Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, November 18, 2010

Pendedahan Tentang Penyelewengan PAS - Part 1.

Untuk artikel kali ini,mari kita lihat apakah yang berlaku kepada PAS dan apakah yang di seleweng oleh PAS..ada 2 bahagian, bahagian yang pertama ini mari lah sama-sama kita renung kan..terima kasih kepada M.I
  1. Umat Islam mudah tunduk kepada hukum agama. Mereka mudah terpengaruh dengan sogokan bersifat fatwa agama biar pun hanya pada nama. Parti PAS dengan nama Islamnya telah berjaya membelenggu pemikiran umat Islam sehingga menjadi fanatik dengan pegangan bersifat fatwa agama yang dikelirukan oleh pimpinan mereka.Namun pimpinan PAS sudah tentu tidak akan mengaku mereka membuat fatwa karut,bahkan sebaliknya akan menambah kekeliruan dengan berbagal kata - bukan fatwa, hanya pendapat dan sebagainya. Memang bukan fatwa kerana fatwa adalah hak Jawatankuasa Fatwa,tetapi pendapat mereka itu lebih bersifat sebagai fatwa cuma bezanya mengelirukan.
  2. Sama ada mereka mahu akur atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Namun tugas membentangkan segala bukti kenyataan yang diperolehi.Sama-samalah kita meneliti dan menilainya.demi kerana Allah penyelewengan mesti ditolak. Sebagai muslim kami hanyalah menyahut seruan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud: "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu semata-mata untuk Allah, Maka apabila mereka berhenti tidak ada lagi permusuhan kecuali ke atas mereka yang zalim"
  3. Ini bukanlah tuduhan, tetapi sekadar membentangkan kenyataan. Banyak bukti yang ada dalam simpanan yang menunjukkan sebenarnya hukum-hukum agama telah diselewengkan PAS. Walaupun kebanyakan hukum yang pelik-pelik disampaikan dari mulut ke mulut secara bisik sukar dikesan,namun tidak kurang yang dapat dibuktikan secara saintifik melalui rentetan peristiwa dan rakaman audio-visual.Misalnya fatwa "UNDI PAS MASUK SYURGA" hanyalah dapat didengar melalui cakap-cakap yang dibawa oleh penyokong-penyokong PAS dalam kempen di kampung-kampung sukar dibuktikan. Walaubagaimana pun melalui flier yang bercetak begini "Wajib menyokong PAS" boleh dibaca pada sebaran pilihanrava kecil Parlimen Padang Terap 1985 "Kami menyokong Parti Allah" dapat dilihat pada papan tanda PAS Cawangan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, kawasan Lembah Pantai yang ianya disokong pula oieh Haji Abd. Hadi Awang. Lihat siaran Utusan Malaysia 31 Julai 1986,Harakah 03 Oktober 1997 juga menyiarkan satu tajuk yang kontroversi berupa fatwa agama iaitu "Umat Islam di Malaysia Wajib Sertai PAS". Tajuk berita ini dipetik daripada ucapan Presiden PAS sendiri YB. Datuk Haji Fadzil Noor ketika menggulung majlis al-Liqa' al-Fikri di Markaz Ta-biyah PAS Pusat, Taman Melewar.
  4. Walaupun pimpinan PAS kata ia bukan fatwa,namun yang jelasnya semua contoh bukti ini tetap mengelirukan umat slam.Memanglah itu semua bukan fatwa, tetapi ianya sudah menyerupai fatwa yang jelas bercanggah dengan Islam.Kalau benarlah menyertai PAS itu HUKUMNYA WAJIB maka beroleh pahala besarlah orang-orang yang menyokong PAS dan berdosalah orang yang tidak menyokong PAS kerana mengingkari yang wajib waliyazu billah.Inilah dikatakan keliruan. Banyaklah lagi ayat-ayat lain bersifat fatwa yang seumpama ini menjurus kepada maksud jaminan Islam hanya bersama PAS,sehingga kalau mati pun anggota PAS di kebumikan di tanah perkuburan asing. Buktinva terdapat di Kampung Gong Medang,Tembila, Besut dan di Kampung Hulu Seladang, Setiu, Terengganu.



Sekarang ikutilah seterusnya hingga ke akhir penulisan ini berbagai bukti yang bersifat FATWA AGAMA PAS dan bercanggah dengan Islam. Bukti-bukti tersebut ada yang diperolehi melalui kenyataan bertulis, kaset rakaman audio dan kaset rakaman video hasil kajian yang masih tersimpan dengan baik untuk menjadi sempadan zuriyat mendatang. Semoga Allah S.W.T. memelihara kebenaran bahan-bahan bukti yang dibentangkan nanti. Semoga bukti itu dapatlah meyakinkan hati kita semua bahawa beginilah musibahnya apabila politik parti menjajah akal manusia. Skop penyelewengan yang akan dibentangkan nanti meliputi salahguna ayat al-Quran, sembunyikan hukum atau fakta yang sebenar, salahtafsiran maksud al-Quran dan al-hadis, hukum ciptaan dan menabur fitnah.

Ehsan dari: Badut Rakyat.


Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.