Ketua Umum PKR (jawatan yang tiada dalam Perlembagaan PKR) Anwar Ibrahim akhirnya mengakui Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang baru saja selesai mengalami banyak kelemahan seperti yang diperkatakan Zaid Ibrahim dalam desakannya supaya Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 ditangguhkan dan disiasat.
Bagaimanapun, Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang baru saja selesai dijalankan dengan menyaksikan Pimpinan Pusat PKR yang baharu tidak ada bezanya dan sebenarnya telah dirancang awal bagi meneruskan legasi keluarga Anwar Ibrahim untuk terus berkuasa dan memerintah. Seperti diduga, jawatan Timbalan Presiden PKR telah dimenangi dengan selesa oleh Azmin Ali yang menewaskan Mustaffa Kamil Ayob walaupun sebelum ini pernah memberi kata dua kepada Majlis Pemilihan Parti yang didakwa tidak telus. Bagi mengelak dirinya dikecam pemimpin tertinggi PKR, Mustaffa Kamil Ayob sanggup ‘merendahkan’ maruahnya ketika berhadapan dengan Anwar Ibrahim dengan mengiktiraf kekalahannya dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sambil mengangkat tangan Azmin Ali sebagai tanda mengakui kekalahannya sambil menegaskan beliau tidak akan keluar PKR dan mengikut Zaid Ibrahim.
Tindakan Mustaffa Kamil Ayob itu tidak memeranjatkan ketika beliau sebenarnya tercari-cari arah perjuangan parti yang akan disertainya ketika Pemilihan PKR 2010 itu mengalami seribu macam kekalutan. Atas mencari populariti, Mustaffa Kamil Ayob sanggup duduk bersebelah dengan Zaid Ibrahim dalam sidang media bagi memberi kecaman kepada Majlis Pemilihan Parti beserta dengan memberi kata dua – 24 jam untuk menangguhkan pemilihan. Ketika Zaid Ibrahim telah dipecat awal sebelum tarikh 16 Disember 2010, Mustaffa Kamil Ayob dengan nada seriusnya mahu terus bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun mengakui peluangnya amat tipis. Walaupun ura-ura akan menyertai Zaid Ibrahim dalam menubuhkan parti baru, beliau terus membisu sehinggalah lakonan ‘hebat’nya hari ini dalam mengakui kekalahannya terhadap Azmin Ali.
Ketika mula memperkenalkan sistem pengundian terbaru dalam Pemilihan PKR 2010 yang dikatakan mempunyai banyak kelebihan berbanding pemilihan UMNO dengan angkuh menjamin ketelusan pengundian. Dan, hari ini dalam wawancaranya dalam Suara Keadilan Online, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem 'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.
"Adakah terdapat kelemahan?
Ya.
Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil?
Ya.
"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes?
"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes?
Tidak.
Adakah kita akan mengambil tindakan?
Ya, tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan.
Melihat kepada jawapan-jawapan yang diberikan Anwar Ibrahim di atas menunjukkan jawapan itu seharusnya dijawab sebelum Kongres Tahunan PKR 2010 ini diadakan termasuklah Pemilihan Tertinggi PKR yang menyaksikan keputusannya seperti telah dirancang sebelum ini.
Persoalannya, kenapakah desakan dan dakwaan Zaid Ibrahim berhubung Pemilihan PKR 2010 yang dikatakan tidak telus dan mempunyai unsur-unsur rasuah tidak disiasat atau diambil tindakan???
Dakwaan Anwar Ibrahim yang menyamakan kemampuan Setiausaha Agung PKR dengan kemampuan SPR dari segi peruntukkan amatlah tidak logik. Jawapan ini budak sekolah rendah pun tahu jawapannya berbanding jawapan Anwar Ibrahim yang seperti tidak mengakui kesilapan sendiri. Sambil Anwar Ibrahim sendiri mengakui jumlah anggota PKR yang keluar mengundi hanya sekitar kurang 70,000 adalah yang paling rendah dicatat berbanding dakwaan PKR mempunyai keanggotaan seramai 400,000 orang.
Apakah selama ini akhbar-akhbar tempatan tidak mengikuti perkembangan PKR di Malaysia? Menjadi rutin harian wartawan dan akhbar untuk mencari berita untuk disampaikan kepada rakyat dalam bentuk logik dan diterima akal. Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa pihak media yang sentiasa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.
"Kenapa kami (PKR) digambarkan sebagai pihak yang bersalah”. Anwar Ibrahim, Ketua Umum Keadilan
Apakah gambar-gambar dan pelbagai ulasan dan komen daripada ahli-ahli PKR dalam menggambarkan kepincangan dan kekalutan sewaktu Pemilihan PKR di peringkat cabang dan Pemilihan PKR peringkat tinggi masih dianggap sebagai pembohongan? Ingatlah, gambar boleh menceritakan segala-galanya dan ulasan dan komen ahli PKR dan bekas ahli PKR mengenai situasi buruk Pemilihan PKR 2010 hanyalah sebagai luahan untuk mendengar suara akar umbi.
Anwar Ibrahim tidak perlu menyalahkan wartawan dan media sebaliknya perlu menyalahkan sendiri dan parti yang ternyata semakin goyang dan menuju kehancuran. Sebaliknya, Anwar Ibrahim perlu fokus kepada perbicaraan liwatnya yang banyak kali tertangguh dan ditangguh sehingga menyebabkan rakyat bosan dengan kes liwat Anwar. Apakah sehingga PRU-13, kes liwat Anwar Ibrahim ini masih belum selesai???
Dipetik dari: Wira Kenyalang.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.