Telah sekian lama aku tak melepaskan bahan-bahan di dalam blok aku ni. Sepi tidak bermakna mata telinga aku turut menyepi tetapi aku masih lagi memerhati perkembangan arus politik di Malaysia apatah lagi politik Kedah terutamanya perkembangan UMNO Kedah itu sendiri.
Secara peribadi aku apa yang aku dapat gambarkan, harapan untuk BN untuk mengambil semula Kedah amat tipis sekali. Atas kertas sesiapa pun boleh lakarkan akan kemenangan memihak pada BN, tetapi realitinya TURUN PADANG....... BARU TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH....... Rata-rata hampir kesemua Bahagian UMNO Kedah berselerak. Rasa loya aku nak ceritakan tentang permasalahan yang berlaku, tetapi apa boleh buat....... sekurang-kurangnya ada tindakan perlu diberi perhatian.
Terkejut bila aku sempat menjengah beberapa Bahagian UMNO Kedah dan desas desus kedengaran "UMNO KEDAH BAKAL TERPALIT SEJARAH HITAM". Gali punya gali aku dapat menerjah Bahagian yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan....... Dato' Paduka Ahmad Bashah boleh tolong jawab.......
UMNO Bahagian ni cukup terkenal dengan melakarkan sejarah mereka tersendiri dari dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya. Adakah mereka ini kumpulan keras kepala....... cemburu buta....... busuk hati atau pun pihak Pimpinan Negeri mahupun Pusat tidak memperdulikan suara akar umbi.......? Yang pastinya Dato' Paduka Ahmad Bashah selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah gagal menangani permasalahan yang telah timbul.
Makluman kepada Dato' Paduka Ahmad Bashah.......
Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah atas dasar maklumat yang aku dapat dari akar umbi. Dan aku percaya mereka-mereka ini sanggup melakukan apa sahaja kepada PRU13 kelak samada milik BN, PR ataupun KITA. Ketika aku membuat terjahan, rata-rata akar umbi menolak Ketua Bahagian yang ada semata-mata sikap ego, bodoh sombong, angkut, tunjuk pandai dan tidak hormat pada ahli. Suara beliau adalah suara keramat dari PM dan Dato' Paduka; itulah kerap kali beliau menjaja.
Bagi aku, mamat ni mungkin ada "pro" dan "cont". Sifat manusia terutamanya MELAYU biasa la....... PHDnya terlalu tebal sekali dan kita tidak akan dapat lari dari hakikat itu. Cuma yang aku hairannya kenapa kerana seorang mamat ni, tiada siapa mampu ataupun berani sentuh, sedangkan akar umbi menolak beliau.......?
Dari apa yang aku amati, sekiranya masalah-masalah yang berlaku di Bahagian ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, nescaya satu kejutan akan berlaku pada mesyuarat Bahagian bulan 6 ini yang aku pasti akan mengaibkan UMNO Kedah di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah merangkap bakal MB Kedah itupun kalau Dato' Paduka Ahmad Bashah menang PRU13 nanti dan wakil-wakil Majlis Tertinggi.
Berlakunya beberapa kejutan yang telah dirancangkan ini maka UMNO KEDAH AKAN TERPALIT SEJARAH HITAM dan dalam masa yang sama maka RUNTUHLAH UMNO BAHAGIAN ITU.
Aku difahamkan bahawa PAS dan PKR sedang menghitung hari bersiap sedia bagi mereka meletup dan merayakan kejatuhan UMNO Bahagian dot..dot..dot....... Unit media dan risik mereka sentiasa memantau dan mereka menjanjikan tayangan LIVE melalui webpage, blog dan youtube.
Ingat Dato' Paduka....... 11/06/2011 sekiranya tiada tindakan drastik diambil, tarikh itu bakal memberi impak yang amat besar kepada UMNO Kedah. Seandainya Dato' Paduka masih sangsi....... kita tunggu dan lihat. Aku sekadar ingin mengkhabarkan apa yang aku terjah, bukannya mahu mengugut tetapi atas dasar sayangnya pada UMNO.