Aku tidak tahu apa dah jadi dengan Prasarana la ni…… Dengar kata Prasarana dengan Rapid ni tunggang langgang jadinya. Ibarat ular makan naga.
Kesian dekat Naga tu, pi ambil ular tup…tup ular makan dia balik. Ni yang buat aku bertambah semangat nak korek cerita.
Pernah suatu ketika dulu aku buka sikit cerita bab Prasarana ni iaitu Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1) (klik sini) .
Sebelum aku melebarkan cerita aku ni selebar mungkin, ingin aku menceritakan suatu kisah sedih yang aku dengar benar-benar menangkap kalbu dan perbuatan sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya yang memberi arahan tu bernama MANUSIA…….
Prasarana miliki satu anak Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) pada ketika itu dipimpin oleh bukan Sarjan Askar ataupun Sarjan Polis tetapi Sarjankan Md Shariff sebagai Managing Director.
Perniagaan utama adalah melalui “Cable Car” dan merupakan salah satu lubuk duit bagi Prasarana. “Cable Car” ni menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya. Sarjankan dan staff beliau bertungkus-lumus memartabatkan PLSB melalui promosi serata dunia menarik pelancong tempatan ataupun luar negara berkunjung ke Langkawi. Apatah lagi apabila memenangi Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik 2010.
Pada suatu hari, ketika Sarjankan sedang menunaikan ibadah Haji, beliau telah menerima satu panggilan yang amat pedih hati mendengarnya. Bagai nak luruh jantung. Apa masalah yang beliau buat pada PLSB sehingga tindakan sebegini dibuat tanpa memanggil beliau membela diri. Mungkinkah ini dugaan Tuhan yang beliau perlu hadapi dengan tabah. Ibadah haji beliau berserabut.
Alhamdulillah dengan fadzilat dan kesabaran yang Allah berikan, beliau dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna.
Panggilan telephone apakah itu yang penting sehingga tak dapat tunggu tuan tubuh balik dari menunaikan ibadah haji……?
Rupa-rupanya Sarjankan telah menerima panggilan dari Shahril Moktar (Group Managing Director) Prasarana menyatakan bahawa perkhidmatan beliau bersama PLSB ditamatkan. Siapa yang tak luruh jantung bila dapat berita macam ni……. Tak bolehkah Shahril menanti sehingga beliau pulang dari Mekah untuk memberitahu berita buruk ini. Jenis penyamun dan tak berhati perut.
Tempat beliau akan dan kini telah digantikan oleh Ebi Azly Abdullah (Chief Operation Officer). Dahulunya PLSB dipegang oleh MD yang banyak membawa pembaharuan dan kini diterajui oleh COO. Seorang COO mengambil tugas MD……. Dikatakan pula Ebi tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, kalau rujuk pada Prasarana Leadership Team (klik sini) semuanya berkelulusan tinggi kecuali Ebi dan merupakan kawan sekolah Shahril. Hairan-hairan……. Apakah rahsia disebalik pertukaran ini……. Siapa si Ebi ni…….? Pelan-pelan kita terjah…….
Kini Hj Sarjankan diserapkan ke Prasarana sebagai GM Customer Experience Management. Kalau dalam politik, dia masuk dalam peti sejuk la……. Dari seorang GM PLSB, kini menguruskan survey pelanggan-pelanggan. Tergelak juga aku bila wujud satu division baru Customer Experience Management ni. Entah-entah pertama dalam dunia pa…….
Cerita aku ini hanya desas-desus angin meniup, tetapi hanya tuan tubuh yang mampu menjawab ataupun rakan-rakan seperjuangan, staff Prasarana, Panorama Langkawi dan sanak-saudara beliau dapat mencerita akan kebenarannya.
Mohon pada mereka yang tahu ceritanya dapat memberi komen, pendapat ataupun luahan sebenar demi kebenaran……. mengiakan apa yang aku cerita…….
Akan aku gali dan gali lagi apa yang berlaku pada Prasarana.......
Aku rasa engkau ni dapat maklumat yang tak tepat. Pertamanya, Sarjan memang nak balik KL lama dah, sebab anak bininya tinggal di Kuching. Dia sering kali berada di KL dan di Kuching, dan jarang sekali di Langkawi. Pangkat dia pun Senior Manager saja dalam Prasarana, bukan GM betul, bukan MD.
ReplyDeleteDan setahu aku, dia nak pindah balik KL itu pun memang dirancang sebelum pergi haji. Sarjan sendiri pun tau mengenainya. Dia dah berbincang dengan MD. Dia tahu yang dia nak kena balik KL. Bukan `perkhidmatan ditamatkan'. Jadi ni benda apa yang kau tulis ni? Kalau ye pun, periksa dulu. Jangan main hentam keromo je.
Memang Cable Car ni `lubuk' kepada Prasarana. Tapi Cable Car ni boleh lebih untung lagi. Banyak boleh buat sebelum ni tapi tak pernah buat. Jadi dapatlah boss baru. Eby Azly ni pulak orang branding, orang media. Sebelum ni dia Pengurus Besar Komunikasi Prasarana. Cable Car ni perlu diperbaiki lagi daripada segi imej. Jadi kena lah tu. Apa masalahnya? Bila pulak Eby dan Shahril satu sekolah? Periksa sikit maklumat tu. Kalau tak tau, jangan tulis.
Oh ya ka...... mungkin typo error. Thanks for the update tentang MD tu. Tapi aku hairan apa yang kau maksud dengan "Pangkat dia SM saja bukan GM betul"......? So apa yang aku boleh kata, GM yang dia pakai la ni olok-olok aja laaa...... Aiiiiiii.... GLC yang besar ada juga pangkat betul and olok-olok..... Jagi big-big boss di Prasarana ni ada yang olok-olok laaa.....
ReplyDeleteYa ka si Eby ni betul-betul boleh membangunkan Prasarana......? Tolong tengok track record dia apa yang dia dah sumbang untuk Prasarana. Buat website pun tunggang langgang, ada hati nak buat perubahan pada Panorama. Perubahan poket boleh la...... al maklum la spesis jenis branding....... Patut la sekarang ni bertambah branded.
Walau bagaimanapun tahniah la...... dari seorang wartawan boleh naik sampai tahap ni kira berjaya la tu......
La ni saja aku nak perangat sikit pasal Prasarana ni. Bukannya apa nak lihat ada yang nak melenting tak sepertima yang aku lepaskan suatu ketika dahulu. Haru biru juga jadinya. Rupa-rupanya ada yang ingin membaca.
Sabar sat, ada banyak lagi yang aku nak cerita pasal Prasarana ni. Mungkin sikit hari nanti kita dengar pula cerita sikatak lompat.......
yang ko dengki sangat dekat prasarana tu kenape??ko x dapat keje kat situ ker..kalau tetonggeng tebalik prasarana tu bukan ko rugi....confuse aku dengan orang yang suke jage tepi kain orang..even aku pun bukan org prasarana, tp lantak la diorang... 'tepuk dada tanya selera' la bro...
ReplyDeleteAku rasa sungguhka nie bodo lar coz sepanjang aku melawat Cable car kat langkawi ni lar satu2nya company yg provide this service a.k.a. monopoly. Kalu letak kayu and batu pon company bole untung..Kalu sungguhka jadi MD aku tak tau lar mungking rugi kot coz IMHO dia lg bodo pada batu n kayu..hehehhee hang jgn marah na..bila kita nak jumpa kat Bangkok @ gambar yg hang ambik hari tu yg ade gambar aku sekali...hehhe nakal lar hang niee..purak2 tak ngaku plak..
ReplyDeleteBtw chanel kat spa Armada kirim salam
ReplyDeleteKah...kah...kah...
ReplyDeleteEh....... betul ka gambar aku pun ada.......? La kenapa tak email kat aku boleh aku publih dalam blog ni or ko masukkan ke facebook aku or bubuh dalam twitter Fazlan or bubuh dalam web Prasarana. Baru la glamor aku ni. Or ko tak berani coz melibatkan dot...dot...dot...
Kepada "Anonymous February 17, 2011 11:55 AM",
Memang aku tak kerja dengan Prasarana tapi aku dok tak jauh dengan Prasarana, orang Kedah kata keloi pun dengaq. Depa ni pun kawan-kawan aku. Sakit telinga aku dengar cerita-cerita Prasarana ni.
Memang la aku tak rugi kalau Prasarana tetonggeng tebalik, tapi Prasarana adalah GLC. Keuntungan mereka bergantung kepada pelaburan pengguna menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Secara tidak lansung membantu kerajaan mempertingkatkan ekonomi Negara.
Apatah lagi sebuah syarikat milik penuh Bumiputra dan hampir kesemuanya stafnya adalah MELAYU. Apa kita mahu meletakan bahawa MELAYU tak tahu berniaga.......? Aku sekadar nak tegur apa yang patut ditegur. Teguran pertama aku mengenai masalah PENTADBIRAN.
Lain la macam ko, mungkin spesis suka tengok MELAYU merudum. Lebih-lebih lagi berlaku kepada anak syarikat milik penuh Kerajaan.
First, aku bukan melayu hahaaha seronok gak aku tengok bangsa korang ni blaming each other. I think wad u guys lack are balls haha. I think the blogger sungguhka shud develop a backbone n extra pair of balls. If u want to right d wrong pls lar meet the person face to face. Setakat dlm blog x cool lar.xde accountability. Hehe just my two cents opinion n i presume u work in prasarana bcoz u denied it at 1st...trick lama bro.... Haha
ReplyDeleteKah...kah...kah...
ReplyDeleteI always have extra balls for those yg tak ada balls macam ko tu. Malang sekali ada juga spesis baling batu sembunyi tangan.
Aku tak mahu komen apa-apa dalam hal ini. Kita tengok la aja apa cerita berikutnya.
Kalau naik la pangkat GM sorang ni, aku pasti baru spesis macam ko akan bising.
If you nak kata aku ni orang Prasarana ka, Rapid ka, Panorama ka or MoF is up to you. As long I can write on what I feel udah. Kedudukan aku sekarang udah berjaya dan berdikari not makan gaji.......
saya rasa komen tuan punye blog adil...aby nih from nowhere boleh jadi COO...lol..jahanam jahanam...lol..kalo takde kelulusan tak bayah le lantik..mcmanana le nak maju..dier knowledge pon takde...suruh dier lead..mcm suruh org bute pimpin je la...pastu mesti salahkan org bawah ye bila de problem(kambing hitam)...lol
ReplyDeleteKalu Lim Goh Tong yg xde pelajaran tu bole jadi 1 of the richest men in malaysia takkan org melayu korang yg xde pelajaran but ade pengalaman x bole berjaya kot. Don't put so much weight on education bcoz org yg terlebih belajar nie most of the time are not good businessman so rhey will end up becomin a lecturer jer.Wad we an do just giv him d benefit of the doubt. X caya tanya lar sungguhka, harf to believe dia dah berjaya coz masa dia byk tulis dis blog haha
ReplyDeleteaku xkesah kalo korang nak kata eby tu kroni ker mkn duit haram ke sebab aku xkenal si eby tu..tp ade satu comment yn aku baca dulu bikin aku panas..nak kata eby bagus ke,kroni ke makan duit haram ke aku xkesah..tapi comment yang berbunyi macam budak ade SPM nie xpatut naik pangkat aku marah sebab aku nie ade SPM jer..pangkat tak tinggi macam korang..comment dia yang nie :-
ReplyDeleteAnonymous said...
Sabar semua buat ape nak melenting sana sini, sure pembela2 gmd dlm blog ni yg sudah peroleh jawatan hebat2.tahniah la korg.hebat korg ampu gmd smpkn budak spm boleh di lantik menjadi coo. Dimana kredibiliti shahril sbg seorg gmd? Sikit hari lagi kita akan bongkarkan kepentingan kawan-kawan gmd dlm projek2 di prasarana.
February 21, 2011 11:36 PM
kuang ajar punya orang..pandang rendah dekat orang yg ade SPM jer..korang ingat xde pekerja bwahan yang ade SPM nie keje korang boleh jalan ke??nak fax surat pun belum tentu tahu..satu hari nanti,Kalau anak ko dapat SPM jer nnt..ingatlah ia mungkin petanda dari ALLAH..biar ko rasa ape pedih bile orang pandang rendah kat budak yang ade SPM jer..
Regards,
-SPNB Non-Exec Team-
alahhhhhhhh gmd korg ni mmg double standard, budak hingus mcm si Eby tu boleh di lantik sbg COO Kabel Car Langkawi, agak2 la shahril,ko ni bangang ke ape....pastu kawan-kawan kau kaya raya dpt projek dari kau.habis semua top post prasarana dgn kroni2 kau,dah berhenti and then masuk balik keja.mcm sial,ko memang double standard.ckp tak serupa bikin mcm paria.for ur information, wartawan harakah telah tahu about ur stupid stroy ni.so diorang akan jadikan kebodohan u ini sbgi bullet utk attack PM DS Najib n kerajaan.so u ni dah jadi liabiliti for najib.jaga2 mr shahril mokhtar n kronisss
ReplyDeletehehehehe kesian eby, aku ada nasihat utk kau,lebih baik ko insaf lah atas perbuatan kau dulu,makan duit haram,minum arak,berzina dgn pelacur,tikam org dari belakang,menjatuhkan org dan berlakon.bagi kami,ko mmg tidak layak utk memegang jawatan COO Kabel Car Langkawi atau GM sebelum ini.Telah byk rasuah ko buat semasa ko di rapidkl dan prasarana.Ko bernasib baik kerna Prasarana tidak ada outsource auditer,kalau tak mampus dah ko ni.so pikir2 kan la...byk fail ko ni kalau nk bongkar....
ReplyDeletenak kutuk tapi penulis ni tak tau tentang kewujudan ataupun maksud "Customer Experience Management"...
ReplyDeletekesian...ilmu di dada pun tak cukup...nak mengata...main serkap jarang je...pegi menjala la...kurang dosa...