Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, October 31, 2010

PRU 12 PAS Tanpa PKR dan DAP.....?

Tertari aku dengan penulisan Gunung Mat Cincang bertajuk AGENDA “SULIT” PAS……sukar dihidu… PKR/DAP...kah...kah..kahhh.....

Assalamu'alaikum.....,

Telah lama ku pendam akan kebenaran yang diluahkan oleh GMC ini. Cukup pintar dan kamu mencungkil sidikit demi sedikit apa yang ada di Batu 9. Siapa sebenarnya kamu ini.....? Ada kala kamu hentam PAS, ada kala kamu menghentam PKR dan ada kala kamu menghentam UMNO. Aku hairan dari mana kamu mengorek semua ini.....? Aku tidak menolak akan kebenarannya kerana sepanjang aku mengikuti blog GMC, ternyata kebenarannya ada.

Aku cukup berminat dengan tajuk PRU13 PAS tanpa PKR dan DAP. Munkin pembaca tertanya-tanya akan kebenaranya. Dari lubuk hati ini aku yakin dengan apa yang diperkatankan. Tepati bukti yang kamu ada tu saya harap tidak dikeluarkan lagi kerana belum tiba masanya. Saya mohon bekerjasama bahan bukti yang kamu ada dapat kita gabungkan bersama dengan pengakuan yang akan disuarakan nanti.

Secara kasar apa perkara ini mula wujud sekitar Mac 2009. Bertambah hangat perbincangan ini di Batu 9 dibincang di dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Kedah apabila berlaku tidak puas hati EXCO PKR untuk keluar parti. Sebab itu hingga kehari ini, PAS cukup jaga ahli-ahli "Kelab Penyokong PAS" lebih dari ahlinya sendiri.

PAS tanpa PKR dan DAP ini boleh dapat maklumat terperinci dari:

1. YB Phahrolrazi bin Hj Zawawi
2. YB Hj Mohd Taulan bin Md Rasul
3. YB Hj Amiruddin bin Hj Hamzah
4. YB Dr. Ismail bin Salleh
5. YB Hjh Aishah binti Hj Ghazali
6. Hj Hassan bin Abdul Razak
7. Mosoddak bin Hj Ahmad
8. Hj Abdul Rahim bin Andul Rahman
9. Zulkifli bin Yahaya
10. Fakhruzzaman bin Hj Jamil

Ada lagi yang saya tidak senaraikan kerana kepentingan mereka tidaklah sehebat nama-nama di atas.

Kepada 10 nama di atas sekiranya diajukan soalan ini hendaklah kamu berkata benar sekiranya kamu berpijak dengan perjuangan PAS sebenarnya.

Kertas kerja yang dibincangkan itu begitu padat dan penuh dengan strategi. UMNO sendir tidak mampu menyediakan sekemas itu. RM banyak turun pasti berjaya. Insyallah.

Kebelakangan ini kerap Dewan Harian PAS berbincang akan perkara ini memandangkan pengaruh dan penyokong Anwar semakin hilang. Persiapan telah dan siap diatur kerana banyak tempat-tempat di mana PKR dan DAP bertanding sedang dipantau oleh PAS untuk mengambilalih yang dikhaskan kepada ahli "Dewan Penyokong PAS".

Maaf GMC saya komen saya ini tidak di delete. Buat masa ini saya tidak dapat menulis di dalam blog saya memandangkan saya berada di luar negara dan masa saya agak terbatas.

Saya harap dapat bekerjasama dengan GMC.

Print Friendly and PDF

PAS Benarkan Chan Ming Kai Persenda Ayat Suci Al Quran.....?

19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.


25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.

Ehsan dari : Azrinizam Ibrahim

Print Friendly and PDF

Thursday, October 21, 2010

10 Ciri Perlu Dielak Untuk Pastikan Pemuda Terus Dihormati.

Sikap suka melihat dan mengambil kesempatan dengan turut sama melontarkan kritikan ketika anggota parti dikritik lawan perlu dikikis dalam Umno, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.

“Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggariskan 10 ciri negatif yang perlu dikikis bagi memastikan Pemuda terus dihormati semasa menggulung perbahasan perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari Rabu.

Antara ciri-ciri lain ialah Pemuda perlu mengikis sikap elitis dan egois dengan menganggap rakyat adalah keutamaan, budaya syok sendiri, budaya kad perakam waktu – daftar masuk dan keluar, yang bertujuan menonjolkan diri, budaya sate dan budaya baling batu sembunyi tangan yang bermaksud sentiasa memandang sinis apa yang dilakukan orang lain.

Beliau berkata, walaupun perkara itu sudah menjadi kebiasaan tetapi ia perlu sentiasa diingatkan kerana semua ciri-ciri tersebut akan hanya terhakis melalui penonjolan teladan yang baik di kalangan pemimpin.

“Sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya dapat mengamalkan perkara tersebut dengan politik ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan, cuma saya perlu ingatkan banyak kali kerana perkara ini telah jadi kelaziman pada mana-mana parti politik,” katanya.

Sementara itu Anggota Majlis Tertingi (MT) Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika berucap mewakili MT berkata, kemampuan pembahas Pemuda amat mengagumkan dengan banyak perkara, harapan, permintaan diutarakan yang mana kesemuanya berkisar supaya Umno kuat, Umno menang dan terus menjadi tunggak pemerintahan dalam negara.

Beliau berkata, semua pandangan itu akan dibawa kepada perhatian Majlis Tertinggi parti dan beliau sendiri sebagai anggota kabinet akan membawa pandangan-pandangan tersebut di dalam forum-forum dan tempat yang sesuai supaya harapan dan pandangan di kalangan Pemuda dapat dicernakan.

Katanya, mereka bersedia untuk menerima golongan muda bukan sahaja daripada buah fikiran tetapi juga bersedia untuk menerima kepimpinan generasi muda kerana salah satu faktor untuk menggambarkan negara itu maju ialah kesediaan untuk menerima pemikiran orang muda.
Sebanyak 30 isu dibahaskan oleh 13 wakil Pemuda daripada keseluruhan 795 perwakilan.

10 Ciri yang di gariskan oleh Khairy Jamaluddin

10 ciri negatif Pemuda yang perlu dikikis:

1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya ‘check in’/'check out’ dan ‘punch card’ – hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka ‘enter frame’/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.
6. Budaya ‘politik sate’ – cucuk dan kipas pemimpin.
7. Baling batu sembunyi tangan.
8. Budaya ‘yes man’ / ‘yes bos’
9. Talam dua muka
10. Oportunis.


Komen Penulis:

Aku rasa 10 ciri yang disebutkan oleh KJ bukan sahaja tepat pada Pemuda tetapi amat tepat ditujukan kepada UMNO itu sendiri. Rata-rata pemimpin UMNO inilah jiwa yang tersemat di dalam minda pemikiran rakus mereka. Berebut-rebut bagi mendapatkan tempat di dalam jawatankuasa bahagian.

Ingin aku tambah sedikit ciri-ciri jiwa UMNO yang ada.....

11. Mencari kesalahan orang.
12. Pandai cakap but kerja hampas.
13. RM.....RM.....RM.....
14. Harap orang lain tolong buat kerja, supaya senang menunding jari kemudian.
15. Hangat-hangat tahi ayam.
16. Karenah birokrasi.
17. Suara akar umbi suara mati.

Malas aku nak komen panjang-panjang. Mereka akan tetap begitu. Ramai cendiakawan generasi baru mampu muncul, tetapi sedihnya mereka ini dihalang.

Terimakasih KJ kerana membuka pekong yang ada, sekurang-kurangnya ada yang mahu muhasabah diri memperbetulkan keadaan. Peduli apa orang akan kata, hakikat ini mereka harus terima.

Print Friendly and PDF

Wednesday, October 20, 2010

PAS Menyalahgunakan Ayat Al-Quran Bagi Tujuan Politik.

Email Dari : Sang Nila Utama.

Dibawah ialah himpunan mengenai penyelewengan Pas menyalahguna ayat suci Al-Quran mengikut tujuan politik mereka. Baca dan amati betul2..

Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79
“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarag : 159 pula
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.


1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidahdengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapo mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarahdengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.

7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata“ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-perempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.

12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep secular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.

13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak beerti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: "seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah."

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

17. Pas berakad dengan kafir yang menolak Islam (DAP). Rujuk maksud surah Mumthahanah ayat 8 dan 9.

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

DAP telah jelas menolak Islam dan menolak Negara Islam. Pemimpin DAP mencabar sekiranya hendak laksanakan juga, langkah mayat mereka dulu. DAP adalah musuh Islam yang sangat nyata tetapi Pas sanggup bersengkokol dan berpelukan besama mereka. Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA. DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam.

Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama-Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Sang Nila Utama.

Print Friendly and PDF

Agenda Amerika Terselindung Di Sebalik Kecaman Anwar Terhadap DEB.

Dalam buku national BestSeller bertajuk World On Fire karangan Amy Chua, Penulis telah memuji Malaysia kerana melakukan sistem yang memberi kekuatan dan menguntungkan bumiputera tempatan melalui plan DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Dalam buku tersebut, beliau menerangkan tentang bagaimana sistem capitalisme berkuasa melalui globalisasi dan demokrasi.
Menurut Amy Chua, golongan minoriti yang menguasai ekonomi golongan majoriti berlaku di mana-mana negara. Sebagai contoh, orang Yahudi yang merupakan golongan minoriti menguasai ekonomi Rusia dan Amerika. Situasi ini juga berlaku di Malaysia dan indonesia, apabila orang cina menguasai hampir 60% ekonomi tempatan.

Situasi ini dipanggil “market-dominat minority”. Sebagai contoh, 7 orang Yahudi di Rusia merupakan orang terkaya dan menguasai ekonomi majoriti tempatan Rusia:

1. Roman Abramovich
2. Pyotr Aven
3. Boris Berezovsky
4. Mikhail Friedman
5. Vladimir Gusinsky
6. 6.Mikhail Khodorkovsky

Walaupun mereka ini merupakan penduduk minoriti iaitu sekitar hanya 3% daripada penduduk Rusia, namun mereka berjaya menguasai dan mendominasi ekonomi daripada golongan yang majoriti (tempatan). Hal ini berlaku kerana golongan majoriti (tempatan) hanya menjadi pengguna dan bukan entrepenuar. Melalui sistem demokrasi bebas, golongan minoriti ini menjalankan sistem perdagangan mereka dan mengambil keuntungan melalui cara “Black Market”.

Menurut Amy Chua, melalui DEB yang dilaksanakan di Malaysia, sistem ini dilihat mampu menaikkan kekuatan ekonomi golongan tempatan majoriti(melayu dan bumiputera) yang terhimpit oleh ekonomi golongan minoriti(cina). Menurut statistik, ekonomi melayu naik mendadak selepas DEB berjalan dengan lancar.

Anwar Ibrahim menyelar Dasar Ekonomi Baru harus dihentikan kerana DEB mendorong kepada amalan rasuah, menimbulkan banyak perselisihan yang membawa kesan yang buruk kepada negara. Kata Anwar, “Kenapa saya bercakap tentang DEB, harus diingat bahawa saya menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dan kita bekerja keras untuk menghasilkan daya persaingan” (Daily Express, 13 Januari 2006).

Apa yang Anwar Ibrahim lakukan adalah mengikut telunjuk Amerika sebagai negara berkuasa dan merupakan jaguh dalam ekonomi kapitalisme. Maka dengan inilah taktik sebenar Anwar menyerang DEB. Tujuan sebenarnya adalah untuk menjahanamkan ekonomi orang melayu agar terus ketinggalan dengan konglomerat bangsa cina . Dengan kelemahan ekonomi golongan tempatan majoriti (melayu dan bumiputra), maka akan memudahkan syarikat gergasi multi-national antarabangsa untuk masuk ke Malaysia melalui pasaran bebas. Apabila syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh Yahudi ini masuk ke dalam suatu pasaran sebuah negara, pasti akan melenyapkan ekonomi golongan tempatan kerana kelemahan daya saing.

Abad ke-21 ini adalah abad pasaran bebas. Abad keemasan kepada kuasa-kuasa besar untuk menjajah negara-negara kecil melalui ekonomi.Kelemahan ekonomi sebuah negara merupakan tumpuan utama kuasa besar seperti Amerika. Golongan korporat Yahudi pula akan menggunakan kesempatan ini untuk masuk ke dalam negara.

Polisi neo-liberalisasi pasaran bebas sebenarnya boleh menyebabkan rusuhan etnik, backlash, dan keganasan . Namun dengan adanya DEB mampu menjarakkan ruang yang ketara antara pelbagai bangsa iaitu melayu, cina dan india. Dengan rapatnya jurang ini akan meningkatkan ekonomi secara mapan lantas dapat membangunkan ekonomi Malaysia ke arah yang lebih maju.
Inilah yang Anwar mahu : ketidakmampuan ekonomi orang melayu untuk berdaya saing. Kewujudannya Anwar di dalam Malaysia sebenarnya mahu menjual negara melalui polisi neo-liberalisasi pasaran bebas. Ini jelas apabila Dasar Ekonomi Baru (D.E.B) yang memajukan dan memantapkan golongan bumiputra dalam neo-liberalisasi pasaran bebas pula dikecam dengan hebat oleh Anwar Ibrahim.

Sumber:AIDC/Emang

Print Friendly and PDF

Monday, October 18, 2010

Immuniti Namewee Di Sisi Undang-Undang.

Sangat menghairankan ! ...bagaimana Namewee, rakyat Johor rakyat Malaysia yang sudah beberapa kali menimbulkan pelbagai kontroversi yang boleh malah sudah mencetuskan ketidakstabilan didalam hubungan antara sesama kaum di negara ini masih lagi belum dikenakan sebarang tindakan yang sewajarnya oleh mereka-mereka berwajib serta yang telah diberi tugas demi untuk menjaminkan keadaan yang harmoni didalam negara ini agar berkekalan.

Tetapi kenapa didalam masa yang sama tindakan begitu pantas boleh juga diambil terhadap beberapa individu yang sepanjang pengetahuan saya yang dikatakan telah melakukan kesilapan yang hampir serupa iaitu melanggar peraturan-peraturan yang harus dipatuhi yang telah digariskan sebagai sebahagian undang-undang penyiaran dan selain itu mereka semua bukanlah dari latarbelakang kaum yang sama dengan Namewee yang berbangsa Tiong Hua.

Sebagaimana tindakan yang pernah pihak berkuasa kenakan terhadap beberapa orang penulis blog dari kaum Bumiputera seperti blogger Jeffry 'Dimensi' Damien, blogger Aduka Taruna, blogger Rocky's Bru @ Datuk Ahiruddin Atan disebabkan masalah-masalah yang tertentu maka tindakan yang lebih berat juga lebih tegas patut diambil terhadap Namewee ini kerana kesalahan yang pernah dan telah lakukan oleh beliau adalah sangat serius jika dibandingkan dengan tuduhan yang disabitkan ke atas rakan-rakan blogger.



Kita rakyat biasa tentu tertanya-tanya kenapa??? ..dan pihak kerajaan sudah pasti ada jawapannya. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz hari ini ketika di dalam Dewan Rakyat yang sebelumnya menjawab soalan oleh Anggota Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang mengenai kelewatan tindakan diambil oleh pihak kerajaan terhadap dua guru masing-masing seorang dari Kedah dan seorang lagi dari Johor yang kononnya didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang disifat oleh Pakatan Pembangkang sebagai berbau perkauman, lalu DS Nazri bingkas menjawab bahawa tindakan terhadap keduanya akan segera diambil.



Dan kemudian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan YB Datuk Bung Mokhtar Radin berhubung dengan siasatan serta tindakan yang perlu diambil terhadap Namewee yang lebih teruk lagi rasisnya siap dengan video klip dia lagi, maka DS Nazri memberitahu dewan bahawa tindakan tidak dapat diambil ke atas Namewee kerana beliau iaitu Namewee bukanlah seorang pegawai kerajaan dan atas sebab itulah maka tindakan sangat sukar, sangat payah dan betul-betul sangat rumit untuk diambil terhadap Namewee. Itu kata DS Nazri yang anti PERKASA, anti-Datuk Paduka Ibrahim Ali dan anti-Tun Dr Mahathir Mohamad.



Maknanya ialah kedua-dua guru itu boleh diambil oleh kerana kedua mereka adalah kakitangan kerajaan dan bagi menangani kes Namewee, beliau akan dilayan dengan cara yang paling istimewa, paling khusus, dihidang dengan makanan yang sedap-sedap, dihidang dengan berbagai jenis minuman yang lazat-lazat siap dengan pelayan-pelayan yang bertaraf lima bintang sebab dia bukan kakitangan kerajaan dan dia adalah rakyat Malaysia yang paling kurang ajar, biadap, pernah menterbalik Jalur Gemilang di laman blog beliau, pernah menghina lagu kebangsaan Negaraku dan yang terbaru telah menghasilkan sebuah video klip yang jelas berunsur perkauman dan menghasut.

Bagi saya alasan yang telah diberikan oleh DS Nazri mengenai sebab mengapa tindakan terhadap Namewee seperti berat sangat untuk diambil dan seolah-olah tiada tindakan langsung selain tindakan polis memanggil beliau datang ke Balai Polis untuk diambil cuma keterangan tanpa komputer riba dia ditahan saya berpendapat adalah tidak masuk akal sama sekali. Sebabnya ialah sebagai seorang rakyat negara ini, yang lahir, membesar, belajar, bekerja dan akan bersemadi di dalam negara ini jadi sudah tentulah kemerdekaan, kedaulatan, kesejahteraan, keamanan, kestabilan, keharmonian, keselamatan dan tugas mengekalkan perpaduan kaum di negara ini telah menjadi tanggungjawab kita semua tanpa mengira dianya seorang pemimpin politik, pegawai kerajaan ke, kakitangan swasta ke, kontraktor ke, buruh biasa ke, nelayan ke atau petani kerana status atau taraf kita sebagai rakyat negara ini adalah sama saja dan kita punya hak yang sama ke atas maju mundurnya negara ini.



Dan saya sebagai rakyat yang sangat cintakan keamanan untuk Malaysia, sangat diharap agar tindakan jelas dan tegas dapat diambil terhadap Namewee, supaya jangan sampai dia mengulangi kebiadapan untuk beberapa kali lagi baru kerajaan mahu bertindak...cegah sebelum parah !

Print Friendly and PDF

21 Dalil PAS Antara Pelik Di Dunia.....

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke12.

Print Friendly and PDF

Friday, October 15, 2010

Anwar Di Komunitas Salihara, Jakarta.

Anwar kata tulisan Salman Rushdie sungguh indah dan menarik, katanya lagi beliau tidak bersetuju dengan hukuman bunuh ke atas penulis tersebut, "kalau tidak bersetuju dengan karya surah syaitan jangan baca, itu adalah kebebasan menulis".


Anwar Ibrahim, mengatakan ekspresi kebebasan dan menyampaikan pendapat harus dijamin dan mendapat perlindungan dari pelbagai pihak, terutama dari negara. "Kebebasan merupakan fitrah yang dibawa manusia sejak ia dilahirkan," kata Anwar dalam ceramah bertajuk “Kebebasan dan Musuh-musuhnya”, di depan 100 orang budayawan dan cendekiawan di Komunitas Salihara, 11 Oktober 2010 Jakarta Indonesia.

Antara isi kandungan Anwar mengritik sikap negara Islam yang menyekat hak kebebasan bersuara. Pada pandangannya banyak negara Islam terlalu jumud dalam pengamalan Islam.

Beliau juga telah memanipulasi istilah kebebasan di dalam Islam dengan menhubungkaitkan dengan apa yang diperjuangkannya terutama menegakkan keadilan dan kebebasan. Walhal perjuangan yang dilakukannya adalah bersandarkan kepada nilai hak asasi barat yang merangkumi kebebasan agama, seksual dan pandangan hingga melampaui apa yang telah diaturkan Islam.

Bukan sahaja kerajaan Malaysia yang dikecam, malah pimpinan PAS rakan di dalam Pakatan Rakyat turut dipersenda oleh Anwar kerana dikatakan taksub dengan fahaman agama. Turut hadir sama program tersebut adalah Kamarudin Jaafar bekas Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia, Azmin Ali, Yusmadi Yusuf dan Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua AMK PKR. Agaknya bagaimana respon Kamarudin apabila Anwar memperlekeh pimpinan tertinggi PAS…..?

Menguatkan pengutaraan isu kebebasan, Anwar mengunakan hujah beberapa pandangan orientalis barat bagi menyokong pandangannya.

Dengan selangselikan ucapannya dengan retorik ketegangan Malaysia dan Indonesia, Anwar cuba ingin menjadi hero kepada krisis yang berlaku dengan mempersalahkan pimpinan Malaysia yang disifatkan arogan kepada Indonesia dan media Malaysia tidak bertindak adil dalam laporan berkaitan. Malah pengusaha pakaian batik di Pantai Timur Malaysia pun dikritik Anwar kerana mengangapnya tidak kreatif dalam penghasilan berbanding batik Indonesia. Pada Anwar Indonesialah segala-galanya yang baik dan Malaysia berada di belakang jauh ketinggalan.

Renung dan fikir-fikirkanlah…..

Print Friendly and PDF

Wednesday, October 13, 2010

Ayah Pin Vs Menteri Agama…..

Amat tertarik apabila ak membaca satu artikal bertajuk "Ayah Pin Kerajaan Langit Vs Pihak Berkuasa".

Hidup lagi Ayah Pin Kerajaan Langit ini. Dia bebas bergerak dan masih tidak ditangkap walaupun dahulu kecoh 1 Malaysia yang mahu bertindak menangkap si Ayah Pin ini. Sekarang apa dah jadi…..? Terbaru, Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Pelik, wartawan Berita Harian boleh sahaja jumpa dengan Ayah Pin. Jadi, persoalannya sekarang apa yang susah sangat nak menangkap Ayah Pin ini…..?

Apalah nak jadi dengan undang-undang di Malaysia. Sebab apa kami katakan begini…..?

Situasi yang berbeza untuk dijadikan contoh apabila seorang bekas mufti, memberi ceramah agama, dan akhirnya kena cekup atas alasan TIADA TAULIAH.

Ironinya, apabila seorang pak cik tua lagi sesat, langsung tiada pendidikan agama, buat ajaran baru, yang bukan sahaja menyesatkan Islam, malahan lain-lain agama utama, tindakan yang sebenarnya diharapkan punyalah lembap.

Saya amat tertarik apabila membaca blog GMC "Who are you sir kahkahkah" tentang Menteri Agama kita sorang ni.

Kalau beginilah sikap seorang Menteri janganlah berlagak sombong. Kamau hanya sekadar lantikan SENATOR menjadi menteri kena ingat….. UMNO mana ada tokoh politik yang bewibawa nak sembang bab agama. Pemilihan kamu tu nasib aja mungkin sikap tegas dalam tentera membuat kamu dilantik. Tetapi kamu adalah dayus dalam bab agama.

Kalaulah menteri ini dicanang-canangkan untuk memimpin Perhubungan UMNO Kedah, lupakan saja laaaa….. Di pejabat pun jarang ada, apatah lagi nak turun ke Kedah. Orang kawasan kamu pun meluat. Kerap kali turun yang pastinya cuba melobi kawasan baru untuk bertanding dalam PRU13.

Kepada GMC, aku percaya mungkin banyak perkara lagi yang kamu tahu tentang Menteri Agama dayus ini. Aku sendiri dengar cerita banyak perkara apa yang kurang senonoh Dato’ Menteri ni semasa di dalam tentera. Kalau GMC benar-benar berani seperti apa yang dituliskan itu, keluarkan….. jangan hanya kah…..kah….kah..... saja.

Biasanya hanya orang yang berjiwa EGO dan SOMBONG saja gunakan “WHO ARE YOU…..?”.

Jangan kerana kepentingan politik, agama diperjudikan.

Print Friendly and PDF

Proton Waja Lancer.....?

Penantian satu penyeksaan terutama bagi peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dikhabarkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mana pra-pelancarannya bagi Proton Waja Lancer bakal jatuh pada tarikh, 16 Oktober 2010. Kalau muktamad tarikh tersebut, maka pra-pelancaran Proton Waja Lancer diadakan pada hari Sabtu minggu hadapan. Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Proton sedikit masa sahaja lagi.

Koleksi yang anda lihat gambar yang berjaya ditangkap ketika Proton Waja Lancer ini berada di sekitar Genting Highland. Pastinya mereka menggunakan kesempatan yang ada terutamanya lokasi di Genting Highland untuk memandu uji buat kali-kali yang terakhir sebelum Proton Waja Lancer ini mula dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini, berdasarkan gambar-gambar Proton Waja Lancer yang berjaya hanya terdapat dua warna sahaja yang mungkin ditawarkan ketika ini iaitu warna merah dan putih. Mungkin…….

Berdasarkan cakap-cakap kakitangan Proton yang selesai memandu uji di sekitar lokasi tersebut, Proton Waja Lancer ini mempunyai dua varian (1.8 dan 2.0). Paling menarik adalah model 2.0, mempunyai paddle-shift, auto cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0 juga mempunyai kusyen berbalut kulit. Proton mengambil model Mitsubishi Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci.



Tambahan info terbaru datang dari kakitangan Proton sendiri yang mana division permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3. Mungkin sebab-sebab untuk memastikan pelancaran Proton Waja Lancer ini berada dalam keadaan terbaik dan sempurnan sebelum dibuka untuk jualan, akhirnya berlaku penangguhan Proton Waja baru ini.

Dijangka Proton Waja Lancer yang dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60,000-RM70,000 untuk versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80,000-RM90,000. Ini maklumat terbaru berkenaan dengan harga Proton Waja Lancer baru ini. Tetapi kalau mereka sendiri yang terdiri daripada kakitangan Proton berkata begitu, ada asasnya. Walaubagaimanapun, kepada peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, nanti tarikhnya.....

Print Friendly and PDF

Thursday, October 7, 2010

Pilihan Raya Kecil DUN Galas N45, Gua Musang, Kelantan.

Penamaan calon : 26-10-2010.
Pengundian : 04-11-2010.

Jumlah pengundi : 10,300 (6,255 Melayu, 1,903 Cina, 172 India dan 2,000 Orang Asli).

PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 di mana calon PAS YB Chek Hashim Selema (4,399) mengalahkan calon BN En Mohamad Saufi Deraman (3,753) dalam PRU12.

Pusat penamaan calon : Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Pusat penjumlahan undi : Dewan Sivik Gua Musang.
Tempat mengundi : Merangkumi sebanyak 11 buah sekolah, 1 balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan 1 dewan mengandungi kesemua 25 saluran.

SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemas kini sehingga 27 September lalu.

Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Paya manakala Penolong Pegawai Pengurus pula terdiri daripada Mohammad Yusoff Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang), Mohd Helmi Mat Zin (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Hasnul Hariz Abd Llah (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya pula SPR melantik Muhamad Rasani Ramli (Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang), Mohd Khiril Hazmie Yusof (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Norhalis Mohamad Noor (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

SPR akan mendapatkan khidmat pemantau bebas termasuk Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) bagi memantau Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

SPR tidak akan melantik mana-mana pertubuhan untuk menjadi pemantau.

Dianggarkan lebih RM1 juta, mungkin RM1.3 juta kerana terdapat empat pusat pengundian memerlukan perkhidmatan helikopter.

Print Friendly and PDF

Dato' Bodo.....

Kekecohan UMNO Kedah tidak semua yang tahu, atau sudah tahu dan mungkin buat-buat tidak tahu. Tetapi hakikatnya bagi pihak Majlis Tertinggi UMNO mungkin tidak tahu ataupun mampus lingkup peduli apa… PRU13 nanti kita turun ramai-ramai bawa RM banyak-banyak beli rakyat meraih undi.

Rata-rata dikaji, diteliti, disemak dan dipantau..… UMNO ketandusan pemimpin, baik di peringkat Bahagian mahupun di peringkat Majlis Tertinggi. Rata-rata juga terutama di Kedah masing-masing hendak membodek, mengampu dan menujuk-nunjuk bahawa mereka mampu memimpin. Mereka berebut-rebut menonjol dan menjual diri untuk menjadi calon PRU13. Ada yang sanggup mengadai, menjatuh, mengaib, menuduh dan mendedah maruh janji hajat hati menjadi calon tercapai.

Di Kedah, kepincangan UMNO amat ketara sekali di dalam perebutan ini:

Sungai Petani.
Sejak dari dahulu hingga sekarang, UMNO Sungai Petani tidah pernah aman dan tenteram. Ada saja masalah yang timbul. Terbaru, terdapat segelintir penentang Ketua Bahagian Sungai Petani (Ali) cuba membuat kacau di dalam satu mesyuarat pemilihan. Munculnya satu pakatan Gerakan Anti Ali (GAA) yang tidak puas hati dengan kepimpinan Ali yang dikatakan ego dan sombong. Berbagai perancangan yang telah dan sedang diatur bagi mempastikan Ali dinyahkan dari menjadi Ketua Bahagian.

Satu maklumat dari sahabat aku dari PAS, puak GAA ini telah mengadakan perjumpaan bersama Dato’ Paduka Ahmad Bashah selaku Timbalan Pengerusi UMNO Kedah di Sungai Petani. Dalam majlis itu, Dato’ telah dimaki, dicerca dan digertak oleh kumpulan ini. Antara ayat yang dikeluarakan, “Dato’ bodo… Dato’ kurang ajar..…”. Pada mulanya aku tidak percaya tetapi apabila satu sedutan video hp ditunjukkan, membuatkan aku terkejut. Malangnya bila aku minta dibluetoothkannya, beliau tidak mahu kerana beliau ada agenda yang lebih besar lagi….kumpul maklumat dulu baru kita letup. Sahabat aku ini hanya bluetooth gambar sahaja. Terdapat juga dokumen dari Tengku Adnan yang diambil oleh sahabat aku ini dikedai minum bawah pokok katanya.


Ini yang membuat aku hairan, kerana sorang Ali ini, habis pecah randah UMNO Sungai Petani. Kalau aku amati video itu, tak ada pun AJK Ali di dalam perjumpaan itu. Majoritinya adalah bekas jawatankuasa yang tidak pilih. Adakah mereka ini lebih sudu dari kuahnya….. Aku dengar kumpulan ini sedang mengatur agenda besar untuk dibawa ke pihak atasan….. Bagi aku siasat dulu….. untuk kepastian.

Kita akan huraikan permasalahan bahagian-bahagian lain seperti Baling, Pokok Sena, Jerai dan Kulim Bandar Baharu.

Kita akan dedahkan kepincangan bukan sahaja dari BN, malah PR juga tidak ketinggalan.. Kerana perut, kepentingan, kuasa dan RM…….. kita rakyat yang menderita. Biarlah pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang memahami hati rakyat.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.