Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, February 9, 2011

PELANCARAN UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU).


By       :   DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Venue :   PUTRAJAYA
Date    :   08/02/2011

1.       Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera.

2.       TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:

                        i.         Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
                      ii.         Pembiayaan;
                     iii.         Pendidikan dan Penggajian;
                    iv.         Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
                      v.         Pengurusan Stakeholder.

3.          Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:

i.         Memastikan hasil yang pantas dan efektif – termasuk menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;

ii.       Meningkatkan keberkesanan Institusi    Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;

iii.      Program Pengurusan dan Sokongan Aktif TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan

iv.     Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu.

4.          TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan, TERAJU  akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO serta stakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB. TERAJU telah pun mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004.

5.          Encik Husni Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka (Venture Capital).

6.          Selain itu, Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan.

7.          Setakat ini, sudah ada lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut ialah Handal Resources Berhad, Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad), Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, Cypark Resources Berhad dan Century Software Holdings Berhad. Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan kita berharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan.

Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. terima kasih dato najib atas kesungguhan tuan memajukan ekonomi bumiputera. Namun begitu tolong pantau segala peluang ini agar sama rata. bukan hanya golongan ikut bontot menteri sahaja. Penyokong kerajaan yang membantu kerajaanjuga perlulah dibantu juga,jgn yang rapat dengan YBdansekutunya, akhirnya segala projek tak berjaya.Yang kaya terus kaya, yg miskin terus miskin. Pastikan ramai dapat peluang ini asalka nmereka mahu berikanlah,jangan pilih kasih aaa

    ReplyDelete
  2. Aku amat setuju sekali dengan pendapat yang diberikan.

    Sepanjang pengamatan aku, banyak peluang-peluang perniagaan dalam segala sektor terbuka untuk rakyat mencubanya. Malangnya golongan yang spesis ikut bontot ni yang banyak dapat. Yang meng'ALI BABA' pun ramai.

    Aku sendiri pernah mencuba, sayangnya yang mempunyai pengaruh politik mendapat habuan.

    Aku tak pasti dan kurang yakin dengan "KAKI PANTAU" ni. Mereka ni seolah-olah pahat.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.