Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, July 19, 2011

Antara Dua Darjat Pelaburan PAS Dan DAP.......

Baru2 ini Teresa Kok telah dgn bangganya memperlihatkan jadual di bawah yg menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sepanjang 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Selain dari tu, statistik di bawah juga menunjukkan Pulau Pinang mencatat pelaburan berjumlah RM12.238 billion pada tahun lepas, sehingga Lim Guan Eng menabalkan Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan Malaysia tahun 2010, disambut pula dgn konsert percuma dari artis Ning Baizura. 

Tetapi Pakatan Rakyat terlupa dlm mereka ghairah menaikkan nama Selangor dan Pulau Pinang di bawah teraju PKR dan DAP, dua lagi negeri Pakatan Rakyat, iaitu Kedah dan Kelantan menduduki tangga yg ke 8 dan 12. 

Adakah Teresa Kok mempunyai agenda tersirat atau pun beliau terlupa akan adanya Kedah dan Kelantan yg mendapat pelaburan yg kurang dan kedua2nya kebetulan berada dlm pentadbiran sekutu PR mereka iaitu PAS.

Jumlah Modal Pelaburan Perindustrian Yg Diluluskan Mengikut Negeri Bagi Tempoh 2008 -2010
Negeri
2008 (RM)
2009 (RM)
2010 (RM)
Jumlah (RM)
Selangor
11,870,910,013
6,759,590,951
10,641,835,401
29,272,336,365
Sarawak
15,168,880,681
8,450,751,719
3,945,046,973
27,564,679,373
Pulau Pinang
10,156,301,413
2,165,240,934
12,237,958,878
24,559,501,225
Johor
11,711,672,847
4,063,441,520
7,464,914,643
23,240,029,010
Sabah
964,375,892
5,664,295,498
1,325,610,877
7,954,282,267
Perak
3,130,017,250
893,872,874
3,039,706,315
7,063,596,439
Melaka
3,634,515,677
892,711,918
1,631,129,805
6,158,357,400
Kedah
2,567,345,854
1,496,062,950
1,960,636,097
6,024,044,901
Terengganu
992,259,227
505,834,968
2,327,931,930
3,826,026,125
Negeri Sembilan
1,115,791,287
857,598,018
1,292,607,042
3,265,996,347
Pahang
1,080,749,835
604,841,416
1,038,737,181
2,724,328,432
Kelantan
83,600,000
126,929,520
169,555,000
380,084,520
W. P. Kuala Lumpur
117,786,590
155,664,320
55,046,132
328,497,042
Perlis
170,250,000
0
31,440,000
201,690,000
W. P. Labuan
20,540,508
0
14,866,935
35,407,443
Jumlah
62,784,997,074
32,636,836,606
47,177,023,209
142,598,856,889
Sumber: MIDA 

Jika dikira dari segi tanggungjawab, maka CEO negerilah yg bertanggungjawab utk menarik pelaburan ke negeri masing-masing. Jika analisis secara kasar ini dibuat dlm Pakatan Rakyat, maka prestasi MB Kedah, Ustaz Azizan sebagai CEO Kedah adalah tidak memberangsangkan langsung dan haprak, jika dibandingkan dgn prestasi Lim Guan Eng (Pulau Pinang) dan Khalid Gagap (Selangor). Mungkinkah ini adalah strategi secara halus DAP dlm PR utk memperlekehkan negeri di bawah tadbiran PAS yg jelas tidak berupaya menarik pelaburan, walau pun Kedah misalnya mempunyai sebuah permata destinasi pelaburan iaitu ‘Kulim Hi-Tech Park’ dan Kelantan yg dibimbing oleh Tok Guru Musryidul Am PAS Dlm konteks Kedah, ini juga nyata menunjukkan kegagalan CEO KHTP yg telah gagal membantu MB Kedah bagi menarik pelaburan mega FDI ke Kedah (contoh terbaru ialah Robert Bosch yg membuat keputusan utk melabur di Pulau Pinang). 

Lim Guan Eng yg mendapat latihan dari ayahnya Lim Kit Siang dan juga berkiblatkan PAP (Singapura), sebenarnya memang mahir dlm taktik manipulasi dgn menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat utk ‘political mileage’ beliau. Walau pun beliau tahu yg buat semua kerja menarik pelaburan FDI, insentif, promosi dan membangun infrastruktur ialah kerajaan pusat (terutamanya MIDA), tetapi beliau yg buat pengumuman dan perasmian kilang di Pulau Pinang. Beliau tahu sebenarnya pelabur luar membuat pelaburan berasaskan kemudahan infrastruktur sedia ada di Pulau Pinang dan insentif pelaburan kerajaan pusat. Kerajaan negeri pula mendapat hasil dari pajakan tanah sekitar RM20 sekaki persegi ke atas; di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Malah tiada sebarang insentif yg ditawarkan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri. Kadar air juga adalah sama utk semua tempat di Pulau Pinang. Kadar pajakan tanah ini adalah yg tertinggi di Malaysia. Sedangkan semua infrastruktur seperti jambatan Pulau Pinang, Penang Port, lapangan terbang antarabangsa, jambatan kedua, jalan raya dan prasarana pelaburan disediakan oleh kerajaan pusat. 

Kedah pula mempunyai banyak kelebihan iaitu Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yg mempunyai IPP sendiri (NUR) dan tarif air yg lebih rendah dari tempat lain di Kedah. 

Persoalannya mengapakah Pulau Pinang (DAP) memperolehi lebih pelaburan berbanding Kedah (PAS) pada 3 tahun lepas.....?. Sedangkan faktor menarik pelabur lebih berpihak kpd Kedah, dan harga pajakan tanah juga lebih murah berbanding dgn Pulau Pinang. Harga pajakan tanah adalah sekitar RM12 ke RM18 sekaki persegi di KHTP. 

Hakikatnya DAP sedang berusaha menaikan prestasi mereka dlm PR manakala PAS masih syok sendiri dan masih berkhayal kononnya mereka sedang membasmi rasuah di Kedah, dan sekarang berbangga bahawa semua deal pelaburan di Kedah tiada lagi deal ‘under the table’. 

Kalau pun kita bandingkan prestasi Kedah sewaktu pemerintahan BN/UMNO, ianya jauh lebih baik, malah mencapai sasaran Kedah Maju 2010, iaitu pelaburan sebanyak RM1 billion setahun sewaktu Syed Razak menjadi Menteri Besar Kedah. 

Sila bandingkan prestasi Kedah dan KHTP di bawah dgn jadual terdahulu di atas yg dibantangkan oleh Teresa Kok, Exco Industri Selangor, dan lihat perbezaan ketara di bawah 
BN/UMNO (1997-2007) dan PAS (2008-2010).

TAHUN
NILAI PROJEK DILULUSKAN
% SUMBANGAN
KEPADA KEDAH
% SUMBANGAN KEPADA MALAYSIA
MALAYSIA
(RM JUTA)
KEDAH
(RM JUTA)
KHTP
(RM JUTA)
1997
6,222.7
4,649.7
4,285.4
92.2
68.9
1998
2,412.1
718.1
354.5
49.4
14.7
1999
7,032.1
567.8
259.0
45.6
3.7
2000
12,182.5
1,016.1
549.2
54.0
4.5
2001
10,324.9
698.5
180.1
25.8
1.74
2002
5,650.9
532.1
60.0
11.2
1.2
2003
4,977.6
879.4
172.4
19.6
3.4
2004
8,626.9
5,245.4
4,589.4
87.5
53.2
2005
13,793.8
1,763.4
1,232.7
70.0
8.9
2006
10,023.7
9,880.2
1,548.2
15.6
15.4
2007
15,111.6
13,990.2
2,932.9
20.9
19.4

Kejayaan KHTP/KTPC juga telah menjadi kebanggaan rakyat Kedah satu ketika dahulu, seperti yg dipaparkan dlm jadual dibawah:
TAHUN
ACARA
1990
Penyediaan Deraf Pelan Induk KHTP
1993
Pelan Induk KHTP diluluskan oleh Kabinet
1996
Pelancaran rasmi KHTP oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir iaitu ‘KHTP – Science City Of The Future’
1996
Intel Corporation menjadi pelabur pertama dan utama di KHTP
1998
KHTP mendapat tempat kedua dlm ‘Top Asian High Technology Parks’ oleh Strategic Information Services (SIS)
1999
Silterra menjadi syarikat fabrikasi wafer pertama di KHTP
2000
KHTP mendapat tempat ke empat dlm ‘Asia’s Top Business, Industrial & Technology Parks’ oleh Corporate Compass
2001
KHTP diberi MSC Status (Incubator) dari Multimedia Development Corporation (MDeC)
2003
KTPC mendapat persijilan ISO 9002
2004
KHTP mendapat anugerah status ‘MSC Malaysia Cybercity’
2006
Pelancaran KHTP sebagai MSC Malaysia Cybercity
Fuji Electric/ Intel / Entegris membesarkan operasi
Pembangunan Zon Industri Fasa ke 3 (432 ekar)
2007
Pelaburan First Solar – syarikat terbesar dan pertama utk pembuatan panel solar di Malaysia
2007
Dilantik menjadi juru runding utk membangunkan sebuah kawasan perindustrian di Lusaka, Zambia.  Skop kerja ialah ‘Feasibility Study and Development of a Master Plan for the Lusaka Multi Facility Economic Zone (MFEZ)’

Sebagai penutup, kalau kita kaji acuan komponen PR, tak banyak bezanya dari BN, seperti jadual kat bawah ni:
PRU 13
Melayu
Cina
India
Barisan Nasional
UMNO
MCA & Gerakan
MIC
Pakatan Rakyat
PAS
DAP
PKR

Yg ketara bagi PR, walau pun memperjuangkan setiap parti mereka berbilang kaum, yg nyata di kalangan rakyat sekarang ialah PAS = Melayu, DAP = Cina dan PKR = India. PKR walau pun Presiden dan Timbalan Presiden Melayu, telah didominasi oleh kaum India. Jadi apakah bezanya mereka dgn BN.....? PR hanya tiru acuan BN (COPYCAT), walau pun kini mereka merasakan mendapat sokongan dari golongan penduduk kawasan Bandar. 

AYUH MARI KITA GEMPUR PAS DAN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH PADA PRU 13 DAN KEMBALIKAN TAMPUK PEMERINTAHAN KEPADA BARISAN NASIONAL
Print Friendly and PDF

24 comments:

  1. Memang sah la PAS Kedah tak bermaya, dah la kena tunduk kepada DAP dalam isu pusat hiburan, dalam hal pelaburan langsung asing pun kena kantoi dengan DAP di Penang, ini la contoh negeri berkebajikan, pelaburan yang ciput datang ke Kedah, dan yang besar semuanya ke Pulau Pinang, dah terbalik jadinya kerana pada masa BN dahulu, pelaburan besar menghala ke KHTP dan pelaburan sampingan berada di Pulau Pinang. Di harap Datuk Mukhriz ambil maklum akan perkembangan ini dan bertindak dengan menggempur UMNO & BN Kedah supaya memberikan persoalan kekurangan pelaburan di Kedah kepada PAS Negeri Kedah untuk menjawabnya, dan adakah mereka akan berani menjawabnya, kita serahkan kepada MB Ustaz Azizan (jawapan standard yang boleh di agak ialah itu saya tak tau, kena tanya Exco Pelaburan)

    ReplyDelete
  2. Salam hormat, harap dapat dilink blog hamba disini...Terima Kasih...

    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Apa yang boleh dibanggakan oleh PAS sepanjang menerajui KHTP dari 2008 hingga sekarang? nak kata tarik pelaburan First Solar, kat dalam artikel ni dah tulih dah tu pencapaian pengurusan terdahulu. Projek terbengkalai & tutup ada la seperti NDEC, ELC International School nak bungkus, Intel R&D pindah balik US, bekalan air tiada selama 3 hari, bekalan air tercemar dan ketandusan pelabur besar sepanjang 3 tahun perintah KHTP, tu boleh tulis dalam pencapaian Tuan Haji Sobri sebagai Presiden KTPC dan YB Datuk Hj Amiruddin sebagai Pengerusi. Sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan oleh PAS di KHTP

    ReplyDelete
  4. Aku 300 peratus bukan sokong PAS pun.Tapi diwaktu yg sama naik meluat dengan UMNO kerana pemimpinnya yg ego dan bodoh sombong.Oleh itu hangpa perbetoilah UMNO dulu bagi kemas dan elok bukan KEMAS dan JASA.

    ReplyDelete
  5. BRO harap SUNGGUH KA buat lapuran dan dedahkan kelemahan2 bhg2 UMNO dan Pemimpin yg dibenci RAKYAT,,,,kita kena BERSIHKAN UMNO,,,,Rakyat memang dah TAU PAS memang tak bolih pakai dan dijadikan anjing olih DAP,,,,,,,untuk kembalikan keyakinan rakyat pada UMNO PEMIMPIN2 yg ada DIKEDAH SEKARANG MESTI DISINGKIRKAN,,,,,,,satu cara saja DEDAHKAN SEGALA SKANDAL dan PENYELEWENGAN YG MEREKA LAKUKAN,,,itu saja CARA NAK HALAU MEREKA DARI UMNO,,,,semua muka tebal dan tak MALU,,,,,contoh ALI YAHYA SG PETANI,,,orang dah bencipon tak nak undur,,,,,INILAH KELAKU DAN PERANGAI GEROMBOLAN DET KHALID ,BALACI PAKLAH dan TALIBARUT KJ,,,GILA KUASA dan PENYAMUN dlm NEGERI,,,,,,,,,,,,,,,,,SINGKIRKAN GEROMBOLAN DET KHALID,,,,,ali,azeeez,tajul,JOHARI,,,dll,,,,,,

    ReplyDelete
  6. RAMAI ORANG DOK TANYA:

    1.apa Dato Bashah buat nak bagi umno cergas dikedah.Nampak lagi terok.
    2.Apa Pemuda UMNO di Kedah buat setakat ini nak bagi kmumpulan pemuda agresif.
    3.Apa yg Wanita UMNO di Kedah buat agar golongan kaum ibu naik semanagt.

    4.Apa yang puetri UMNO Kedah buat untuk gerakkan anak muda gadis kembali bersama UMNO.

    Kenapa UMNO di Kedah jadi amat sunyi.Gelombang Merah hanya retorik sahaja.


    Ini cerita bukan dua darjat lagi.Nampak macam sudah hilang darjat.
    Cerita Dato Najib nak pijak bumi Kedah pun sejuk sahaja.Belum gah pun.UMNO Kedah slow dalam publisiti merata Kedah.Atau pun khasnya untuk kroni sahaja.

    ReplyDelete
  7. SP = ALI Yahaya punca UMNO Losak
    PS = Zuber kongkang punca UMNO Losak

    ReplyDelete
  8. Yang pastinya rakyat Kedah sudah menilai dan merasa serik hidup dibawah pimnpinan Pas. Pimpinan Pas memang ada potensi untuk bungkus dalam PRU13, khususnya di Kedah. Namun begitu UMNO/BN semua peringkat perlu bijak menggunakan peluang dan ruang yang ada.. Kelemahan/kesalahan Pas/Pkr/Dap macam2 ada... Dalam masa yg sama kelemahan UMNO/BN perlu dibaiki segera. Org UMNO perlu : (1) Jgn rosakan emej UMNO (2) Jentera perlu gerak mulai sekarang (3) Kerja dgn jujur dan ikhlas (5) Ada "habuan" perlu dpt sama2...(6) Pemimpin yg didapati merosakan parti perlu dikenalpasti mula sekarang...

    ReplyDelete
  9. Nak tawan Kedah dari PAS.

    1.UMNO Kedah kena mantap bukan mandom
    2.UMNO Bahagian kena kuat dan stabil bukan huru hara macam dua tiga bahagian.
    3.UMNO cawangan pun kena kukuh.Ada ketua cawangan yg dibenci orang ramai dan ahli sendiri kena beri cuti rehat panjang.
    4.Jentera kerajaan pusat separa UMNO e.g Kemas,Jasa wajib disusun semula dari segi tenaga kerja dan pegawai agar beri tumpuan pada kekuatan BN bukan untuk kekauatan sendiri.
    5.Pemimpin yg naik tak popular diperingkat bahagian perlu juga di rehatkan segera kerana memberi kesan buruk pada PRU 13 nanti.
    6 Setiap peruntukan hendaklah telus dan adil pada semua yg hak.Bukan ikut emosi ketua bahagian sahaja.
    7.Rapatkan semua lapisan UMNO yg baru,bekas pemimpin sama ada negeri ,bahagian,cawangan.
    8.UMNO Kedah kena buat satu majlsi ramah mesra dan dailog terbuka kearah memantapkan UMNO Kedah.
    9.Banyak kan majls peneranagan dengan semua rakyat,Teruatam kubu PAS dan PKR.jangan asyik buat majlsi di cawangan UMNO sahaja.


    Insya Allah akan berjaya.

    ReplyDelete
  10. Datuk Bashah baru menerajui pimpinanumno kedah maka itu kita kenalah beri peluang kpd dia utk berubah dan mengubah cuma saya rasa su perhubungan kenalah lebih aktif dan agresif jgn asyik menguap aje..dah jadi mcm pak lah lah plak asyik nbak tidor jer..Datuk bashah kenalah lebih berani membuat sebarang keputusan jgn asyik nak ke kuala lumpur aje,bila presiden dah lantik buatlah yg terbaik dan dgn berani..jgn x berani..ada berani ka

    ReplyDelete
  11. Betoi tu Dato Bashhah baru lagi.Dia kena tunggu 6 tahun baru lama.Pilihanraya ada lagi 4 bulan.
    Dato Bashah penakut buat keputusan tak ada pendirian.

    ReplyDelete
  12. awat yg hang marah sangat pada bashah tu,biaq p kat dia duk syok sendirilah,depa ingat depa bolih menangkah pada pru ini,depa pun dah mcm umno kelantan duk cas keting..datuk najib oh datuk najib awat yg duk pilih pengerusi x tentu hala,asyik kawan je lantik..kawan je lantik..tgok apa jadi pada kuala kedah,baru jadi pegawai khas datuk najib je tapi dah mcm menteri gayanya..umno ni kena pejatuh cepat baru depa semua puas hati..kalau d suluh masih ramai lg pejuang asli umno tp x d beri peluang,asyik duk tgok kroni depa..p mampuih la

    ReplyDelete
  13. salam.tk kasih pada yg memberi komen dan semua komen amat membina jika d lihat dari sudut yg positif.saya amat tertarik kerana ini shj cara para ahli ingin memberikan segala pandangan mau pun idea serta luahan perasaan,semuga lebih ramai tampil dan memberikan sesuatu yg membina,saya amat berharap agar pimpinan tertinggi negara memandang dgn mata hati mereka kenapa mengapa umno menjadi begitu lemah walaupun umno menerajui negara masa kini,yang pasti dan jelas lebih 80% pengundi cina telah membuat keputusan utk tidak bersama BN lagi dan dalam negara demokrasi ini hak mereka dan kita x bolih marah tetapi mengapa mereka berubah dan saya ingin bertanya kepada pimpinan negara yg d terajui DS Najib dan TS mahyuddin kemana perginya pejuang pejuang nasionalis kita dan kemana hilangnya panglima2 umno yg telah d gilap dari zaman pemuda lagi,kalau nak d amik dr zaman jaafar albar udah pasti mereka dah tua tetapi pejuang yg sama sama dgn DS najib ketika pemuda..kemana mereka..contohnya d perlis sama ada kita suka atau benci tetapi jelas DS Shahidan Kassim dapat menerajui UMNO BN dan kerajaan negeri dgn baik dan kita ingin juga ada pemimpin Robin Hood,apa jadi d kedah selepas TUN M tidak menjadi perdana menteri kedah hancur dan pimpinan yg ada segagan mereka maka sifat hurmat tidak ada..contohnya kenapa tidak d beri peluang kpd org tua seperti osman abdul atau affifuddin omar menerajuinya dan mereka akan membentuk org muda begitu juga dgn pulau pinang hanya DS sharif Omar yg dapat dan ada umphh menerajuinya serta membentuk pemimpin muda even cina di penang x berani buat x menetu pada org melayu penang tetapi bila serah pada helmi dan kemudian rashid mampuih kita dan turun ke PERak..kena ada org tua utk menerajui egeri ini dan saya x nampak selain Zahid Hamidi tp mungkin datuk zahid rasa turun pangkat but im talking about strenten UMNO dan kemudian Wilayah Persekutuan kemana hilangnya Robin Hood wilayah yg d matikan olih Abdullah Badawi iaitu Suleiman MOhamed suka atau tidak inilah pemimpin yg bolih memenagkan semula TITIWANGSA dan mengembalikam maruah UMNO dan BN wilayah ke mercunya dan cina titwangsa pasti akan mengundi beliau if true than DS Najib want a winable candidate dan apa jadi Selangor setelah kehilangan TS Mat Tyson..hancur sgor..noh omar org x berkenan lgsung..tlg DS najib perhatikan ini,panggil Tyson semula..kita nak menang bila pakatan rakyat dapat sgor ibaratnya mereka dah dapat msialah tu..yg lain saya pun penat nak cakap fikirkanlah ibarat kata nabil LU FIKIRLAH SENDIRI

    ReplyDelete
  14. Ahmad Maslan bukan ketua penerangan UMNO Malysia.
    Dia lebih sesuai dipanggil Ketua Penarangan Felda sahaja.
    Budak mentah ini cakap je lebih.Kerja makin kurang.

    ReplyDelete
  15. parti-parti politik cuma alat untuk kuasa... bila sampai pru 13 nanti kita sebagai rakyat yang menentukan halatuju sesiapa yang bertanding cuma spr memang tak boleh harap.... jom bersih pastikan 8 tuntutan dilaksanakan baru kita sebagai rakyat boleh tentukan halatuju negara kita...

    ReplyDelete
  16. kalau x berseh bolihkah pakatan rajyat dapat 5 negeri dan hampir tumbang beberapa negeri lagi,saya penyokong pakatan rakyat tapi jika semua yg x betul saya pun jadi meluat.

    ReplyDelete
  17. parti politik bukan untuk dapatkan kuasa sahaja.Sebaliknya jawatan politik gunakan untuk mendapat kekayaan dan imbuhan

    jadi PM gaji besar
    jadi menteri gaji tebai
    jadi MB/KM gaji lebat
    jadi Ahli Parlimen gaji lumayan
    jadi ADUN gaji banyak
    jadi senator gaji banyak
    jadi oengerusi JKKKK boleh tahan
    jadi penegerusi MKKK bergaya juga
    duduk dlm GLC mewah
    pendek kata macam-macam lagi lah.


    Yang papa kedana ialah pekerja parti bawahan:

    dapat gula
    dapat kain batik
    dapat t shirt
    dapat rokok free
    dapat buah khurma
    dapat RM 50.00
    naik free
    makan free
    tidok hotel free


    macam-macam lagi yang sesuai dgn buruh parti.

    renungkanlah semua sempena bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  18. alhamdulliah..kita masih berada dan mampu menjalani ramadan almubaraq.saya ingin menyambut sedikit komen d atas yg mengatakan bahawa bila berjawatan dalam politik menunjukkan kita akan dapat pendapatan besar seperti PM,TPM,Menteri dan lain lain...saya rasa ada yg kurang mengerti.kita perlukan pimpinan utk memimpin negara samada dari umno atau pas itu kita x kisah dan mereka mesti mendapat segala kemudahan bg pengurusan harian.Kalau nak d ikutkan gaji mereka x lah besar sebab ada jurutera kita akauntan kita atau profesional kita mendapat gaji lebih besar dari pemimpin kita dan kalau nak d ikutkan masa mereka dgn keluarga amat terhad demi pengorbanan untuk negara jadi saya berharap sama samalah kita doakan mereka.inshaallah.

    ReplyDelete
  19. ooooooooi hangpa kata gaji kecik.sebab tu hangpa dapat kain pelikat,gula,beras RM 50 pun dah syok.kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete
  20. UMNO Kedah lingkop..sekarang ni 'konspirasi' Bashah , Rozai , Man Aziz dan Tok Li...dah depa buat kat Sg. Petani dan Pdg. Serai...hari Mukhriz semakin lemas di Sg. Petani kerana menerajui Jawatankuasa Pengurusan...awat yg depa lantik Mat Khir Shafie (kaki mabuk SP Kelab) sbg. Ketua Penerangan ada ikut perlembagaan ke...mereka buat kerja tak ikut undang-undang , cuba check dgn ROS apakah kerja yg BPUNK buat ada ikut undang-undang ke ? Bodo spt 'Maha Daje' hari semua ketua bahagian menyampah kat Dato Bashah sebab bodo dalam membuat keputusan...awat hampa ingat Ali Yahya tu bodo ke..? Dia lebih 'mulia' dari Mat Khir Shafie tu yg dulu orang dah gelar '6 jahanam' hari dok megah kononya dia 'Najib Sayang' poooorah...balas betina rata...sama jugak dgn Khairul Sg. Pasir hari dilanti AJK , awat dia elok sangat ke...tanya orang Sg. Pasir...dulu dia seleweng duit 'MASJID' berapa banyak...dan banyak mana dia kecoh duit 'Arwah Ibrahim Mustafa'.......fikirlah sikit Bashah ooooi !!!!

    ReplyDelete
  21. he he umno2...apara semakin hari semakin haprak...pemimpin2nya sudah x relevan lagi..aku sebagai org umno cukup kecewa dengan anda yg hanya mahu jawatan dan merebut kekayaan semata-mata...5 tahun sekali baru terhegeh2 jengoi muka..rayu undi...kalau macam ni sampai ke tua la ..jgn harap la nak dapatkan kembali Kedah .Wahai Mat Bashah lu pikir la...

    ReplyDelete
  22. Kes Sungai Petani kena gantung.Ali Yahaya bukan bodo cuma kurang cerdik banyak.Tak reti nak urus Umno bahagian Sg Petani dengan elok.Maklumlah dapat jawatab dengan duit ringgit.Memang wajar digantung pun.Boleh rosak nama baik UMNO.

    Kes Padang Serai ketua bahagian dia disabitkan denga isu dia kena Liwat.Bukan Anwar Berahim Tapi Berahim Anwar.Raman Mahmud memang bodo pun.Ini pun menang dulu kerana main duit dengan Halim hassan.Kemudian bergaduh dengan sesama sendiri berebut projek.Padang Serai pun kena gantung.Zuber pula dok gila nak jadi pemangku ketua.Orang padang serai kata dia lah punca UMNO lingkup.

    Kes UMNO Kedah.apa nak buat Ketua UMNO Negeri Kedah pun pemeganag sijil LCE je.Nasib lah UMNo Kedah.

    PAS juga yang untung dgn PKR.Tak payah kerja terok.UMNO Di Kedah syok sendiri macam depa jadi kerajaan.Terlupa kata jadi pembangkang.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.