Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, October 28, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini……........?

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih  melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..

Tan Sri Amrin
Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :

1.       19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)


Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.


2.       9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.


Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


3.       Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.

4.       Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

5.       Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :


·         Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
·         El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
·         Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
·         Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta


Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :


·         Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
·         Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
·         Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
·         Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
·         Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
·         Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
·         Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)


6.       Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :


·         RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
·         RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
·         RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)


7.       96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.


·         Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
·         Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
·         Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
·         Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)


8.       Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm

9.       Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

10.    Mara telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :


·         Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
·         Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
·         Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
·         Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
·         Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60


Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini.......? Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab.......? Penalti.......? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya.......?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan. Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

Print Friendly and PDF

Tuesday, October 18, 2011

UMNO Kedah Tidur Dalam Senyuman 4…….

Aduihhhh……. Aku terima email banyak sekali. “PRO” and “CON” serba mak nenek. Untuk pengetahuan yang menghantar email, aku dah masak dah dengan kata-kata pedas hangpa tu. Bagi aku dah menjadi lumrah hidup selagi bernama manusia tidak akan puas hati. Aku ucap terimakasih.

Aku mohon maaf kalau penulisan aku ni segelitir dari yang hantar email kata aku ni biadap, musuh dalam selimut, agen PR dan bermacam-macam lagi kutukan. Terus terang aku katakan sememangnya datang dari penyokong totok UMNO sendiri. Sebenarnya aku malas nak tulis bab-bab pembangkang, sebab utamanya terlalu ramai blogers menyuarakan perkara ini. Kalau blogers berusaha sedangkan UMNO lena tak salah kalau aku menegur. Seolah-olah UMNO “menangguk di air keroh”. Aku sentuh bab Kedah saja, kalau negeri lain tak buat kira ok la……. Yang lain tu jangan terasa pulak…….

Cuma kepada yang minta disairkan artikal mereka, aku mohon maaf, bukannya aku tak sudi, memandangkan bab saman menyaman la repot polis la, aku lebih suka bersikap berhati-hati. Aku lebih suka menulis berlandaskan bahan bukti. Bab saman aku tak takut, bab nak menyediakan bahan bukti tu yang menyulitkan dan susah nak dapatkan kerjasama……. Aku akan cuba selitkan juga isi-isi mana yang patut…….

Mak aiii……. mahal juga belacan dekat Tanjung Dawai ni. Mau tak mau kena beli jugak la sebab isteri dah pesan. Aku tengok dak ada apa beza sangat sejak zaman BN sampai zaman PR perintah. Cuma harga bertambah mahal. Dan satu lagi perkara yang tak berubah adalah pergolakkan UMNO Merbok. Belah Merbok ni tak habis-habis dengan masalah. Pasal bersempadan dengan SPetani kot……. jangkit adik beradik bak kata pepatah “cubit paha kiri, paha kanan turut terasa”.

Teringat satu petikan dari blog Kedah Times “Sapa Sebenar pemecah belah UMNO Merbok?”…….

“Kedah Times berharap agar ada sedikit sentuhan juga di hati pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk bersatu, membuang perkara remeh-temeh dan kepentingan diri sendiri. Ini juga menjadi harapan semua penyokong UMNO Kedah.

Gelora dan Gelombang merah untuk merampas kembali Kedah dari PR sedang membuak-buak. Jangan ada pemimpin UMNO yang menganggap ini sebagai hangat-hangat tahi ayam atau cuba menonjolkan diri dengan merosakkan semangat perpaduan yang bakal di bentuk…...sambungan (klik sini).

Rata-rata aku tanya, banyak cawangan UMNO Merbuk tidak sukakan Tok Tajul, tetapi mereka secara terpaksa akur kerana menghormati beliau sebagai KB. Akar umbi ingin melihat UMNO dapat  dimartabatkan. Tetapi seandainya Tok Tajul sebagai calon PRU13, Tok Tajul akan “berputih mata”. Mereka akar umbi tidak nampak apa kemajuan yang akan Tok Tajul bawa. Sekadar cakap kosong dan lebih banyak buang masa di KL.

Sepanjang aku di Merbok, kebanyakkan mereka ceritakan cerita lama pasal Tok Tajul. Mereka risaukan kalau Tok Tajul tak terpilih sejarah lama akan berulang kembali. Seandainya Tok Bashah tersalah pilih calon PRU13 Merbok, jangan mimpi nak jadi MB. Merbok ni amat terkenal dengan sabo menyabo ni…….

Tanya geng Tok Tajul kata geng Tok Mi……., tanya geng Tok Mi kata geng Tok Tajul. Kesudahannya masing-masing tersenyum sipu kerana mereka ditipu…….

Cuma mereka terkilan kenapa Tok Zubir dipecat dari jawatannya……. Adakah kerana kekerapan Tok Zubir turun padang berjumpa ketua-ketua cawangan dan JKKP dilihat satu ancaman kepada KB. Populariti Tok Zubir ternyata mengatasi populariti KB kerana Datuk Zubir dikira seorang hartawan yang dermawan tidak lokek untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan yang dipohon oleh ketua-ketua cawangan.

Tindakan KB yang tidak berapa cerdik ini adalah salah satu usaha cantas mencantas seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Tok Zubir adalah mangsa kedua selepas Tuan Syed Osman dicantas sebagai AJK Bahagian kerana terlalu menonjol atas platform Perkasa. Menurut sumber beberapa lagi individu-individu di dalam barisan UMNO Bahagian akan menerima padah yang sama di dalam usaha memertabatkan KB sebagai hanya tokoh tunggal yang layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.

Bukannya aku nak hilite pasal Tok Zubir. Ini apa yang aku dengar dari mulut akar umbi. Tetapi, Tok Zubir pun apa kurangnya, cuba baik sikit dari Tok Tajul……. hanya setia beliau pada UMNO tak pernah lekang dari mulut beliau. Beliau ingin melihat UMNO Kedah terus unggul. Cuma UMB saja hancur.

Entahlah aku tak tahu apa yang nak dikatakan bab UMNO Kedah ni. Sepatutnya semua KB turun padang membantu To Bashah. Tetapi apa yang berlaku hanya sekadar turun padang melobi Tok Bashah. Kalau inilah cara UMNO Bahagian….., kepada Majlis Tertinggi……. biarkan saja UMNO Kedah dengan labunya……

Kepada Datuk Sri Utama Tengku Adnan..... aku mohon maaf kerana terpaksa menulis bab UMNO Kedah ni, memandangkan "pahit tepaksa ku telan juga". Masih aku ingat pesanan DSU dalam perjumpaan tempoh hari, dan tiada  niat aku untuk memberi penulisan sebegini, tetapi aku tak nampak kemajuan UMNO Kedah, terutamannya Kedah Selatan (Merbok, SPetani, Padang Serai, Kulim Bandar Baharu dan Baling) yang dibuat oleh BPUNK.

“Oiiiii……..bot sampai dah…….kata nak pi Pantai Merdeka……. sat gi penuh challet tu”.  Kacau betul sahabat aku ni……. Chau cin chau…….

Print Friendly and PDF

Monday, October 17, 2011

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA SPR.


1.      Sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang,  Mesyuarat Bulanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ke-719  yang diadakan pada hari ini 27 September 2011 telah memutuskan supaya pembersihan Daftar Pemilih dibuat secara berterusan. Pembersihan ini melibatkan semakan kepada 12.3 juta rekod pemilih. Dalam proses pembersihan ini, SPR telah membuat semakan rekod pemilih dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

2.      Hasil daripada semakan itu, SPR mendapati  ada rekod-rekod pemilih yang perlu dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana pelbagai sebab seperti pemilih telah meninggal dunia, pemilih telah
dilucutkan kewarganegaraan, bersara daripada perkhidmatan polis atau  tentera, pertukaran status pasangan pesara tentera atau polis daripada Pengundi Tidak Hadir (PTH) kepada pengundi awam,
perubahan status pengundi awam kepada PTH kerana memasuki perkhidmatan tentera atau polis, perubahan status pengundi pos di kalangan  yang telah  kembali  ke Malaysia dari luar negara dan 2
perubahan status pemilih awam kepada pemilih pos kerana pergi ke luar negara.

3.      Berhubung dengan pemilih yang meninggal dunia, daripada bulan Julai hingga 15 September 2011, sebanyak 69,293 rekod pemilih telah dipotong. Pemotongan ini dibuat setelah SPR mendapat pengesahan daripada JPN yang menyatakan pemilih itu telah meninggal dunia.  Pada tempoh itu juga, SPR telah memotong sebanyak 1,068 rekod pemilih  kerana pemilih berkenaan telah disahkan dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN.

4.      Di samping membuat pemotongan kepada rekod pemilih, SPR juga sedang membuat siasatan lebih lanjut dan amat teliti  kepada  50,000 rekod pemilih supaya tidak berlaku kesilapan memotong rekod tersebut. Siasatan ini memerlukan SPR merujuk dan mendapat pengesahan kerjasama daripada beberapa agensi seperti JPN, JRP dan PDRM mengenai status   kewarganegaraan, nombor kad pengenalan dan status  perkhidmatan pemilih berkenaan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

5.    SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada 6 September 2011 yang lalu, SPR telah menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih  (Borang A) melalui Laman Sesawang SPR di 
www.spr.gov.my . Kemudahan itu disediakan oleh SPR kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai yang mempunyai kemudahan internet. Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima oleh SPR mendapati berlaku kekeliruan di kalangan orang 3ramai mengenai kemudahan memuat turun Borang A itu.  SPR  ingin menjelaskan bahawa, kemudahan  memuat turun Borang A melalui laman sesawang itu   bukan bermaksud  pendaftaran pemilih boleh dibuat secara atas talian atau  online sepertimana yang pernah dilaporkan oleh pihak media.

6.  Sebaliknya orang ramai, iaitu warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang layak mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun Borang A tetapi pemohon perlu menghantar sendiri borang tersebut ke  kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR bertujuan untuk memastikan bahawa pembawa borang adalah pemohon yang sebenar. Ia juga selaras dengan tuntutan PeraturanPeraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002  yang mengkehendaki pemohon hadir sendiri ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR. Ini bermakna, Borang A yang telah siap diisi tidak boleh dihantar melalui pos, faks ataupun emel.Tatacara pengisian dan penghantaran Borang A  ada dinyatakan dalam Laman Sesawang SPR.

Sekian, terima kasih.

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
27 September  2011
Print Friendly and PDF

Friday, October 14, 2011

UMNO Perlu Ikut Perubahan Zaman.

Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, pelbagai ulasan dan kupasan daripada macam-macam orang mengenainya. Ada cerdik pandai, ada profesional dan ada juga daripada pemimpin pembangkang. Tapi apapun ia kembali kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi.

Panjang lebar DS Najib berucap. Berkajang-kajang teks ucapan TS Muhyiddin bercakap. Semuanya berkisarkan tentang perubahan insaniah yang perlu dibawa oleh ahli-ahli UMNO untuk memertabatkan semula UMNO. Kasi UMNO jadi releven balik. Ikut rentak dan perubahan zaman.

Sudah sampai masanya rakyat terutama golongan muda nak tengok setakat mana janji-janji politik UMNO. Orang dah meluat dengan cakap-cakap kosong. Orang bukan sukapun dengan parti-parti pembangkang ni, cakap je lebih tapi bila tang implementation hampas jugak. Tengok la di Selangor, sebelum menang pilihan raya kata nak tutup kilang arak tapi takat mana ja sekarang ni. Tau payah la nih…….! Ada pak toghut macam Aji Ronnie tu memang la susah.

Masyarakat dah matang. Orang akan tengok kepada komitmen. Kalau betul boleh buat. Orang akan pilih. Di Pulau Pinang, aku dengar angin-angin kata kerajaan negeri tukar status tanah wakaf di pulau kepada tanah komersial. Tapi dia tak ‘kejam’. Guan Eng bagi balik tanah wakaf dengan menrezab balik tanah di Seberang Perai sebagai ganti. Tapi boleh ka macam tu…….? Habis, tanah wakaf di pulau hak siapa, bila dah jadi tanah komersial…….?

Ahli-ahli UMNO jangan sombong sekarang. Tunjuk yang kamu adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Saya tahu ramai yang macam tu di bawah sana cuma segelintir sahaja yang berperangai yang ntah hape-hape. Tolonglah satukan hati. Bulatkan tekad. Asas perjuangan UMNO sangat murni. Alif Mim Nun. Tapi kalau…

alif tendang mim, nun tendang wau, 
jawabnya sarkis

Back to basic lah jawabnya. Kadang-kadang kita terlupa dan tersilap simpang. Hari ini, peluang sudah ada untuk berpatah balik untuk ikut simpang yang betul. Gunalah peluang ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya,
dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu 
‘bun-ya-nun-marsus’ 
yakni 
bangunan yang tersusun kukuh.” 
- surah as-Saff ayat 4.

Print Friendly and PDF

Thursday, October 13, 2011

UMNO Kedah Tidur Dalam Senyuman 3…….

Aiiiiiii……. tempias apa pulak ni……? Aku sendiri tidak faham. Setahu aku nama yang dicanang bakal calon PRU13 adalah Tok Latt. Takkan kot dituju pada beliau. Setahu aku, cerita-cerita di pejabat beliau di Parlimen ok saja. Rajin turun padang dan selalu tersenyum. “Orang kuat DS Najib” katanya……. Mungkin juga ya, memang orang kuat DS Najib tapi sebenarnya orang kuat kena hamput dengan Tok Najib ada laaaaaaa……. Laporan Bahagian semuanya A+++++. Aku hairan, apa yang DS Najib marah sangat pada Tok Lat ni…….

Masalahnya di Bahagian KKedah ni bukannya pasal apa terlalu ramai kaki mengampu dan langau-langau yang yang lebih banyak bercakap dari buat kerja. Ketul turun perancangan tu selaju F1, tapi perlaksanaan nya macam “cacing”. Bagi aku, walaupun To Latt mempunyai semua kreteria sebagai seorang pemimpin tapi tak ramai orang yang kenal beliau sebab beliau lebih suka turun padang dengan program “Syok Sendiri” bersama-sama langau-langau. Kalau dalam blog Tok Latt, program yang disatu semuanya “gah” belaka.

Ramai yang membuat kesimpulan bahawa Tok Latt harus sedar bahawa beliau menang sebagai Ketua Bahagian bukan kerana jasa atau populariti beliau di Bahagian KKedah tetapi adalah kerana jawatan yang disandang beliau sekarang ini iaitu Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada DS Najib. Mereka mengharapkan Tok Latt yang hampir dengan bakal Perdana Menteri dapat membawa suatu perubahan di KKedah. Politik Tok Latt masih belum teruji lagi, karisma hanya tayangan “TOK 9” dan “JAWATAN”.

Fikirlah masak-masak untuk memilih pemimpin bukanlah mudah seperti apa yang diwar-warkan, janganlah mudah terperangkap mainan blog, “baling batu sembunyi tangan”. Jangan melihat dan menerima andaian bahawa jawatan dan kedudukan seseorang itu menjustifykan kemuliaan dan kewibawaan dirinya. Banyak berlaku dalam politik umno sebelum ini, Tak usahlah kita menggunakan nama pemimpin atas dan jawatan yang kita pun belum tahu nature of the worknya itu, terus kita menyanjung tanpa usul periksa. Jadikan diri kita khususnya orang KKedah politiknya lebih relevan; jangan gah menjadi rebah.

Tengah dok sembang…….

“Sapa Tok Latt ni…….? Jadi ahli UMNO lama mana dah…….? Tut-tut timboi masa PRU ke 12 ni saja... Tok Latt sendiri kerat habisan dalam PRU12. Tok Latt memang baguih, tak dak yang lebih baguih lahu dia tu……. Tapi masa awai la…… Kalau hangpa nak tau pi tanya Mat Tadon”.

Dalam perbualan panjang lebar dengan sahabat-sahabat aku, apa yang dapat aku kata bahawa “Geng Pemuda” amat marah dengan Tok Latt. Tok Latt sudah melakukan satu-satunya kesalahan yang berat kepada perjuangan politik UMNO di KKedah. Golongan pemuda adalah pelapis yang penting dan diperlukan oleh UMNO untuk terus bernyawa. Mereka baru sahaja berkecimpung dalam gelanggang politik dan masih dalam kesangsian tentang kemurnian matlamat politik UMNO. Baru sahaja nak aktif dan menabur jasa dah kena bohong dan dipermainkan oleh seorang opportunis yang ingin melompat setinggi-tingginya kedudukan dalam masa yang tersingkat.

Jasa Tok Latt yang paling besar setakat ini ialah menyedarkan Tok Hashim. Rakyat sudah muak dengan pemimpin begini dan boleh menilai kredibiliti seseorang. Orang sombong dan suka menabur fitnah selalu rugi, di dunia dan akhirat. Kita harus bersyukur kerana dengan sifat ramah semulajadi dan perubahan positif yang dilakukan Tok Latt kepada UMNO KKedah setakat ini.

“Hang sekali sekala dok mai, mana hang rasa lagu mana kami rasa”, aku pulak kena lecture. “Jom aku bawak hang pi jengok cawanga-cawangan dengaq apa depa kata”. “Lepaih tu aku bawak hang jumpa pulak beberapa orang bahagian. Hang nilai sendiri, lepaih tu hang tulih dalam blog kot-kot Tok Latt baca, mana la tau masa dok ada lagi untuk dia berubah……. Satu lagi suruh spy-spy dia buat kerja elok sikit”.

Aku ikut saja. Sekurang-kurangnya maklumat yang akan aku perolehi kelak mampu disampaikan pada Tok Latt agar menjernihkan lagi UMNO Kkedah. Juga diberitakan bahawa Tok Bashah pun dok nampak Tok Latt tak perform untuk UMNO Kedah. Terlalu sibuk di KL.

Ooo……..ooooooo…….  kurang manis untuk aku kongsi bersama pembaca setia SungguhKa. Yang pastinya Tok Latt perlu “wajib” panggil semua 4 sayap bahagian “brainstroming” segala permasalahan yang terpendam dan menjelajah kesemua cawangan yang ada agar tidak menjadi seperti SPetani dan PSerai. Cawangan sudah longlai dik kerenah bahagian…….

Tengah dok syok dengar cerita, teringat isteri aku pesan belikan belacan bila balik nanti…… so, aku pi dulu…….

Print Friendly and PDF

Menghancurkan UMNO.

Artikal ini aku petik dari blog CheDet (klik sini) untuk dikongsi dan renungan bersama:

      1.         Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2.         Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3.         Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4.   Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5.       Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6.      Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7.   Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8.       Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9.     Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10.     Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11.     Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12.     Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13.     Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14.     Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15.   Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16.     Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17.     Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18.    Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19.     Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20.     Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21.  Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22.     Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23.  Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24.  Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.
Print Friendly and PDF

Wednesday, October 12, 2011

UMNO Kedah Tidur Dalam Senyuman 2…….

Aku petik komen dari Anak Cucu Pak Ya Kapak Pendang dari artikal aku UMNO Kedah Tidur Dalam Tangisan 1:

“Umno Kedah bukan lemah tetapi Pemimpin asyik main kotor, cantas mencantas, asyik cari makan, bukan berjuang untuk negara tapi berjuang untuk perut. Ibaratkan mcm keretapi. Kalau kepala nya rosak, maka rosak lah gerabak nya. Kalau Kepala nya jalan tak betul, maka gerabak nya pun tergelincir. Ahli Umno tak boleh disalahkan.

“Umno Kedah tk payah nak bekerja kuat untuk jatuhkan PAS Kedah, hanya di ingatkan kepada Pemimpin UMNO, tlg berjuang dengan amanah dan jujur untuk rakyat kedah, tk kira bangsa, agama dan pahaman politik, ambil berat masalah rakyat, kerap turun padang, bantu rakyat yang memerlukan, pantau setiap cawangan seluruh negeri kedah. Buat kerja dengan amanah dan rajin berusaha. Bercakap hendak lah betol jangan bohong, janji hendak lah di tepati, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa demi untuk kesenangan anak cucu kita di masa akan datang.

“Pas dapat tawan negeri kedah pada PRU-12, sebab apa..?. Yang pertama. Ramai orang yang mengundi calun PAS. Adakah mereka semua ahli PAS, Bukan. mereka adalah ahli UMNO yang tk puashati dengan Pemimpin UMNO di peringkat Cawangan, Peringkat Bahagian dan Peringkat Negeri. Sebab apa jadi macam tu plak. Sebab Semua ketua ketua kerja tak serupa bikin. Kerja tk betoi, cakap lain buat kerja pun lain pulak. Ahli UMNO kt cawangan bekerja bermati matian tetapi Ketua UMNO yang dapat nama dan dapat kenyang. Sebab tu lah semua ahli UMNO tk puashati dengan pemimpin, mereka semua lari bagi undi kpd calun PAS.”.

Aku amat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh ACPYKP tu dan inilah hakikat sebenarnya kelemahan yang ada pada UMNO Kedah. Hampir semua peringkat JK Bahagian dan Cawangan masing-masing bergerak dengan agenda dan matlamat tersendiri. Ahli biasa tu maspus pi aja……. Mai time pilihanraya huluq sikit mesti buat kerja punya. Biasanya ahli memang setia pada UMNO dan sayangkan UMNO tetapi kerana yang berjawatan tu lebih pentingkan pulangan sesuatu, membuat ahli mula memberontak.

Seperti komen yang ditulis di dalam blog GMC bertajuk “RAKYAT KEDAH MARAH MAT BASHAH …kah..kah..kahhh.” berbunyi

“Kerana Mat Basah yg terus lembab dan mandom ni la yang rakyat cuba nak bagi tau apa yg dia tak tau.Yg Mat Basah tau UMNO blh ambik balik Kedah.Pooodah ! jgn dok mimpi kalau Mat basah ni terus buat kerja Lone Ranger.Kalau ia pun penyokong UMNO terus bersatu macam Dato'Najib harap tapi apakah rakyat yg terdiri dari pengundi atas pagar dan pengundi biasa dapat terima Mat lembab ni?Rakyat kedah yg rata2 bkn memihak pada mana2 parti kenai ke sapa Mat lembab ni.Hr ni rakyat kedah lebih kenai Ust Azizan Razak dr Mat lembab pemimpin UMNO kedah.Si Mat Lembab ni tau……sambungan (klik sini).

Ketika aku menjelajah sekitar Kedah, sempat aku singgah di Jerlun. UMNO Jerlun aku tengok hebat sekali. Sokongan pada Tok Mukhriz amat membanggakan maklum la anak kepada bekas mantan PM. Walaupun tak banyak sangat pembangunan di sana tetapi aku lihat rakyatnya hidup agak selesa. Perbualan aku dengan beberapa penduduk di sana, aku dapati mereka memberi sokongan yang penuh kepada Tok Mukhriz. Suara ini bukannya datang dari orang UMNO malah orang PAS dan PKR. Kerjasama antara UMNO dan PAS menambat hati rakyatnya ada persefahaman (Cuma tolak yang totok hangit tu aku no komen – dok pelaga lagu tu laaaaaaa…….).

Tapi sayang seribu kali sayang……. kehebatan Tok Mukhriz diperingkat Nasional tak ada SAY di Kedah. Berjawatan Timbalan Pengerusi BPUNK sekadar menjadi YES MAN kepada Tok Bashah. Begitu juga dengan Tok Man Setiausaha BPUNK. Program-program yang disusun entah apa jadinya…….? Aku dikhabarkan banyak program cuba disusun tetapi kebanyakkannya ada kebuntuannya. Kerap kali alasan yang keluar RM TAK CUKUP. Nak kata UMNO Pusat tak bantu……. Mustahil. Sepatutnya Tok Bashah kena cari jalan lain la untuk mendapatkan dana. Berdikari la sikit dan jangan jadi peminta sedekah……. Masa perintah Kedah dulu tak beringat. Asyik nak karau aja. La ni ambik la habuan.

Berbalik semula cerita Tok Mukhriz……. Semangat bapa membuatkan beliau untuk terus berjuang. Diletakkan bertanding di Jerlun dengan harapan beliau kalah dalam PRU12. Kerana cita-cita pihak tertentu untuk mematikan kerier politik beliau. Dengan kerjasama YB PAS dan beberapa orang lagi, berkempen untuk memberi kemenangan kepada Tok Mukhriz. Ada juga suara halus dok berbunyi……. “Tok Mukhriz tok sah dok rasa lega di Jerlun, masih dok ada lagi cubaan nak rosakkan politik dia”. PRU13 belum tentu Tok Mukhriz akan bertanding di Jerlun. Adakah Tok Mukhris akan berdepan dengan Ustaz Zizan ataupun Amiruddin PRU13 nanti…….?

Aku tengok percaturan Tok Bashah sedang mengatur calon-calon PRU13 amat gerun sekali. Kalau betul seperti apa yang dirancangkan……. NESCAYA KEDAH KEKAL PADA PAS. Dan berkemungkinan Kedah akan ulangi sejarah UMNO BERPECAH.

Tok Bashah harus ingat pesanan DS Najib…….

“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.”.


Tegas DS Najib dalam Konvensyen BN Selangor di Shah Alam.


Program 'Syok Sendiri' merupakan salah satu punca BN tidak mendapat sokongan daripada masyarakat akar umbi. Anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan sedemikian yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12. Tindakan sesetengah Pemimpin BN Negeri yang bersikap sedemikian yang hanya akan menipu diri sendiri sendiri. sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan. Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu? Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan”.

Kepada Tok Bashah……., tolong buktikan kenyataan yang di buat sewaktu berucap pada majlis kesyukuran dan perjumpaan bersama rakyat di Kampung Tiak, Kupang.

“Peningkatan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional di Kedah semakin ketara, BN mampu kembali berkuasa di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya semua pihak dalam Umno dan BN mengutamakan misi "gelombang merah". Semua pihak dalam Umno dan BN hendaklah mengetepikan perselisihan peribadi dengan meletakkan parti mengatasi kepentingan diri.”.

Apa “GELOMBANG MERAH” tu……. Kelantan lancar Gelombang Merah, Kedah pun nak tumpang tui……. Di Kelantan ada juga nampak keberkesanannya. But Kedah sorry to say, “lebih sudu dari kuah”. Aku rasa “GELOMBANG DARAH” ada laaaaaa…….

Lama tak pekena laksa rasa teringin la pulak……. Nak singgah di Zakaria Laksa Telok Kechai sambil menzairah sahabat aku sorang lagi, mana la tahu kot-kot ada cerita baru or boleh minta dia belanja pun jadilah…..Aku tengok tak banyak perubahan di sana dan cerita-cerita UMNO pun tak rancak sangat. Cerita sahabat aku  kalau nak tau cerita bab UMNO ni kena pi Kuala Kedah…… Setelah selesai semua, dengan hati yang tak sabar aku teringin nak tahu apa cerita di Kuala Kedah dan terus bergegas kesana…….

Kehadiran aku di sana telah dihidu oleh sahabat-sahabat aku dari PAS dan PKR (depa ni open minded – sokong yang kebenaran saja sebab tu PAS ngan PKR pun tak berapa suka dengan depa ni). Riuh rendah bercerita. Cerita bab PAS dan PKR lain kali aku cuba sampaikan sebab tulisan aku kali ini hanya untuk UMNO supaya sedar dimana kelemahan mereka…….

Cerita mereka, mangkok hayun ni bukan kata kiri atau kanan YB Nasir dan YB Mat Kasim…….tempias pun tak ada……ada hati nak bertanding…….

Maghrib dah masuk……. Kita sambung lagi……

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.