Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, October 11, 2011

UMNO Kedah Tidur Dalam Senyuman 1.

Hampir 3 bulan aku menyepi. Sekembalinya aku dari kawasan luar liputan, banyak sangat perkara yang berlaku di dalam kancah politik di Malaysia terutamanya di Kedah samada “BAD” and “GOOD”. Nak aku komen bab umum rasa malas la pula kerana dah ramai blogers dok buat. Aku lebih berminat politik Kedah sebab aku orang Kedah dan sasaran aku kali ni adalah UMNO Kedah sebab unik sikit pentadbirannya. Parti lain sabaq sat.

Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah, begitu selesa dengan apa yang telah mereka buat dan tidak sedikit pun merasa gusar untuk menghadapi PRU13 yang kian hampir, walaupun rata-rata rakyat Kedah sudah muak dengan janji-janji PRU12 yang tak kunjung tiba.

Insyallah kalau tiada aral melintang, dari apa yang DS Najib bentang dalam belanjawan dan suara-suara halus, sebelum tutupnya tirai 2011 pada tanggal ??/12/2011 PRU13 akan dinobatkan (firasat aku – jangan percaya nanti puak PAS kata ni kerja Syirik bab-bab firasat ni…….). Di saat menghitung hari ini, kancah politik UMNO Kedah masing-masing “ibarat menarik benang dalam tepung…….”.

Sepanjang pengamatan aku di Kedah, geli hati aku melihat kelaku KB, YB, mantan-mantan YB dan langau-langau dok berkeliaran memasang umpan ibarat “kaduk naik junjung”, setidahk-tidaknya “untung batu tenggelam, untung sabut timbul”. 


Kalau ini yang berterusan, ucapan DS Najib sempena Majlis Penerangan Perdana Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi PRU13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.

“Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.”

“Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN.”

Tapi pesanan-pesanan DS Najib selama ini umpama “mencurah air ke daun keladi”. Ternyata terutamanya di Kedah dah nampak dumba-dumba yang menusuk…….

Seringkali aku kata, Tok Bashah telah gagal menerajui BPUNK dan ternyata sekali kenyataan aku ini disokong oleh beberapa pimpinan UMNO Kedah baik cawangan mahupun bahagian malah dari akar umbi sendiri berbunyi (tak payah la aku sebut siapa……..). Pembaca boleh turun sendiri ke Kedah dan tanya.

Sejak mengambil tugas dari Tok Shafie Apdal, Tok Bashah seolah-olah tidak menunjukkan sebarang kemajuan menerajui BPUNK. Perangai “One Man Show” masih menebal di dalam jiwanya. Pantang ditegur mahupun diberi cadangan, mesti ada alasan yang diberikan. Kecuali la kalau program yang diatur melibatkan diri beliau barulah diberi perhatian. Ayat yang selalu Tok Bashah dok sebut “aku orang lama, tok sah do kelentong la bab politik di Kedah ni. Aku kenai dan tau habis semua…….”. Tapi Tok Bashah haru ingat dan terima hakikat bahawa “POLITIK DULU DAN POLITIK SEKARANG AMAT BERBEZA”.

Seperti apa yang GMC tulis dalam blognya “UMNO KEDAH SENYUM DALAM TANGISAN…… kah..kah..kaHHHHH” (klik sini) berbunyi:

“Ini lah yang memeningkan kepala Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini…apakah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sendiri yang akan mengkafankan UMNO Kedah tanpa bantuan PR tetapi oleh rakan-rakan dalam UMNO sendiri.

Kita tunggu siapa yang kena……siapa yang terlena….

Dato’ Bashah tetap tersenyum simpul……dipesada yang belum pasti.....!!

Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah…”.


Ketika aku menziarah sahabat di Alor Setar yang juga AJK UMNO cawangan juga salah seorang penyokong kuat Tok Bashah, suatu ketika dulu pernah bertekak politik (bukan gaduh) membela Tok Bashah kerana beliau yakin Tok Bashah mampu membawa perubahan kepada UMNO Kedah. Tetapi hari ini, beliau membongkar dan bersependapat dengan aku bahawa Tok Bashah GAGAL. Tok Bashah hanya popular dikalangan langau-langau beliau sahaja. Kebanyakkan program yang disusun hanya untuk kepentingan beliau bercita-cita untuk menjadi MB Kedah, itupun kalau BN berjaya mengambil Kedah semula.

Rata-rata aku pusing di Kedah, nama Tok Bashah tak banyak aku dengar pujiannya. Ramai yang tak puas hati. Pada suatu ketika dahulu ketika pencalonan siapa bakal menjadi Pengerusi BPUNK, ada 2 nama utama yang dicalonkan iaitu Tok Bashah dan Tok Mukhriz. DS Najib mengambil keputusan majoriti KB mencalonkan Tok Bashah kerana KB tidak bersetuju Tok Mukhriz memandangkan Tok Mukhriz bukannya KB mana-mana bahagian. Jatuh la status KB kalau Tok Mukhriz dilantik dan KB terpaksa tunduk menerima arahan dari orang yang menjawat Jawatankuasa sahaja. Pujian-pujian yang melambung untuk Tok Bashah dari KB. Sayang seribu kali sayang……. umpama “meludah ke langit…….” kini KB dah merungut TOK BASHAH GAGAL. Banyak bahagian UMNO yang terkontang-kanting, berselerak tak tentu hala, apatah lagi di akar umbi.

Pesan DS Najib…..,

“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.

“Ini bukan saja akan jejaskan peluang calon kita untuk menang sama ada secara halus iaitu dengan tidak membuat sebarang kerja atau memberikan sokongan kepada calon BN seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya kecil lalu apabila rumah Setiausaha Bahagian sendiri tapi pukul 10.00 malam dah tutup lampu.”

Ujarnya, insiden lain yang lebih teruk lagi juga pernah berlaku sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila ada calon yang sudah tiga penggal tetapi terpaksa digugurkan kerana tak termasuk dalam ‘winable candidate’ yang terus keluar kawasan dan enggan membantu BN.

BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu,” katanya.

Tegas beliau, setiap anggota parti bertanggungjawab menjaga rakyat dan bukannya mengambil kepentingan penyokong tegar semata-mata kerana ia bersifat peribadi dan bukan untuk parti.”

Adakah pesanan DS Najib ini diambil perhatian oleh Tok Bashah…….? Apa yang aku perhatikan, pengundi di Kedah lebih bersikap tunggu dan lihat. Pengundi Kedah kini lebih bersikap terbuka, sudah pandai berfikir (kepada yang totok pada mana-mana parti tu tak boleh kata apa dah) dan sudah tahu menilai. Ketika BN memerintah Kedah, kerana dik janji-janji manis PAS, rakyat membuat pilihan tukar kerajaan. Setelah PAS memerintah, habuk pun tak ada, satu manifesto pun tak tertunai janjinya. Akhirnya PAS cara PAS……. PKR cara PKR……. UMNO cara UMNO……. DAP juga yang kaut untung.

Sikap dan perangai Tok Bashah seperti yang DS Najib cakap tu “BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu.”. Tok Bashah kena ambil kira. Pengundi Kedah dah tak hairan dah dengan gula, kopi, teh, beras dan kain pelikat or batik. Kalau aku pun, sapa bagi aku haria aja tapi bab nak pangkah sapa tu nasib la……. Setakad ini apa yang aku lihat Tok Bashah tak mampu untuk menghadapi tekanan dari KB bab-bab senarai calon PRU13. Kedengaran suara-suara halus dikalangan KB dan Jkuasa bahagian mahupun cawangan, menanti siapa bakal menjadi MB sekiranya BN berjaya mengambil Kedah……. Kalau Tok Bashah naik……. alamatnya PAS kekal memerintah Kedah.

Kita sambung dilain halaman…….

Print Friendly and PDF

13 comments:

  1. Salam.

    Pendapat aku.

    Lemah UMNO Kedah bukan kerana Tok Bashah.

    Lemahnya UMNO Kedah kerana orang UMNO tak sayangkan pemimpin.

    Dari atas hingga ke bawah.

    Kata jangan "bergaduh sesama sendiri".
    Tapi tulah yang dok berlaku.

    Bahagian sangat penting ada pendirian tegas, tapi bukan kerana nak tonjol sesiapa; kena tegas
    dan bersungguh-sungguh nak menang dalam PRU 13 ni.

    Kalau Tok Bashah tak mampu dan Tok Mukhriz tak boleh, kena carilah KB lain yang mampu dan boleh. Kalau ada cacat sikit-sikit tu biasalah. Yang penting kualiti kepimpinan masih terserlah.

    UMNO Kedah mampu.
    Aku yakin.

    ReplyDelete
  2. Umno Kedah bukan lemah tetapi Pemimpin asyik main kotor, cantas mencantas, asyik cari makan, bukan berjuang untuk negara tapi berjuang untuk perut. Ibaratkan mcm keretapi. Kalau kepala nya rosak, maka rosak lah gerabak nya. Kalau Kepala nya jalan tak betul, maka gerabak nya pun tergelincir. Ahli Umno tak boleh disalahkan. Sekian Pengakuan dari anak cucu Pak Ya Kapak

    ReplyDelete
  3. Umno Kedah tk payah nak bekerja kuat untuk jatuhkan PAS Kedah, hanya di ingatkan kepada Pemimpin UMNO, tlg berjuang dengan amanah dan jujur untuk rakyat kedah, tk kira bangsa, agama dan pahaman politik, ambil berat masalah rakyat, kerap turun padang, bantu rakyat yang memerlukan, pantau setiap cawangan seluruh negeri kedah. Buat kerja dengan amanah dan rajin berusaha. Bercakap hendak lah betol jangan bohong, janji hendak lah di tepati, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa demi untuk kesenangan anak cucu kita di masa akan datang. Sekian cadangan dari anak cucu Pak Ya Kapak, Pendang.

    ReplyDelete
  4. Pas dapat tawan negeri kedah pada PRU-12, sebab apa..?. Yang pertama. Ramai orang yang mengundi calun PAS. Adakah mereka semua ahli PAS, Bukan. mereka adalah ahli UMNO yang tk puashati dengan Pemimpin UMNO di peringkat Cawangan, Peringkat Bahagian dan Peringkat Negeri. Sebab apa jadi macam tu plak. Sebab Semua ketua ketua kerja tak serupa bikin. Kerja tk betoi, cakap lain buat kerja pun lain pulak. Ahli UMNO kt cawangan bekerja bermati matian tetapi Ketua UMNO yang dapat nama dan dapat kenyang. Sebab tu lah semua ahli UMNO tk puashati dengan pemimpin, mereka semua lari bagi undi kpd calun PAS. Sekian pengakuan dari anak cucu Pak Ya Kapak, Pendang

    ReplyDelete
  5. Bersatu-Bersetia-BerhidmatOctober 11, 2011 at 6:26 PM

    Tangan ada dua sahaja:

    UMNO negeri Kedah nak jaga.
    UMNO Bahagian Alor Setar nak jaga.
    UMNO bahagian Sungai Petani nak jaga.
    UMNO Bahagian Padang Serai nak jaga.

    Gila kuasa kah namanya?

    ReplyDelete
  6. Ikhlas cakap, Tok Bashah ni sendiri yg pecah belahkan UMNO Bahagian, pi bahgian jumpa bks KB tgh malam rancang nak cantas calon yg ada potensi jadi MB. Kalau ni sikap PBPUNK, macam mana nak satukan bahagian sedangkan pengerusi sendiri dok kerat org lain. Mau xpecah belah. Senang cakap UMNO Kedah dah takdak pemimpin yg berkaliber lepas Tun Det dengan Tan Sri Man Arop... Ikhlas dari orang kampung.

    ReplyDelete
  7. lantik dato bakri jadi pengerusi BPUNK baru ok kot? atau ada nama lain? Mat lebai sudin yg kalah PR dulu atau dato tajul atau dato abu atau ali yahya? tolong bagi nama sat!! yg lebih baik dari dato basah lembab tu...

    ReplyDelete
  8. ada ....ada tokoh lagi satu...Tajudin Sik.Serba boleh

    ReplyDelete
  9. Semoga UMNO Kedah akan terus ranap lagi.Ada perelembagaan tak ikut dan patuh.Kesian pada mereka di Sg Petani dan Pdg Serai.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah UMNO Kedah akan terus tidor nyenyak dalam senyum........kenapa....

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum para teman budiman,apa nak buat nasib kita hanya dapat bersuara melalui media elektronik ini,kalau bercakap d luar mcm mcm kita d katakannya,berkenaan dgn pimpinan umno seluruhnya..peringkat cwg dan pimpinan bahagian ti dak akan akur pada pimpinan sebab kenapa perlu mereka mendengar arahan dari atas sekiranya org atas sendiri tidak mempedulikan mereka d bawah dan kita d bawah cakqap dan beri pendapat mereka xnak dengar,apakah d najib dan ts mahyuddin tau apa sebenarnya berlaku d akar umbi,apakah tengku adnan mansor tau apa yg berlaku d kampong kampong,mereka xtau apa pun semua nya asyik mengatur mereka yg rapat dgn meraka,apakah org yg xda jawatan dalam umno semuannya bodohkah,mereka x bodoh tapi menyampah..tanya ts mahyuddin apakah dia pernah pergi house to house d kawasan rumah dia d bukit damansara dan ajak org2 kaya tu semuanya keluar mengundi dan pastikan mereka mengundi umno..pernahkah?Apakah ds najib pernah keluar house to house d kawasan rumahnya d bukit tunku dan ajak mereka keluar mengundi,,jadi jgn nak ajar kami d bawah,silap haribulan berkubur umno pru ini kerana bukannya rakyat menyokong anwar tapi menyampah dgn pimpinan hari ini yg sombong bongkak dan rakus,apakah mereka shj tau nak idup senang tp rakyat merana,pegawai d pejabat mereka pun mereka x leh control mcm mana nak jaga kita semua.Tanyalah ketua ketua bahagian apakah mereka mampu menjaga ketua2 cwg,yg depa tau nak jadi kb..kerja hampeh,biaq mampuih
    Soal datuk bashah jgn cakaplah,xda kredibility lgsung.

    ReplyDelete
  12. Aku harap orang Tok Bashah tolong respon komen blogger yang menghentam beliau. Aku pun hairan kerana beliau dok jaga UBSP la ni dan nak jumpa dan mengadu masalah cawangan kepada beliau pun susah. Aku ingat dia sibuk dan tak ada masa nak buat semua kerja. Masalah JKKKP yang kecil pun tak boleh nak selesai lagi. Macamana nak menghadapi PRU 13. Harapan nak jadi MB berat nampak.

    ReplyDelete
  13. UMNO ada lagikah? Inilah silapnya pimpinan UMNO,jangan nak salahkan org lain tapi salahkan diri sendiri dulu.Dulu bila ramai graduan nak jadi ahli umno mereka sekat sebab bimbang bijak pandai ini menggangu gugat kedudukan mereka dan akhirnya puak puak ini menyertai PAS Keadilan atau mana mana parti yg menerima mereka termasuklah M>U>P>P,parti baru yg akan turun padang pada pru 13 ini.Isu Anwar Ibrahin adalah satu isu politik lapok yg x d pandang olih rakyat dan rakyat tidak akan tertipu dgn gula gula BN dan UMNO,saya nasihatkan org UMNO agar hati hati dgn bicara sebab yg kekal hanya allah swt dan UMNO tidak bolih d samakan dgn allah swt yg akan kekal selamanya sejhingga ada yg mengatakan umno itu keramat..berubahlah wahai pimpinan umno sebab kami ahli umno juga dah muak dan meluat dgn sikap pimpinan dan bapak bapak menteri yg x membantu jgn kata rakyat ahli bahagian sendiri pun mereka x mampu membantu tapi mereka membina kekayaan ratudsan juta sebab itu mereka tidak bimbang kiranya BN tumbang cuma yg bimbang TUN M da RM

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.