Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, October 13, 2011

Menghancurkan UMNO.

Artikal ini aku petik dari blog CheDet (klik sini) untuk dikongsi dan renungan bersama:

      1.         Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2.         Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3.         Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4.   Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5.       Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6.      Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7.   Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8.       Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9.     Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10.     Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11.     Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12.     Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13.     Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14.     Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15.   Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16.     Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17.     Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18.    Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19.     Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20.     Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21.  Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22.     Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23.  Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24.  Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Ni, kat Eropah/USA/Jepun semua duk siap sedia berkemungkinan RECESSION, kat sini kalut berbuih air liur lagi..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.