Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, November 26, 2010

PAS Buat Laporan Polis Isu Kain Rentang.....


Tajuk ni aku petik dari Harakah Daily membuatkan aku terkejut dan tak paham dengan perjuangan PAS yang kelihatan bertambah-tambah menjadi pegangan songsang mereka.

Aku ringkaskan:

Tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam'.

Alasannya


"banner yang dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah".


"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan.".

Inilah padahnya kerana terlalu taksub kepada pemimpin mereka. Sanggup memperjudikan Agama demi kepentingan parti.

Bagi aku, sepatutnya puak-puak ni merasa bangga dan teruskan perjuangan membenteras judi dan rumah urut.

Cuba kita lihat cara hidup pemimpin-pemimpin PAS sekarang, adakah cara hidup mereka berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah. Ataupun mengikut nafsu mereka sendiri. Di sini aku ingin tekankan persoalannya ialah, adakah Al-Quran yang menjadi sumber rujukan umat Islam keseluruhannya adalah sama dengan Al-Quran yang pemimpin-pemimpin PAS rujuk......? Kalau sama, kenapa perlaksanaanya tidak sama.......? Kalau tak sama sahlah bahawa ada kitab lain yang dirujuk oleh pemimpin PAS selain Al-Quran. Kitab itu hanya mereka sahaja yang tahu.......

Adakah kita sebagai umat Islam masih membutakan mata dan memekakan telingan dengan apa yang terjadi. Adakah kita masih ingin menyokong mereka padahal dah terang-terang mereka melakukan pelbagai kemaksiatan. Kita juga harus ingat, jika kita menyokong mereka yang melakukan maksiat dan membenarkan maksiat dan kemungkaran maka kita juga bersubahat dalam hal ini. Jadi saham dosa pun kita akan dapat.

Aku tak tau nak komen apa dah..... pakat-pakat pakiaq laaaaa.......

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (Al-Maidah 90).

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.