Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, October 12, 2011

Sesiapa Dakwa Calon BN, Ibarat Syok Sendiri.....

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan sesiapa yang mendakwa mereka sudah ditetapkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang sebagai bermimpi.

Beliau berkata pada peringkat sekarang tidak ada sesiapa yang disahkan sebagai calon.

“Soal calon hanya ditentukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila tiba masanya kelak. Sekiranya ada sesiapa mendakwa beliau telah dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional kenyataan itu tidak benar”.

“Orang yang mendakwa sedemikian ibarat bermimpi dan syok sendiri,” katanya di Sungai Petani selepas majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Sekolah Menengah Sungai Layar di Sungai Petani pada 19 Jun.

Ahmad Bashah menjawa pertanyaan media mengenai dakwaan pihak tertentu yang menyebut bahawa mereka telah disahkan calon Barisan Nasional kawasan tertentu.

Dipetik dari - Portal UMNO Kedah.

p/s: Tapi nama-nama calon yang  Tok dok bincang tu untuk apa...? Mulut tempayan boleh ditutup Tok....... Tapis dulu nama-nama tu.......

Print Friendly and PDF

1 comment:

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.