Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, October 28, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini……........?

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih  melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..

Tan Sri Amrin
Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :

1.       19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)


Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.


2.       9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.


Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


3.       Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.

4.       Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

5.       Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :


·         Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
·         El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
·         Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
·         Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta


Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :


·         Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
·         Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
·         Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
·         Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
·         Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
·         Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
·         Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)


6.       Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :


·         RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
·         RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
·         RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)


7.       96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.


·         Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
·         Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
·         Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
·         Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)


8.       Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm

9.       Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

10.    Mara telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :


·         Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
·         Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
·         Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
·         Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
·         Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60


Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini.......? Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab.......? Penalti.......? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya.......?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan. Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. selepas lapuran ketua ketua odit di keluarkan maka suasana pun jadi panas seketika.Tiba-tiba tok timbalan menteri,tok menteri pula jadi hero bela anak buah dikementerian nya.

    kalau nak bela pun biarlah bertempat.jangan bela tak bertempat.nampak macam sapa makan cabai dia terasa.

    tok menteri sepatutnya panggil buat post mortem dikemetriannya.

    rakyat bukan lagi buta huruf atau mata kayu dan jahil.

    aku rasa semua pihak kena akur lah dengan laporan ketua odit negera kalau nak tengok segala urusan wang rakyat di selia dengan baik.

    kerja ketua odit ini buka setahun dua ini sahaja.dah berpuluh tahun.

    tok timbalan mewnteri dan tok menteri jangan lah bagi tok PM kita pening kepala lagi.

    banyak lagi isu lagi rakyat di bawah perlu dilihat.

    jangan hebat sorak sahaja.jadi panglima kangkong.juara yg tak bertempat.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.