Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, October 18, 2011

UMNO Kedah Tidur Dalam Senyuman 4…….

Aduihhhh……. Aku terima email banyak sekali. “PRO” and “CON” serba mak nenek. Untuk pengetahuan yang menghantar email, aku dah masak dah dengan kata-kata pedas hangpa tu. Bagi aku dah menjadi lumrah hidup selagi bernama manusia tidak akan puas hati. Aku ucap terimakasih.

Aku mohon maaf kalau penulisan aku ni segelitir dari yang hantar email kata aku ni biadap, musuh dalam selimut, agen PR dan bermacam-macam lagi kutukan. Terus terang aku katakan sememangnya datang dari penyokong totok UMNO sendiri. Sebenarnya aku malas nak tulis bab-bab pembangkang, sebab utamanya terlalu ramai blogers menyuarakan perkara ini. Kalau blogers berusaha sedangkan UMNO lena tak salah kalau aku menegur. Seolah-olah UMNO “menangguk di air keroh”. Aku sentuh bab Kedah saja, kalau negeri lain tak buat kira ok la……. Yang lain tu jangan terasa pulak…….

Cuma kepada yang minta disairkan artikal mereka, aku mohon maaf, bukannya aku tak sudi, memandangkan bab saman menyaman la repot polis la, aku lebih suka bersikap berhati-hati. Aku lebih suka menulis berlandaskan bahan bukti. Bab saman aku tak takut, bab nak menyediakan bahan bukti tu yang menyulitkan dan susah nak dapatkan kerjasama……. Aku akan cuba selitkan juga isi-isi mana yang patut…….

Mak aiii……. mahal juga belacan dekat Tanjung Dawai ni. Mau tak mau kena beli jugak la sebab isteri dah pesan. Aku tengok dak ada apa beza sangat sejak zaman BN sampai zaman PR perintah. Cuma harga bertambah mahal. Dan satu lagi perkara yang tak berubah adalah pergolakkan UMNO Merbok. Belah Merbok ni tak habis-habis dengan masalah. Pasal bersempadan dengan SPetani kot……. jangkit adik beradik bak kata pepatah “cubit paha kiri, paha kanan turut terasa”.

Teringat satu petikan dari blog Kedah Times “Sapa Sebenar pemecah belah UMNO Merbok?”…….

“Kedah Times berharap agar ada sedikit sentuhan juga di hati pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk bersatu, membuang perkara remeh-temeh dan kepentingan diri sendiri. Ini juga menjadi harapan semua penyokong UMNO Kedah.

Gelora dan Gelombang merah untuk merampas kembali Kedah dari PR sedang membuak-buak. Jangan ada pemimpin UMNO yang menganggap ini sebagai hangat-hangat tahi ayam atau cuba menonjolkan diri dengan merosakkan semangat perpaduan yang bakal di bentuk…...sambungan (klik sini).

Rata-rata aku tanya, banyak cawangan UMNO Merbuk tidak sukakan Tok Tajul, tetapi mereka secara terpaksa akur kerana menghormati beliau sebagai KB. Akar umbi ingin melihat UMNO dapat  dimartabatkan. Tetapi seandainya Tok Tajul sebagai calon PRU13, Tok Tajul akan “berputih mata”. Mereka akar umbi tidak nampak apa kemajuan yang akan Tok Tajul bawa. Sekadar cakap kosong dan lebih banyak buang masa di KL.

Sepanjang aku di Merbok, kebanyakkan mereka ceritakan cerita lama pasal Tok Tajul. Mereka risaukan kalau Tok Tajul tak terpilih sejarah lama akan berulang kembali. Seandainya Tok Bashah tersalah pilih calon PRU13 Merbok, jangan mimpi nak jadi MB. Merbok ni amat terkenal dengan sabo menyabo ni…….

Tanya geng Tok Tajul kata geng Tok Mi……., tanya geng Tok Mi kata geng Tok Tajul. Kesudahannya masing-masing tersenyum sipu kerana mereka ditipu…….

Cuma mereka terkilan kenapa Tok Zubir dipecat dari jawatannya……. Adakah kerana kekerapan Tok Zubir turun padang berjumpa ketua-ketua cawangan dan JKKP dilihat satu ancaman kepada KB. Populariti Tok Zubir ternyata mengatasi populariti KB kerana Datuk Zubir dikira seorang hartawan yang dermawan tidak lokek untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan yang dipohon oleh ketua-ketua cawangan.

Tindakan KB yang tidak berapa cerdik ini adalah salah satu usaha cantas mencantas seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Tok Zubir adalah mangsa kedua selepas Tuan Syed Osman dicantas sebagai AJK Bahagian kerana terlalu menonjol atas platform Perkasa. Menurut sumber beberapa lagi individu-individu di dalam barisan UMNO Bahagian akan menerima padah yang sama di dalam usaha memertabatkan KB sebagai hanya tokoh tunggal yang layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.

Bukannya aku nak hilite pasal Tok Zubir. Ini apa yang aku dengar dari mulut akar umbi. Tetapi, Tok Zubir pun apa kurangnya, cuba baik sikit dari Tok Tajul……. hanya setia beliau pada UMNO tak pernah lekang dari mulut beliau. Beliau ingin melihat UMNO Kedah terus unggul. Cuma UMB saja hancur.

Entahlah aku tak tahu apa yang nak dikatakan bab UMNO Kedah ni. Sepatutnya semua KB turun padang membantu To Bashah. Tetapi apa yang berlaku hanya sekadar turun padang melobi Tok Bashah. Kalau inilah cara UMNO Bahagian….., kepada Majlis Tertinggi……. biarkan saja UMNO Kedah dengan labunya……

Kepada Datuk Sri Utama Tengku Adnan..... aku mohon maaf kerana terpaksa menulis bab UMNO Kedah ni, memandangkan "pahit tepaksa ku telan juga". Masih aku ingat pesanan DSU dalam perjumpaan tempoh hari, dan tiada  niat aku untuk memberi penulisan sebegini, tetapi aku tak nampak kemajuan UMNO Kedah, terutamannya Kedah Selatan (Merbok, SPetani, Padang Serai, Kulim Bandar Baharu dan Baling) yang dibuat oleh BPUNK.

“Oiiiii……..bot sampai dah…….kata nak pi Pantai Merdeka……. sat gi penuh challet tu”.  Kacau betul sahabat aku ni……. Chau cin chau…….

Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. UMNO kedah masih cara dan stail lama juga.Sentuhan mereka macam UMNO Kedah memerintah negeri Kedah.Bermula dari cawangan sampai bahagian sampai negeri topik utama ialah projek.Gerakan politik amatlah kurang.Kalau tak ada agensi kerajaan pusat seperti KEDA,Kemas,Jasa,SDO,Fama ,Penerangan ,BTN dan macam-macam lagi UMNO Kedah kurus macam kelaparan.UMNO Kedah tak ada idea.UMNO Kedah tak ada satu pasukan yang mantap drp perhubungan negeri sendiri.Pasukan Pemuda UMNO di Kedah sudah jadi buah mulut orang ramai tentang kepondanan mereka.Wanita pula apa benda yang mereka rancang pun tak tahu.Boleh jadi wanita pun tak ada idea gerakan politik.Puteri lebih baik di mansuhkan sahaja.Buat buang masa sahaja.Cuba Pemuda,Waniat dan Puteri namakan apa program yang hebat setakat hari ini.Jawabnya kosong.Puncanya UMNO Kedah jadi begini kerana bidalan orang tua-tua kata kalau ikan kepala nya tak elok maka sampai ke ekor pun tak elok juga.Air kalau dia keruh di hulu maka di kuala pun berkelodak lah rupa nya.Demekian lah perihal UMNO di Kedah.Nak nafi apa lagi ..............

    ReplyDelete
  2. BN KEDAH PERLU D BANGKITKAN DARI TERUSSSSSSSSSSS TIDOR.

    ReplyDelete
  3. UMNO tak salah. Yg salah adalah org2 tertentu yang merosakkan imej UMNO sendiri. Dato Bashah pun tak salah,sbg Ketua BPUNK dia mesti melakukan apa yg tbaik utk UMNO Kedah. Kalau tak, mustahil PM restu dia kepalai BPUNK.Tp berapa kerat sangat KB yang bg support kat Dato Bashah,yg selebihnya utk kepentingan peribadi sj..
    UMNO Kedah mesti menang. Macam2 dah Dato Najib buat utk bantu rakyat,utk dapat sokongan. Bermula dr bantuan budak sekolah RM100 sampai BR1M RM500.
    Tp persoalannya sejauh mana kita menjadi spekulator terbaik utk UMNO, memberi mileage politik pada UMNO dgn hasil belanjawan yg dbuat PM tu. Yg lebih malang,benda tu jd backfire pd UMNO sendiri.Ada yg buat duit charge org ramai plk sedangkan borang dan proses BR1M terang2 percuma.Duit RM100 utk budak2 sekolah pun,ada pihak sekolah yg cuba kerot, konon utk tolak siap2 bayaran yuran depa tahun depan. Aduiih..letih la tok Najib mcm ni,kesian la Tok Bashah bgni.Ini baru 2 macam pkra,apatah yg lain lg
    Mana pi spekulator UMNO kat sini,syok dok cakap benda kerat org,mengata org lepas tu salahkan Tok Bashah.
    Sama juga la dgn bekas naib ketua puteri ngri pun,dr dulu dikenali satu malaya kepoh tak habih2.kerja nak bercakap sj frust kot kalah bertanding ketua wanita. Tunjuk imej baik pd negeri dan bahagian moga nanti org hormat dan mberi laluan. Org Jerlun tukang bawak dan jaga pintu sabaq sat,kita menjaga nama baik parti dan suami dia
    RUMOURS ARE CREATED BY HATERS, SPREAD BY FOOLS,ACCEPTED BY IDIOTS

    TOK BASHAH JGN PEDULI BUAT SJ INSYAALLAH KITA SAMA2 BERJAYA

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.