Seorang penulis dan ahli politik Italy, Niccolò Machiavelli, pernah menulis dalam bukunya The Prince (1532) - klik sini, mempromosikan satu method jalan usaha yang meletakkan matlamat itu harus dicapai tidak kira dengan apa cara jalan sekalipun.
Kita sebagai Muslim tidak boleh sama sekali menggunakan method 'Matlamat Menghalalkan Cara' ala-ala Machiavelli ini kerana sesungguhnya terdapat banyak larangan yang jelas dalam Al Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang menyatakan larangan kepada kita daripada mengambil golongan yang memerangi Islam sebagai kawan apatah lagi pemimpin.
Tetapi amat mengecewakan di dalam usaha kita cuba menguatkan jalan serta usaha kita dalam menuju ke arah pemerintahan berdasarkan perlembagaan Al Qur'an dan Islam, kita terpalit dengan kekeliruan hebat yang menyaksikan sebuah parti yang secara terang-terangan menentang Islam dan pelaksanaannya di sini lama semenjak dulu, disambut kemengangan mereka dengan Takbir seolah-olah mereka itulah mujahidin yang akan membantu kita nanti.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah membenarkan mana-mana pihak yang bukan Islam untuk turut sama dalam perang sepertimana yang dicatatkan dalam beberapa hadis. Hanya setelah pejuang tersebut yang pada mulanya menawarkan diri untuk berperang bersama baginda mengucapkan dua kalimah syahadah, barulah baginda membenarkannya untuk turut sama dalam perjuangan tersebut.
Saya tidak mahu menulis banyak tentang politik kerana di dalamnya terdapat ketaksuban yang hanya mewarnakan dunia sekeliling mereka sebagai putih dan hitam. Tiada kelabu bagi golongan yang taksub ini.
Pandangan yang tidak bersesuaian seringkali dihamburkan dengan kata-kata kesat dan tohmahan yang tidak langsung bersandarkan kepada hujah yang benar. Inilah masalah ketaksuban, sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri menerima teguran dan pendapat hatta dari golongan wanita itu sendiri.
Saya percaya pada lapis kepimpinan ulama', mereka merupakan satu golongan yang terbuka kepada pendapat dan hujah, tetapi masalahnya ialah dengan golongan ikut-ikutan, yang mana Islam belum lagi tertegak dalam diri mereka.
Rukunnya berterabur dengan empat dari lima tiangnya hancur.
Apalah guna menjadi peringatan jika yang cuba diperingatkan itu langsung tidak mengambil peduli. Atas dasar keinginan yang mendalam dalam memastikan cita-cita setiap mukmin untuk hidup dibawah perlembagaan Al Qur'an dan Sunnah tercapai dan tidak dirompak jalan perjuangannya oleh golongan yang menentang jalan tersebut.
Apakah ini hasilnya daripada dasar yang cuba mengangkasakan bangsa sehinggakan tumbuh roket dimerata-rata? Bangunlah dari tidur dan mamai! Jangan kita juga turut tertidur sebagaimana tidurnya orang itu yang tidak bangun-bangun setelah 'bom' meletup bersebelahan telinganya. Dia tidak pekak tetapi dipekakkan oleh mereka yang tuli yang berada disekelilingnya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul."
- Surah Al Mumtahanah ayat 1 -
Nak kata Islam lansung tak pakai doktrin yang seumpama Machiavell ini tidak lah benar juga. Islam sebenar lebih maju dari dia ni dan lebih awal lagi.
ReplyDeleteDalam Islam kita ada keadaan darurat. Tetapi ianya di dalam keadaan terkawal dan penuh tawaduk dan sedar. Jika doktrin darurat in tak ada susah juga untuk umat Islam kerana kepelbagaian peristiwa dan keadaan yang perlu dihadapi.
Dalam darurat ada yang haram azali yang jadi halal. Tetapi perlu di ulang hendaklah dalam keadaan terkawal dan penuh kesedaran dan tidak boleh melampau. Perlu di lakukan dengan standard yang amat tinggi dan bukan dalam semua keadaan. Bukan hanya ikut cakap sedap mulut sahaja. Apatah lagi dari kumpulan-kumpulan yang berkepentingan seperti geng-geng politik.