dia…….? Sentimen 'orang kita' cukup mempengaruhi keputusan kita. Jika dia itu 'orang kita', kita akan takwilkan itu dan ini. Jika bukan, kita akan membelasahnya secukup rasa.

Manusia ni kalau dah meluat kat seseorang tu dia gam terus. Dan letakkan semua yg buruk di hadapan. Itu tak kena..... ini tak kena..... semuanya serba tak kena. Kita jarang melihat satu-satu isu secara adil. Kita jarang slogankan dan praktikkannya bila ia membabitkan diri kita sendiri. Memerlukan keputusan dari kita. Kita jarang melihat apakah benar apa yang di-isukan. Apa yang diucapkan tanpa melihat kepada tokoh atau siapa dia, 'orang kita' atau bukan.

Aku rasa siapa pun pemimpin kita sepatutnya akur dan menegur atau mengejutkan pemimpin dari kealpaan. Kita manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan secara sedar mahupun tidak. Bila kita membuat keputusan, cuba andaikan. Cuba lakukan perbandingan, bagaimana kalau ia diucapkan oleh bukan dari kalangan kita…….? Apakah keputusan yang sama yang akan kita lakukan…….? Diri kita, maka kita boleh menghakiminya.

Kalau kita lihat di pejabat, jabatan, kementerian, kilang, peniaga, keluarga, kawan2 dan kehidupan sekeliling sendiripun ada sifat pilih kasih mahupun “bias”.

Kita sebut pi la nama sapa pun jadi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, pasti ada suara2 sumbang di belakang bagi mereka yg tidak setuju. Tetapi bagi mereka yg setuju sudah pasti puji melambung.

Tapi bagi aku, rasanya Tok Det mampu memperbaiki kesilapannya yg lalu dan memimpin Umno Kedah dgn lebih mantap. Kerjasama semua pihak amat perlu bagi mengambil semula Kedah dari PR. Sekarang bukannya masa untuk kita menunding jari.
Print Friendly and PDF

14 comments:

  1. em kita bagi mereka peluang unutk memimpin dan tnjukkan kemampuan sebenar mereka..kedah perlu bangkit perbaiki kesalahan yg lalu. gelombang kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat terhadap BN meningkat dengan mendadak..teruskan usaha..pstt....umno kedah lagi bnyak bntu mangsa bnjir...dari.......

    ReplyDelete
  2. Semua yang dok ada tu tak boleh harap.

    Malauun semua, hantu raya dan bodoh tolol semua!

    Saya mencalunkan Sdr Abd Karim Ali dari Merbok menggantikan bodoh-bodoh beruk yang tak buat kerja dan tak tau nak buat kerja di Kedah. Dia lebih professional dan ada sokongan rakyat baik dari UMNO dan luar UMNO. Banyak orang dari luar UMNO yang lebih berjiwa Melayu dari pemimpin UMNO Kedah sendiri!

    Semuga Dato' Mukhriz mendapat petunjuk!

    ReplyDelete
  3. no tok det, sapa2 yg bagi kedah kalah berunduq, xleh jadi pengerusi...

    ReplyDelete
  4. Minta sangat janganlah bagi kat Tok Det lagi .Bagi la peluang kat pemimpin baru dengan idea baru utk memimpin kedah.Bukan UMNO takdak orang lain nak lantik kot?SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE.

    ReplyDelete
  5. Aku rasa tak payah lah masing-masing dok bagi pendapat mengenai sapa yang nak jadi Pengerusi UMNO Negeri. Elok rasanya kita serah kapada kebijaksanaan Presiden UMNO. Sebab, kuasa melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri adalah progretif Presiden. Itu kehendak Perlembagaan UMNO. Lagi pun, Presiden telah mendapat segala macam maklumat mengenai semua pemimpin UMNO yang ada dinegeri Kedah ini.

    UNTUK KEFAHAMAN KENGKAWAN, DATO NAJIB AMAT KENAL 'A to Z' POLITSYION dan POLITINGKING DALAM UMNO KEDAH NIIHHH...

    ReplyDelete
  6. sapa pun pengerusi perhubungan, kalau Umno tidak berenti dari sikap cantas dan sabotaj sesama sendiri selagi itulah PAS akan bermaharajalela di Kedah walaupun semua tau PAS memrintah mcm taik kucing..lagi 1, aku bukan nak petahan Tok Det, tapi perasankah kawan2..dlm PRU 12 baru ni, dikala byk ADUN BN yg kecundang dan majoriti menjunam tapi Tok Det menang di DUN Pedu dgn majoriti yg meningkat..Renungkan sejenak..check fakta sebelum mengata..

    ReplyDelete
  7. antara candidate yg terbaik utk menerajui Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ada 3 org tokoh..
    1- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
    2- Dato'Bashah Md Hanipah
    3- Dato' Mahdzir Khalid
    Dato' Jamil Khir tidak tersenarai bukan kerana beliau tidak layak tetapi mengambil kira kekangan masa dek kerana memegang jawatan Menteri di JPM.Mgkin kerana faktor itu juga beliau telah gagal menggerakkan jentera penerangan selama beliau menerajui Biro tersebut. Dato' Mukhriz pula dilihat sbg 'Mr Clean' di Kedah, auranya dikatakan mampu utk menarik sokongan golongan atas pagar di Negeri kedah, namun begitu ramai pemerhati politik melihat Dato' Seri Najib lebih berminat dan memrlukan Dato' Mukhriz di peringkat pusat dan jika melihatkan kepada gerak kerja dan Track record selama memegang Tim Menteri di MITI ramai yg meramalkan Dato' MM akan melompat ke Menteri penuh selepas ini..amat rugi sekiranya masa dan tenaga Dato' MM hanya berlegar di sekitar Kedah kerana Dato' Mukhriz dikatakan lebih diperlukan di peringkat 'International'..Dato' Bashah walau sentiasa dilevel sbg pemimpin yg tiada kelayakan akademi tetapi ianya mgkin tidak memberi apa-apa kekurangan bagi Dato' Seri Najib utk menobatkan beliau sbg Pengerusi Perhubungan Kedah memandangkan beliau adalah yg paling senior di Kedah..cuma mgkin diarus politik masa kini yg lebih mencabar ekoran kebanjiran golongan profasional dan terpelajar sedikit memberi tamparan kpd Dato' Bashah..tapi kalau terpelajar saja bab kerja lingkup x guna jugak..biarlah yg x berapa terpelajar tapi mampu memikul tanggungjawab...paling menarik ialah mengenai Dato' Mahdzir Khalid mantan MB Kedah..beliau di level sbg org Pak Lah yg sepatutnya sudah terkubur di era Najib..namun jika diperhatikan beliau sentiasa berada didalam 'shortlist' pengerusi Perhubungan..apa yg menyebabkan beliau tidak mudah di tolak? dan apakah Dato' seri Najib mengambil kira sentimen org Pak lah dalam membuat keputusan..setelah sekian lama org memburukkan nama Mahdzir Khalid dgn pelbagai kontreversi dan skandal, tapi sehingga kini tidak ada bukti kukuh yg beliau terlibat sebagaimana yg di gembar gemburkan..segala klip video yg dipaparkan dalam internet mengenai skandal beliau palsu semata setelah ramai bloggers mencari kebenaran tuduhan tersebut..khabarnya Tun M tidak berminat dgn MK ekoran kekalahan Tun M dlm pemilihan G7 di Kubang Pasu satu ketika dulu..tetapi ramai juga pemerhati politik melihat Tun M adalah seorang yg cukup matang dan sekiranya MK benar2 layak menerajui kembali Umno Kedah maka Tun M tidak bermasalah mengenai percaturan itu asalkan Kedah dapat ditawan semula dari PAS dlm PRU 13 nanti..persoalannya ialah siapakah sebenarnya yg bermasalah dengan Mahdzir Khalid? Tun M atau segelintir musuh2 Mahdzir Khalid di Kedah? sebagai seorang yg berkelulusan dari USM, Menang dlm PRU 12 dgn majoriti yang meningkat,jugak titlenya sbg MKT dan ketua bahagian Pdg Terap maka MK juga tidak boleh diketepikan sbg calon Pemimpin utama Kedah..tidak keterlaluan jika dikatakan gabungan Dato' Bashah dan Dato' Mahdzir Khlaid adalah gabungan yg mampu menggalas tanggungjawab bagi menerajui Kedah dalam menghadapi PRU 13 nanti..apa pun segalanya terletak ditangan najib dan dgn ketentuan Allah...

    ReplyDelete
  8. YA, PENGALAMAN TOK DET ADALAH AMAT BERMAKNA. GAGAL TAK SEMESTINYA KITA GAGAL SELAMA-LAMANYA.BUANGKAN SIFAT ERIHATI DAN BERI SOKONGAN PADU UTK PRU13

    ReplyDelete
  9. Dulu guna isu tok det naik kapal terbang sendiri... Cuba tanya PAS Kedah masa depa ceramah... Yg nih la jadi isu sampai semua cikgu2 yang terpelajar pon terpercaya... Hebat sungguh depa nih... tp apa pun org2 tok det yg dok ambik kesempatan tuh elok sangat kalau disepak terus la... org kampung tau... Cuba buat survey tgk... bukan payah sangat pon... nak dengan tak saja aaa...

    ReplyDelete
  10. LAgi satu org dok kata tok det sombong paling aku tak paham... Bukanlah nak masuk belik dia tp pelik sungguh... Depa yg dok mengata nih pernah turun Naka jumpa dia ka? tak pun pi taman bayu ka... Dia punya down to earth punya orang... masa belajar dulu balik motong getah nak bayar duit USM... mana ada sombong... Orang pi jumpa dia, pak cik makcik... semua dia layan... thats why aku kata, org2 kanan dia yang tak boleh pakai sepak buang... Yg masa PRU 12 ari tuh dok sebuk semua turun padang terap dengan naka tuh apa kejadahnya... Masing2 jaga la kawasan masing2... nak bodek pon biarla berpada... nih tak tahap melampau gaban dah aaa... mangkuk... kawan tuh menang banyak..had lain kalajh teruk, dah ada pulak yg boikot... mana tak kalah... patutnya yang boikot tuh tarik terus keahlian... tak payah dok sebuk politik dah aaa... lagi sekali mangkuk...

    ReplyDelete
  11. Saudara Semua,

    Tak payah komen banyak2. Semua org tau pimpinan UMNO Kedah yg dok ada tak boleh diterima rakyat Kedah! Semua kaki perasuah dan hari-hari menjadi penjilat pemimpin atas.

    Kalau UMNO nak menang pilihanraya nanti seMESTInya diganti yg baru. Kanser harus kena buang ganti sel-sel yg baru. Ramai lagi yg lebih kaliber dan layak dari yg ada sekarang. Setakat cikgu sekolah rendah atau menengah atau ustaz, bilal nak jadi MB zaman 'k-economy' ni hancurlah Kedah lagi 6 tahun.

    Paling dekat tengoklah negara China Komunis, semua 'politburo members' atau 'Province Head' adalah professional berkelayakan. Heran negara umat Islam tak ada pengukuran kaliber seseorang? Bukan mengHINA yg disebut tadi tetapi ini adalah keadaan 'waqi' zaman sekarang. Kalau 'low flying hours pilot' setakat boleh pi dlm negeri - juara kampung saja. Kita kena cari pemimpin yg 'high flying hours' baru boleh bawa Kedah di persada Dunia bukan setakat nampak hebat dlm negeri sahaja tapi masih kosong pencapaian.

    Tengoklah sekarang kita dah bagi Ustaz jadi pemimpin kita yg dia tau jual air dan balak sahaja. Bab lain jangan sembang dgn dia, dia pun tak faham - kena minta konsultan yg tak ada kelayakan buat keputusan! Budak kecik pun boleh buat dan malah Mahdzir Khalid dgn Bashah tu lagi pandai jual balak ni! Dah bermilion duit khazanah Kedah dia sapu! Pun tak serik lagi ada hati nak jadi MB.

    Wahai rakyat Kedah segera kita buat perubahan. Ini bukan masalah UMNO atau PAS tetapi 'survival' rakyat Kedah!!!

    ReplyDelete
  12. Seperti yang aku post kepada Mummy:

    Menarik aku tengok komen2 dari orang UMNO dan ada yang wayang UMNO dan ada orang Nawawi. Biasa la. Aku pun pernah di panggil untuk menyertai kem nawawi ni.

    Bagi aku sapa jadi PPUN pun tak kisah asal kerja jalan. Kalau bagi kat Mukriz pun kalau asyik dok KL ja baik bagi kat Mat Lebai Sudin tak pun lat shariman. Bashah pun tak pa. Tp kalau jenih dok p mengaku bantuan dia yang bagi padahal pihak lain yang huluq baik bagi PPUN kat "babi tunggai" tu.. geng politik kedah tau la sapa... Tapi kebanyakan blogger pun bukanya dok p soal selikdik akar umbi pun..pemuhong hampa ni pun.

    Yang ada jawatan Menteri ka timbalan menteri ka p buat kerja menteri nu lah. Bawak turun la apa2 yang patut... ni ka jerlun, yan, jitra, baling pun macam gersang saja. ada tim.menteri tapi..hampa pun tau sendiri..

    Jangan jadikan alasan kalah PRU12. Bukan salah Tok Det sorang.
    Kulim bandaq baru: orang tak suka aziz shieh fadil pasai azimi lagi lama di sama, kerat bungkuih kat Zul Nordin..
    Baling: Mamamk mana la orang kg suka, pakai bangger masuk kapung, bawak penyanyi la, apa lagi la, nak lawan taib azamuddin. Ni dengaq kata dia nak lagi..pakai pukui 12 tau dah kalah. dan di DUN Kuala Ketil orang pun tak mau kat Firdaus ni tak dari man tiba2 mai jadi calon, kedekut nak mampuih, orang UMNO sendiri tak kluaq mengundi dah dekat 3000
    SIK: Pak Lah p letak calon yang orang tak tau sapa macam kes Firdaus kat kola ketil jugak, Bungkuih jugak.
    SP: ZM dok buat kerja di merbok tiba2 mai SP, kena kerat dengan puak UMNO SP la pulak.

    Tu contoh 3 PARLIMEN. Yang lain tak dan nak tlih.

    Dan masa PRU12 kita sendiri pun tau orang dok marah kat paklah ngan KJ.

    Jadi jagan jadikan alasan kita kata Tok Det bagi kalah. Persoalannya kalau orang len dari Tok Det jadi PPUN Kedah pasa PRU12 tu boleh menang ka kedah ni?????

    Kita buat kerja di bawah nu... Para yang dok komen ni dah berapa ramai bawa orang masuk UMNO????

    Aku Baru Masuk UMNO
    (ABMU)

    ReplyDelete
  13. aku calonkan jamil khir (menteri agama malaysia)

    biar ULAMA umno terajui UMNO KEDAH..

    ReplyDelete
  14. Aku orang UMNO di luar Kedah (jiran). Bukan nak menyibuk hal dalaman UMNO (kena juga baca keseluruhan rakyat) Kedah. Tapi nak bagi gambaran bahawa perlantikan pengerusi perhubungan ini juga menjadi perhatian kepada seluruh rakyat di negara ini. Di sini dapat membina persepsi negatif atau positif terhadap UMNO/BN.

    Macam kami golongan muda ini melihat, di sinilah kesungguhan Dato' Najib untuk membuat transformasi. Kami golongan muda di luar amat menyokong sekiranya Dato' Najib melantik Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Kedah. Ini kerana persepsi positif terhadap Mukhriz telah wujud. Lebih senang kerja bukan sahaja di Kedah tetapi juga bagi negeri yang lain. Jika dok lantik gang "otai" tu juga, ianya tidak akan mewujudkan satu momentum kepada BN. Orang akan menganggap BIASA saja....

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.