Amat tertarik apabila ak membaca satu artikal bertajuk "Ayah Pin Kerajaan Langit Vs Pihak Berkuasa".
Hidup lagi Ayah Pin Kerajaan Langit ini. Dia bebas bergerak dan masih tidak ditangkap walaupun dahulu kecoh 1 Malaysia yang mahu bertindak menangkap si Ayah Pin ini. Sekarang apa dah jadi…..? Terbaru, Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.
Pelik, wartawan Berita Harian boleh sahaja jumpa dengan Ayah Pin. Jadi, persoalannya sekarang apa yang susah sangat nak menangkap Ayah Pin ini…..?
Apalah nak jadi dengan undang-undang di Malaysia. Sebab apa kami katakan begini…..?
Situasi yang berbeza untuk dijadikan contoh apabila seorang bekas mufti, memberi ceramah agama, dan akhirnya kena cekup atas alasan TIADA TAULIAH.
Ironinya, apabila seorang pak cik tua lagi sesat, langsung tiada pendidikan agama, buat ajaran baru, yang bukan sahaja menyesatkan Islam, malahan lain-lain agama utama, tindakan yang sebenarnya diharapkan punyalah lembap.
Saya amat tertarik apabila membaca blog GMC "Who are you sir kahkahkah" tentang Menteri Agama kita sorang ni.
Kalau beginilah sikap seorang Menteri janganlah berlagak sombong. Kamau hanya sekadar lantikan SENATOR menjadi menteri kena ingat….. UMNO mana ada tokoh politik yang bewibawa nak sembang bab agama. Pemilihan kamu tu nasib aja mungkin sikap tegas dalam tentera membuat kamu dilantik. Tetapi kamu adalah dayus dalam bab agama.
Kalaulah menteri ini dicanang-canangkan untuk memimpin Perhubungan UMNO Kedah, lupakan saja laaaa….. Di pejabat pun jarang ada, apatah lagi nak turun ke Kedah. Orang kawasan kamu pun meluat. Kerap kali turun yang pastinya cuba melobi kawasan baru untuk bertanding dalam PRU13.
Kepada GMC, aku percaya mungkin banyak perkara lagi yang kamu tahu tentang Menteri Agama dayus ini. Aku sendiri dengar cerita banyak perkara apa yang kurang senonoh Dato’ Menteri ni semasa di dalam tentera. Kalau GMC benar-benar berani seperti apa yang dituliskan itu, keluarkan….. jangan hanya kah…..kah….kah..... saja.
Biasanya hanya orang yang berjiwa EGO dan SOMBONG saja gunakan “WHO ARE YOU…..?”.
Jangan kerana kepentingan politik, agama diperjudikan.
Kita kena faham dengan perundangan di Malaysia. Pihak berkuasa agama Islam tidak boleh bertindak keatasa penganut agama yang bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya. Ayah Pin mengaku dia bukan Islam dan dia mengaku ajarannya bukan ajaran Islam. Sebab itu pihak berkuasa agama tidak boleh bertindak. Andaikata ayah pin mengaku bahawa ajarannya adalah ajaran Islam, maka barulah pihak berkuasa agama boleh bertindak kerana ayah pin mengajar ajaran sesat. Tapi ayah pin bukan mengajar ajaran sesat islam, tapi ia mengajar agama yang lain dari Islam. Atas dasar kebebasan beragama, tindakan tidak boleh dibuat keatas ayah pin. Ini soal teknikal. dan soal teknikal ini berlaku dibawah undang-undang sekular. Kalaulah kita mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya, dah lama ayah pin ni kena.
ReplyDelete