19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.
25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.
Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.
Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.
Ehsan dari : Azrinizam Ibrahim
Pendapat saya saja...orang yahudi maju dan pandai kerana mereka membaca alquran, meneliti terjemahan, mencungkil rahsia-rahsianya sebagai panduan hidup. Tiada siapa yang dengki dengan kelebihan ini. Hari ini mereka menjadi bangsa termaju kerana membongkar khazanah alquran....kita ni dok kat takok tu je ler
ReplyDeleteblogtou.
ReplyDeleteada blog tp xpandai.
"tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran"
ko ni paham bahase yahudi je agaknye.ko ckp
"orang yahudi maju dan pandai kerana mereka membaca alquran, meneliti terjemahan, mencungkil rahsia-rahsianya sebagai panduan hidup."
ko p blaja bahasa melayu balik. bangang nk mampus. p makan karipap dengan anwar aljuburi lah
Salam
ReplyDeleteMengapa kita larang orang kafir terlibat dalam kegiatan Islam. Sekiranya mereka faham dan dapat menghayati kegiatan tersebut, insyaalah sekiranya diizinkan Allah, akhirnya mereka akan memeluk Islam. Sepatutnya pihak bijak pandai Islam kat Malaysia ini beritahu kita siapakah Orientalis dan penulis terkenal pemesong agama supaya kita tahu dapat membezakannya. Saya pernah berkhidmat dalam kerajaan dan menubuhkan kumpulan kompang yang terdiri dari melayu, India, Cina dan Iban. Mereka bergembira berlatih kompang dan berselawat semasa perkahwinan kawan mereka. Alhamdulillah, dua dari mereka sudah memeluk Islam. Beri fahaman Islam kepada mereka, dengan Izin Allah kita akan mendapat faedahnya. Jangan Jumud
Aku heran dgn org taksub PAS ni. Bukan aku nak bela artikal dlm topik ni. Tapi aku harap semua paham.
ReplyDeleteMemang kita tak larang org kafir nak terlibat dlm kegiatan Islam, tapi biar la kena pd tempat dia. Jgn keran polit sampai sanggup memperjudikan agama. Banyak cara lain kalau nak berdakwah. Nak berguru biar berguru dgn ulama bukan berguru di kedai kopi atau markas PAS.
Alangkah indah kalau dapat tarik anak2 muda yg merapu di jalanan atau org tua yg menghirup kopi omong kosong bermain dam turut serta dlm majlis tu utk bertakbir.
Inilah yg dikatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Itu yg aku pelik tu,berdakwah tak salah tapi biarlah kena caranya bukan untuk tujuan keuntungan politik.Betul jugak kata anon atas tu,berdakwahlah dulu dengan anak2 muda Islam yg merempit yg buang anak yg macam2 ada tu dulu.Adake geng2 pas melihat ini sebagai satu masalah sosial umat Islam yg sangat kritikal dan perlu diberi keutamaan?Apa tindakan pas pada golongan spt ini selain mencemuh dan menghukum?
ReplyDeleteIni yg disibukkan adalah pemimpin2 dap yg sekerat dua,mentang2lah ada faedah politik boleh dapat undi cina maka konon2 dia kata berdakwah?Yang banyak generasi muda Islam tu tak pulak dikisahkannya.Mungkin sebab diorang tu tak kisah politik agaknya.
Dakwah konon..
apasal bangsat sangat pas ni yg beria-ia bagi orng kafir baca dan terjemahkan ayat Al Quran tu...
ReplyDeleteDia mentafsir alquran adakah dia mengamalkannya?
ReplyDeleteKita umat islam bukan takat bantai baca alquran tapi mengamalkannya. Contoh, cuba suruh dia tafsir psl arak, babi dan judi. Mesti mampu dia tafsirkan dengan pelbagai perkara buruk benda alah itu, tapi adakah dia beramal?so dia xlayak mentafsir psl alquran!!!
lJANGAN TERKEJUT PADA SATU HARI NANTI AKAN ADA FATWA BAHAWA ORANG ISLAM HALAL MAKAN DAGING BABI SEMATA-MATA DI ATAS PERMINTAAN DARIPADA DAP DAN INI DIBUAT OLEH PAS SEMATA-MATA BAGI MENDAPATKAN UNDI DARIPADA ORANG CINA
ReplyDeleteOrg kapaiq dok dlm majlis agama Islam depa bangga, tapi cuba org Islam dok dlm majlis org kapiaq, PAS hentam gila2.
ReplyDelete