Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, November 20, 2010

Ijazah Perjudian Di Kolej Perjudian PDRM.....?

"Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian." - (Bernama)

Wow.....! Dah ada mess..... ada kasino lagi.....! Lengkap dah tuh.....!

Perlu ke ada semua tu untuk benteras jenayah judi.....? Bukankah ada perkara yg lebih mudah dari itu iaitu dengan membatalkan semua lesen2 pusat judi.?

Opps.....! aku silap.....! yang nak ditangani cuma 'JUDI HARAM' tetapi 'JUDI HALAL' dibolehkan.

Kenapa perlu dilatih untuk menjadi pakar judi.....? Judi bukannya macam bidang sukan yg perlukan latihan.....? Apakah akan ada acara judi di sukan olimpik nanti yg memerlukan latihan.....?

Pelik jugak aku.....! Kalau nak banteras judi serbu aja tempat tu..... Apa ada kena mengena dengan nak jadi pakar judi ke tak pakar judi ke......?

Kalau susah sangat panggil jer 'God of Gambler' ajak buat sign kontrak dengan PDRM. Saper lagi kalau bukan Chow Yuen Fatt.....!

Aku tak paham dengan kenyataan "masuk kandang kambing mengembek! masuk kandang harimau, mengaum!. Jika mahukan hasil penyiasatan dan pencegahan yang berkesan, seseorang itu haruslah mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.". "Ibarat ubtuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar TS Ismail.

Kalau inilah yg bakal atau akan diamalkan untuk menangani dan membenteras jenayah, entah-entah kita boleh tengok pula Maktab PDRM akan melatih anggotanya melacur, merompak, menyamun, membunuh, meragut dan lain-lain lagi. Patut la semenjak dua menjak ni, ada anggota polis yang terlibat dengan kes jenayah...... Mungkin dalam latihan kot......?

RM198.000.00 peruntukaan tu kalau digunakan baik pulih pondok polis daerah lagi baguih.

Sepatutnya ini dah dianggap rahsia kerajaan dah nih..... tapi memandangkan rakyat Malaysia ni unik sikit..… mungkin patut dihebohkan kewujudan “mock casino” tersebut..... nanti tak pasal-pasal jadi isu politik.....! Atau mungkin nak cover supaya pihak-pihak tertentu dapat berjudi.....

Nak pi heboh buat apa bab-bab dalam bilik....., sendiri cari penyakit jangan salahkan rakyat.....

Print Friendly and PDF

5 comments:

  1. Selama ni pun polis memang dah melatih pakar Judi untuk memberi keterangan di mahkamah tapi tak hebohpun. Baguilah dimaktab polis dah buat mock casino. Ramailah taukeh sindiket judi dapat berkenalan dengan pegawai polis

    ReplyDelete
  2. entah2 la ... manusia mudah layu.....belajar lama2 minat la tu ...

    ReplyDelete
  3. pencen nanti boleh la pakar2 nie kerja dgn syarikat judi seperti genting.. magnum.. dan lain2 kot!..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya makmal tu baguih yang tak baguih hang .laman web hang ni boleh buat orang kelahi je.hang kena bertaubat dosa banyak.hang jadi polis la tengok macam mana???senang ka susah...bapak hang polis ka???

    ReplyDelete
  5. hang puji baguih la pasai hang boleh join sekali kot! Masalahnya benda2 lagu ni tak payah la dok heboh sangat. Cerita dlm kelambu biaq dlm kelambu sudah la. Nak benteras judi takkan tu cara dia. Banyak cara lain. Pemantauan tu penting. Dlm tv keluaq hari tangkap pusat judi haram, tup...tup... minggu depan keluaq tangkap tempat yg sama jugak. Apa cerita ni.

    Kita tengok la nanti...dgn wujudnya mock casino ni berjaya tak pembenterasan judi haram ni.....

    Aku setuju dgn pendapat sungguhka. Macam dia dok kata... nak benteras judi haram kena buat mock casino... aku takut nak:

    1. benteras pelacur kena buat mock pelacur
    2. benteras samun kena buat mock samun
    3. benteras minuman keras kena buat mock minuman keras
    4. benteras rasuah kena buat mock rasuah
    5. benteras ugut kena buat mock ugut
    6. .............

    Nampak seolah2 nak benteras apa pun kena buat mock dulu la.....

    Kalau hang tak puas hati buat la blog sendiri... puji la apa yg patut d puji.

    Sungguhka aku sokong dgn maklumat dari blog hang. Benda yg tak enak tak salah kalau kita tegoq.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.