Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, October 17, 2011

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA SPR.


1.      Sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang,  Mesyuarat Bulanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ke-719  yang diadakan pada hari ini 27 September 2011 telah memutuskan supaya pembersihan Daftar Pemilih dibuat secara berterusan. Pembersihan ini melibatkan semakan kepada 12.3 juta rekod pemilih. Dalam proses pembersihan ini, SPR telah membuat semakan rekod pemilih dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

2.      Hasil daripada semakan itu, SPR mendapati  ada rekod-rekod pemilih yang perlu dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana pelbagai sebab seperti pemilih telah meninggal dunia, pemilih telah
dilucutkan kewarganegaraan, bersara daripada perkhidmatan polis atau  tentera, pertukaran status pasangan pesara tentera atau polis daripada Pengundi Tidak Hadir (PTH) kepada pengundi awam,
perubahan status pengundi awam kepada PTH kerana memasuki perkhidmatan tentera atau polis, perubahan status pengundi pos di kalangan  yang telah  kembali  ke Malaysia dari luar negara dan 2
perubahan status pemilih awam kepada pemilih pos kerana pergi ke luar negara.

3.      Berhubung dengan pemilih yang meninggal dunia, daripada bulan Julai hingga 15 September 2011, sebanyak 69,293 rekod pemilih telah dipotong. Pemotongan ini dibuat setelah SPR mendapat pengesahan daripada JPN yang menyatakan pemilih itu telah meninggal dunia.  Pada tempoh itu juga, SPR telah memotong sebanyak 1,068 rekod pemilih  kerana pemilih berkenaan telah disahkan dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN.

4.      Di samping membuat pemotongan kepada rekod pemilih, SPR juga sedang membuat siasatan lebih lanjut dan amat teliti  kepada  50,000 rekod pemilih supaya tidak berlaku kesilapan memotong rekod tersebut. Siasatan ini memerlukan SPR merujuk dan mendapat pengesahan kerjasama daripada beberapa agensi seperti JPN, JRP dan PDRM mengenai status   kewarganegaraan, nombor kad pengenalan dan status  perkhidmatan pemilih berkenaan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

5.    SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada 6 September 2011 yang lalu, SPR telah menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih  (Borang A) melalui Laman Sesawang SPR di 
www.spr.gov.my . Kemudahan itu disediakan oleh SPR kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai yang mempunyai kemudahan internet. Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima oleh SPR mendapati berlaku kekeliruan di kalangan orang 3ramai mengenai kemudahan memuat turun Borang A itu.  SPR  ingin menjelaskan bahawa, kemudahan  memuat turun Borang A melalui laman sesawang itu   bukan bermaksud  pendaftaran pemilih boleh dibuat secara atas talian atau  online sepertimana yang pernah dilaporkan oleh pihak media.

6.  Sebaliknya orang ramai, iaitu warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang layak mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun Borang A tetapi pemohon perlu menghantar sendiri borang tersebut ke  kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR bertujuan untuk memastikan bahawa pembawa borang adalah pemohon yang sebenar. Ia juga selaras dengan tuntutan PeraturanPeraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002  yang mengkehendaki pemohon hadir sendiri ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR. Ini bermakna, Borang A yang telah siap diisi tidak boleh dihantar melalui pos, faks ataupun emel.Tatacara pengisian dan penghantaran Borang A  ada dinyatakan dalam Laman Sesawang SPR.

Sekian, terima kasih.

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
27 September  2011
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.