Aiiiiiii……. tempias apa pulak ni……? Aku sendiri tidak faham. Setahu aku nama yang dicanang bakal calon PRU13 adalah Tok Latt. Takkan kot dituju pada beliau. Setahu aku, cerita-cerita di pejabat beliau di Parlimen ok saja. Rajin turun padang dan selalu tersenyum. “Orang kuat DS Najib” katanya……. Mungkin juga ya, memang orang kuat DS Najib tapi sebenarnya orang kuat kena hamput dengan Tok Najib ada laaaaaaa……. Laporan Bahagian semuanya A+++++. Aku hairan, apa yang DS Najib marah sangat pada Tok Lat ni…….
Masalahnya di Bahagian KKedah ni bukannya pasal apa terlalu ramai kaki mengampu dan langau-langau yang yang lebih banyak bercakap dari buat kerja. Ketul turun perancangan tu selaju F1, tapi perlaksanaan nya macam “cacing”. Bagi aku, walaupun To Latt mempunyai semua kreteria sebagai seorang pemimpin tapi tak ramai orang yang kenal beliau sebab beliau lebih suka turun padang dengan program “Syok Sendiri” bersama-sama langau-langau. Kalau dalam blog Tok Latt, program yang disatu semuanya “gah” belaka.
Ramai yang membuat kesimpulan bahawa Tok Latt harus sedar bahawa beliau menang sebagai Ketua Bahagian bukan kerana jasa atau populariti beliau di Bahagian KKedah tetapi adalah kerana jawatan yang disandang beliau sekarang ini iaitu Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada DS Najib. Mereka mengharapkan Tok Latt yang hampir dengan bakal Perdana Menteri dapat membawa suatu perubahan di KKedah. Politik Tok Latt masih belum teruji lagi, karisma hanya tayangan “TOK 9” dan “JAWATAN”.
Fikirlah masak-masak untuk memilih pemimpin bukanlah mudah seperti apa yang diwar-warkan, janganlah mudah terperangkap mainan blog, “baling batu sembunyi tangan”. Jangan melihat dan menerima andaian bahawa jawatan dan kedudukan seseorang itu menjustifykan kemuliaan dan kewibawaan dirinya. Banyak berlaku dalam politik umno sebelum ini, Tak usahlah kita menggunakan nama pemimpin atas dan jawatan yang kita pun belum tahu nature of the worknya itu, terus kita menyanjung tanpa usul periksa. Jadikan diri kita khususnya orang KKedah politiknya lebih relevan; jangan gah menjadi rebah.
Tengah dok sembang…….
“Sapa Tok Latt ni…….? Jadi ahli UMNO lama mana dah…….? Tut-tut timboi masa PRU ke 12 ni saja... Tok Latt sendiri kerat habisan dalam PRU12. Tok Latt memang baguih, tak dak yang lebih baguih lahu dia tu……. Tapi masa awai la…… Kalau hangpa nak tau pi tanya Mat Tadon”.
Dalam perbualan panjang lebar dengan sahabat-sahabat aku, apa yang dapat aku kata bahawa “Geng Pemuda” amat marah dengan Tok Latt. Tok Latt sudah melakukan satu-satunya kesalahan yang berat kepada perjuangan politik UMNO di KKedah. Golongan pemuda adalah pelapis yang penting dan diperlukan oleh UMNO untuk terus bernyawa. Mereka baru sahaja berkecimpung dalam gelanggang politik dan masih dalam kesangsian tentang kemurnian matlamat politik UMNO. Baru sahaja nak aktif dan menabur jasa dah kena bohong dan dipermainkan oleh seorang opportunis yang ingin melompat setinggi-tingginya kedudukan dalam masa yang tersingkat.
Jasa Tok Latt yang paling besar setakat ini ialah menyedarkan Tok Hashim. Rakyat sudah muak dengan pemimpin begini dan boleh menilai kredibiliti seseorang. Orang sombong dan suka menabur fitnah selalu rugi, di dunia dan akhirat. Kita harus bersyukur kerana dengan sifat ramah semulajadi dan perubahan positif yang dilakukan Tok Latt kepada UMNO KKedah setakat ini.
“Hang sekali sekala dok mai, mana hang rasa lagu mana kami rasa”, aku pulak kena lecture. “Jom aku bawak hang pi jengok cawanga-cawangan dengaq apa depa kata”. “Lepaih tu aku bawak hang jumpa pulak beberapa orang bahagian. Hang nilai sendiri, lepaih tu hang tulih dalam blog kot-kot Tok Latt baca, mana la tau masa dok ada lagi untuk dia berubah……. Satu lagi suruh spy-spy dia buat kerja elok sikit”.
Aku ikut saja. Sekurang-kurangnya maklumat yang akan aku perolehi kelak mampu disampaikan pada Tok Latt agar menjernihkan lagi UMNO Kkedah. Juga diberitakan bahawa Tok Bashah pun dok nampak Tok Latt tak perform untuk UMNO Kedah. Terlalu sibuk di KL.
Ooo……..ooooooo……. kurang manis untuk aku kongsi bersama pembaca setia SungguhKa. Yang pastinya Tok Latt perlu “wajib” panggil semua 4 sayap bahagian “brainstroming” segala permasalahan yang terpendam dan menjelajah kesemua cawangan yang ada agar tidak menjadi seperti SPetani dan PSerai. Cawangan sudah longlai dik kerenah bahagian…….
begitulah ragamnya tuan-tuan besar ketua bahagian di Kedah.
ReplyDeleteUMNO Kedah sudah dalam ICU politik.Dah dapat penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.Yang merawat dia bukan doktor cuma atendent sahaja.
ReplyDelete